al-quran-terjemahan-al-quran-digital-beli-buku-online AddeenShop - All Post
WHAT'S NEW?
Loading...

 Kata Kata Motivasi


Dalam kehidupan seharian di dunia ini, pasti ada antara kita yang hidupnya sentiasa tidak tenteram, sering mengalami kegagalan, hatinya tidak tenang dan ada sahaja perkara-perkara buruk silih berganti berlaku kepadanya.

Selain daripada ujian hidup yang biasa dialami, mungkin perkara-perkara yang berlaku itu berkait rapat dengan hubungan kerohaniannya dengan Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T dalam surah Ar-Ra’d, ayat 28 yang bermaksud: “Orang yang beriman hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.”

Ayat ini jelas menyeru kita agar sentiasa mengingati Allah untuk memperoleh ketenangan hati.

Ini kerana apabila lidah kita sentiasa basah dengan zikrullah, bacaan-bacaan dalam solat, doa dan hati serta fikiran yang sering mengingati Allah, Dia akan mengurniakan rahmat kepada kita.

Rahmat inilah yang seterusnya menjadi kurniaan buat kita, hambaNya dalam menjalani kehidupan seharian di muka bumi ini.






“Orang yang beriman hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.”















Persiapan diri dalam memperkasa puasa di bulan Ramadan


Kurang sebulan lagi Ramadan akan tiba. Mudah-mudahan umur kita sampai untuk mengecapi nikmat dan kemanisan penghulu segala bulan itu. Sudah tentu kita bersemangat memikirkan apakah yang perlu dilakukan supaya puasa akan datang lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Bagaimana cara Rasulullah SAW mempersiapkan diri sebulan sebelum menjelang Ramadan?

Menurut panduan sirah nabawiyah, ketika tiba Syaaban, Rasulullah SAW melipatgandakan kuantiti dan kualiti ibadat puasa, qiamullail, zikir dan amal soleh. Jika pada bulan-bulan sebelumnya Baginda hanya berpuasa rata-rata 11 hari, tetapi pada bulan Syaaban, Baginda berpuasa hampir penuh sebulan.

Hal itu diriwayatkan Aisyah r.a., “Rasulullah banyak berpuasa (pada bulan Syaaban) sehingga kita mengatakan, beliau tidak pernah berbuka dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali puasa Ramadan. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah banyak berpuasa (di luar Ramadan) melebihi Syaaban.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat Usama bin Zayed r.a, “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘Wahai Rasulullah, aku tidak melihatmu banyak berpuasa seperti pada bulan Syaaban?’

Baginda menjawab, “Syaaban adalah bulan yang dilupakan oleh manusia, letaknya antara Rejab dan Ramadan. Pada bulan itu, amal manusia diangkat (ke langit) oleh Allah SWT dan aku menyukai pada saat amal diangkat aku dalam keadaan berpuasa.” (Hadis riwayat an-Nasa’i)

Syaaban adalah bulan penutup rangkaian puasa sunah Rasulullah SAW sebelum berpuasa penuh pada bulan Ramadan. Jika Rasulullah SAW mempersiapkan diri untuk menyambut Ramadan dengan berpuasa minimum 11 hari di luar bulan Syaaban dan 20 hari pada bulan Syaaban, bererti untuk menyambut Ramadan Rasulullah SAW berpuasa paling kurang 130 hari atau sepertiga lebih daripada jumlah hari dalam setahun.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita bergembira dengan kehadiran bulan suci ini atau tidak mempunyai apa-apa perasaan istimewa?

Ada dalam kalangan menganggap Syaaban dan Ramadan tidak jauh bezanya daripada bulan-bulan lain. Umumnya, suasana ‘biasa’ itu bukan kerana sikap ingkar terhadap perintah Allah, tetapi aktiviti duniawi seseorang itu terlalu padat. Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin menyebutkan, terdapat beberapa hari istimewa digelar sebagai hari-hari utama (al-Ayyam al-Fadhilah).

Hari-hari utama itu dapat ditemukan pada setiap tahun, setiap bulan, malah setiap minggu. Untuk keistimewaan bulanan, Imam Al-Ghazali memasukkan Syaaban dalam kategori bulan-bulan utama (al-Asyhur al-Fadhilah) di samping Rejab, Zulhijjah dan Muharam. Terdapat beberapa sebab istimewanya Syaaban. Antaranya, ia menjadi jambatan menuju bulan paling diagungkan. Sebab itu bulan ini dikatakan ‘Syaaban’ iaitu berasal daripada kata ‘syi’ab’ yang bermaksud jalan setapak menuju puncak. Syaaban adalah bulan persiapan yang disediakan Allah SWT untuk hambanya bagi memantapkan fizikal, emosi dan spiritual menuju keberkatan yang hakiki pada bulan Ramadan.

Dalam keadaan berpuasa, seorang hamba akan memperoleh pendidikan rohani yang luar biasa dan memberi impak dalaman yang tinggi. Puasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum sahaja, malah perkara yang mendorong hawa nafsu ke arah keburukan seperti bercakap bohong, pembaziran, sombong, ego, mementingkan diri sendiri, suka menilai kelemahan orang lain dan pelbagai lagi.

Mudah-mudahan Ramadan kita jejaki. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

 𝗞𝗼𝗹𝗲𝗸𝘀𝗶 𝗔𝗹 𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗕𝗮𝗴𝗶 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗵𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗹𝗺𝗮!










 𝗧𝗔𝗙𝗦𝗜𝗥 𝗔𝗟-𝗔𝗭𝗛𝗔𝗥 (𝗦𝗘𝗧 𝗟𝗘𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 𝟯𝟬 𝗝𝗨𝗭𝗨𝗞)

Apa bagusnya Tafsir Al-Azhar ini?

Ada lima sebab utama:

1. Bahasanya mudah dan indah.

2. Tafsirannya dekat di hati.

3. Penafsirnya adalah ulama yang diperakui oleh para tokoh agama.

4. Format buku biasa yang mudah dibawa ke sana sini.

5. Pakej lengkap 30 buku, 30 juzuk Al-Quran pada harga ekonomi.

 


Mengapa tafsir Al-Azhar perlu ada di rumah kita?

 

1. Kerana ia mengandungi pelbagai bidang ilmu, ditafsirkan dalam bentuk yang ringan lagi mudah difahami.

2. Kerana ia disulami dengan bahasa Melayu indah Buya Hamka yang tak jemu dibaca berulang-ulang kali.

3. Kerana ia ditulis dengan citra Melayu yang mana contoh dan konteks yang dekat dengan masyarakat dan budaya Melayu nusantara.

4. Kerana di rumah sudah ada Quran, Quran terjemahan tetapi tiada tafsir Al-Quran.

 

Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

Tafsir ini mudah difahami dan diolah dengan suasana alam nusantara. Bahasanya lebih santai dan disulami sastera indah oleh HAMKA.

HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Tafsir Al Azhar cukup sesuai untuk kita memahami dan mengkaji mengenai Al-Quran.

Kenapa?

1. Tafsir Al-Azhar dikarang oleh buya Hamka, seorang ulama nusantara yang faham konteks masyarakat nusantara.

2. Tafsir Al-Azhar adalah tafsir istimewa yang meraikan citra melayu. Lengkap dengan contoh tempatan nusantara, puisi, madah, sajak dan kata-kata indah bahasa melayu.

Anak Tiung atas Rambutan, Bernyanyi Bertongkat Paruh,

Tertegun Kapal di Lautan, .Datang Angin Berlayar Jauh.


3. Bahasa yang halus dan kandungan penafsiran yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu.

4. Tafsiran yang diperakui para ulamak dan rujukan ramai ilmuwan.

 

Set Lengkap Tafsir Edisi Pengajian

Lebih istimewa, PTS Media Group Sdn Bhd, penerbit rasmi Tafsir Al-Azhar di Malaysia sudah menerbitkan set lengkap Tafsir Edisi Pengajian yang mana keistimewaannya adalah:

1. Mengikut juzuk yang memudahkan pembaca untuk menelaah berbanding berbentuk kitab yang besar dan tebal.

2. Dalam format buku standard yang mudah dibawa ke mana-mana berbanding kulit keras dan tebal yang sukar dan berat untuk dipegang.

 



TAFSIR AL-AZHAR, KARYA MONUMENTAL ULAMA 10 DALAM 1

HAMKA, ULAMA MELAYU, BERSTATUS ENSIKLOPEDIK, ULAMA 10 DALAM 1

Seorang pengkaji Buya Hamka bernama Ustaz Zahiruddin Zabidi menyatakan bahawa Hamka adalah antara ulama yang dianggap berstatus Eksiklopedik ataupun Mausu’i. Mengapa?

1. Beliau menguasai pelbagai disiplin ilmu walaupun beliau tidak pernah mendapat latar pendidikan tinggi secara formal.

2. Beliau banyak merantau mencari ilmu di Indonesia dan pernah merantau ke Mekah bagi mencari ilmu sambil menunaikan haji pada tahun 1927 iaitu pada usia 19 tahun.

3. Hamka digelar Ulamak Ensiklopedik kerana menguasai pelbagai bidang ilmu dengan cemerlang.

4. Beliau seorang SEJARAWAN dan antara karyanya yang hebat dan dirujuk sehingga hari ini adalah Sejarah Umat Islam.

5. Beliau juga seorang AHLI POLITIK dan pernah memenangi pilihanraya Indonesia pada tahun 1955 dan menduduki Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Indonesia.

6. Beliau juga seorang PENULIS dengan ratusan karya penulisan antaranya falsafah hidup (1939), tasauf moden (193) dan yang monumental adalah tafsir al-Azhar (1965).

7. Beliau juga seorang BUDAYAWAN dengan kebijaksanaannya dalam menulis karya kreatif yang terkenal sehingga ke hari ini, puisi, madah dan kebudayaan melayu terutamanya Minangkabau dalam karyanya, adat Minangkabau menghadapi revolusi.

8. Beliau juga seorang ULAMA yang diiktiraf sehingga menjadi pengerusi pertama Majlis Ulama Indonesia pada tahun 1975. Beliau juga diiktiraf dunia apabila menjadi orang melayu pertama diberikan gelaran Ustadzyah Fakhryyah (Doktor Honoris Causa) daripada Universiti Al-Azhar pada tahun 1958 dan Prof. Dr. Hamka dari UKM pada tahun 1974.

9. Beliau juga seorang SASTERAWAN dengan deretan novel yang dibaca sehingga sekarang antaranya Di bawah Lindungan Kaabah (1936), Tuan Direktur (1939), Merantau ke Deli (1940) dan yang paling terkenal adalah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937)

10. Beliau juga seorang EDITOR, PENERBIT, WARTAWAN bagi majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

11. Beliau juga seorang PEJUANG KEMERDEKAAN sehingga mendapat gelaran “Pangeran Wiroguna” oleh pemerintah Indonesia.

 

 



TAFSIR AL-AZHAR, TAFSIR Al-QURAN ALAM MELAYU, KARYA MONUMENTAL

Tafsir Al-Azhar dianggap karya tafsir bersifat monumental bagi alam melayu. Mengapa?

1. Tafsir Al Quran yang lengkap dalam bahasa melayu dan dianggap sebagai yang terbaik pernah dihasilkan bagi masyarakat muslim melayu nusantara.

2. Susunan bahasanya yang halus dan kandungan bagi setiap pentafsirannya amat menyeluruh. Ia merangkumi semua lapangan ilmu termasuk sains dan teknologi.

3. Ia mengunakan metod tahlili iaitu analisa secara terperinci dan mudah difahami.

4. Pendekatan tafsir yang unik iaitu dengan mengambil kira pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat.

5. Dikaitkan dengan cara hidup masyarakat setempat (nusantara) yang pelbagai. Kupasan dari sudut sosiologi, antropologi, sejarah, ilmu kalam, tasawuf, sastera, psikologi dan pengalaman peribadi dimasukkan oleh Hamka pada bahagian yang bersesuaian.

6. Mengutamakan tafsir dengan kaedah Al-Ma’thur iaitu tafsiran Quran dengan ayat Quran yang lain, hadith, pendapat para sahabat dan juga tabi’en.

7. Menyelitkan tafsiran berbentuk Ra’yi iaitu tafsiran menggunakan pendapat sendiri tetapi masih memenuhi syarat-syarat syariah.

8. Menerapkan elemen sastera melayu seperti pantun, syair dan sajak dalam menafsirkan ayat Al-Quran.

DAPATKAN SATU SET SEKARANG!

https://bit.ly/3kMdxJ1

𝐡𝐭𝐭𝐩://𝐰𝐰𝐰.𝐰𝐚𝐬𝐚𝐩.𝐦𝐲/𝟔𝟎𝟏𝟗𝟑𝟐𝟕𝟔𝟒𝟓𝟔/𝐚𝐥-𝐚𝐳𝐡𝐚𝐫


Muhammad SAW Rasul Terakhir

Exclusive..
KEISTIMEWAAN BUKU #muhammadsawrasultetakhir#🌹
💟 BUKU HARD COVER - Buku bersaiz 7 x 10 inci dengan kulit keras yang sesuai dijadikan koleksi premium.
💟MUKA SURAT BERWARNA-WARNI - Isi buku yang penuh berwarna-warni dengan gambar dan illustrasi yang menarik dan eksklusif.
💟AUDIO PERISTIWA PENTING NABI SAW - Dengarkan audio peristiwa penting dalam kehidupan Nabi SAW dengan lantunan suara merdu Ustaz Azwan (Far East).
💟POSTER PERCUMA - Dapatkan carta salasilah semua Nabi bermula daripada Nabi Adam AS sehingga Nabi Muhammad SAW.
💟Buku ini dilengkapi dengan info, gambar dan ilustrasi yang menarik serta hampir menyamai peristiwa sebenar yang pernah dialami oleh Nabi SAW pada zaman Baginda.
💟Terdapat banyak infografik yang memudahkan pemahaman, pull out timeline fasa dakwah Nabi SAW dan peristiwa penting dalam hidup insan agung ini.
Harga RM80

Tajuk : Muhammad Rasul Terakhir
Penerbit : Must Read Sdn. Bhd.
ISBN : 9789672038535
Penulis : Dr. Rohaily Al-Jawhary
Halaman : 373 muka surat
Berat : 1500 gram







Tajuk : Muhammad Rasul Terakhir
Penerbit : Must Read Sdn. Bhd.
ISBN : 9789672038535
Penulis : Dr. Rohaily Al-Jawhary
Halaman : 373 muka surat
Berat : 1500 gram




#alquranal-karimamazingperjilid
#MQurantime

Al-Quran Al-Karim Amazing Perjilid


SPESIFIKASI :
• 5 Jilid Kulit Keras, 6 Juzuk 1 Jilid (Hard cover)
• Setiap jilid Kertas khusus Al-Quran
• Ukuran: 21.3 cm x 30.3 cm (saiz A4)
• Khat Resam Uthmani dan Terjemahan dalam Bahasa Melayu
• Diluluskan Lajnah Tasheh Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia
• Panduan Tanda Waqaf & Tanda Bacaan
• Doa Khatam al-Quran


KEISTIMEWAAN :
• Reka bentuk esklusif, lebih ringan dan mudah dibawa.
• Kaedah Tajwid berwarna beserta panduan.
• Dilengkapi Panduan Waqaf Ibtida’ (cara berhenti dan memulakan bacaan dengan blok warna)
• Terjemahan secara perkata pada setiap kalimah.
• Penjelasan Hukum & Kaedah Tajwid.
• Mu’jam (kamus Bahasa Al-Quran)
• Perbahasan Tafsir Jalalain
• Indeks Tematik (mengikut klasifikasi tema)
• Perbahasan dan huraian daripada tafsir muktabar seperti Tafsir Jalalain, Tafsir Ibnu Kathir dan Tafsir al-Tabari



 
KUPASAN MENARIK :
- Riyad al-Salihin
- Doa dari Al-Quran & Hadis
- Hadis al-Arbain Imam Nawawi
- Doa Asmaul Husna
- Syamail Muhammadiyah    
- Asmaul Husna
- Hadis Qudsi
- Hadis Kesihatan
- Tibbun Nabawi
- Tazkiyatun Nafs
- Sirah Nabawi
- Asbab al-Nuzul
- Nasihat & Pengajaran

Mencari Al Quran MyQurantime?
Boleh klik link berikut utk tempahan;
PERKATA & TAFSIR LENGKAP
33 Panduan Al-Quran Untuk Hidup Anda.
(DILENGKAPI WAQAF IBTIDA’)
KEISTIMEWAAN:
• Reka bentuk esklusif, lebih ringan dan mudah dibawa.• Kaedah Tajwid berwarna beserta panduan.
• Dilengkapi Panduan Waqaf Ibtida’ (cara berhenti dan memulakan bacaan dengan blok warna)
• Terjemahan secara perkata pada setiap kalimah..
Tempahan Sekarang !


SOALAN

Apakah hukum solat melihat mushaf al-Qur’an dalam solat fardhu dan solat sunat? Jika dibolehkan, adakah dibolehkan untuk kedua-dua imam dan makmum?



JAWAPAN

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari Kiamat.

Solat merupakan merupakan salah satu daripada amal ibadat yang paling utama dalam kehidupan seharian umat Islam. Kita disyariatkan untuk membaca ayat-ayat al-Qur’an di dalamnya. Ini adalah sebagaimana firman Allah SWT:

فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ

Maksudnya: “Maka bacalah apa-apa yang kamu mampu untuk membacanya (daripada al-Qur’an) dan laksanakanlah solat”

Surah al-Muzammil: 20

Mengenai soalan yang diajukan, kami telah menjawabnya secara ringkas pada artikel yang lepas di bawah tajuk: AL-KAFI #423: PENDAPAT PARA ULAMA BERKENAAN HUKUM MEMBACA MUSHAF DI DALAM SOLAT[1]. Pada artikel ini, kami akan menjawab beberapa persoalan yang berkaitan dengan masalah ini dengan lebih terperinci.



Hukum Imam Melihat Mushaf al-Qur’an di Dalam Solat

Ulama’ berbeza pandangan mengenai hukum seorang imam melihat mushaf al-Qur’an di dalam solat kepada beberapa pendapat, antaranya:

Pendapat pertama: Seorang imam yang melihat mushaf al-Qur’an di dalam solat, maka batal solatnya, sama ada dalam solat fardhu mahupun solat sunat. Ini adalah pendapat dalam mazhab Imam Abu Hanifah Rahimahullah. Rujuk al-Mabsut(1/201-202), Bada’i al-Sana’i fi Tartib al-Syara’i (1/236).

Hujah bagi pendapat pertama:

Memegang al-Qur’an, membelek helaian mushaf, melihat kepadanya dan memikirkannya untuk memahami isi kandungannya merupakan perbuatan yang banyak dan ini boleh merosakkan solat.
Kerana satu ibadah (melihat mushaf) disandarkn kepada ibadah lain (solat).
Qias orang yang melihat mushaf al-Qur’an ke atas orang yang mempelajarinya daripada mushaf. Keadaan ini adalah seperti mempelajarinya daripada seorang guru di dalam solat. Perbuatan ini membatalkan solat.
Pendapat kedua: Hukumnya adalah harus melihat dan membaca al-Qur’an daripada mushaf dalam solat fardhu mahupun solat sunat, bahkan diwajibkan untuk melihat mushaf jika tidak menghafaz surah al-Fatihah. Ini adalah pendapat dalam mazhab Imam asy-Syafi’e dan Imam Ahmad Rahimahallah. Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/95), Raudhah at-Tolibin wa ‘Umdat al-Muftin (1/294), al-Mughni (1/411), Hasyiyah ar-Raudh al-Murbi’ (2/110).

Dalil bagi pendapat kedua:

‘Aisyah RA pernah menjadi makmum kepada hambanya yang telah dimerdekakan, Zakwan dalam keadaan dia membaca al-Qur’an di dalam solat dengan melihat mushaf.
Imam al-Bukhari meriwayatkannya secara mu’allaq di awal bab (إمامة العبد والمولى) dalam sahih al-Bukhari (1/140). Imam an-Nawawi menilai sanadnya adalah sahih. Rujuk al-Khulasoh (1/500). Ibn Abi Syaibah dan al-Baihaqi juga meriwayatkan perkara seumpama ini dalam Musannaf ibn Abi Syaibah (2/123) dan Sunan al-Kubra (2/253).

Al-Hafiz ibn Hajar Rahimahullah telah berkata: “Hadith ini menjadi dalil bahawa harus bagi orang yang sedang mengerjakan solat untuk membaca al-Qur’an dengan melihat kepada mushaf” Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (2/185).

Peristiwa ini menjadi dalil yang jelas bahawa Zakwan solat dengan melihat mushaf dan ‘Aisyah RA tidak mengingkari perkara tersebut. Jika perkara tersebut tidak diharuskan, nescaya ‘Aisyah RA akan melarangnya berbuat demikian.

Imam az-Zuhri Rahimahullah pernah ditanya mengenai lelaki yang membaca al-Qur’an dengan melihat mushaf di dalam solat, lalu beliau menjawab: “Mereka yang terpilih dan terbaik dari kalangan kami membaca al-Quran dengan melihat mushaf ketika dalam solat di bulan Ramadhan”. Rujuk Mathalib Uli an-Nuha Syarh Ghayat al-Muntaha (1/484).
Nabi SAW telah memegang cucu Baginda, Umamah RA ketika Baginda sedang solat sepertimana yang diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari (516) dan Sahih Muslim (543). Jika tiada halangan untuk Rasulullah SAW memegang Umamah RA ketika solat, begitu juga halnya tiada halangan untuk seseorang itu memegang mushaf dan membacanya ketika solat. Ia juga mampu membantu untuk memanjangkan lagi tempoh berdiri dalam solat dan menambah kekhusyukan sepertimana firman Allah: {قُومُواْ لِلّهِ قَانِتِينَ}
Pendapat Ketiga: Hukumnya adalah makruh jika melihat mushaf al-Qur’an dalam solat fardhu, adapun melihatnya dalam solat sunat, maka hukumnya adalah harus. Ini adalah pendapat dalam mazhab Imam Malik Rahimahullah. Rujuk al-Dzakhirah (2/408), al-Jami li Masail al-Mudawwanah (3/1190).

Dalil bagi pendapat yang ketiga:

Hadith ‘Aisyah RA yang menjadi makmum kepada Zakwan seperti mana dalil pertama dalam pendapat yang kedua.
Hadith ini menunjukkan bahawa Zakwan menjadi imam dan membaca al-Qur’an dengan melihat mushaf. ‘Aisyah RA mengikutinya sebagai makmum dan tidak mengingkarinya. Walaubagaimanapun, hukumnya menjadi makruh untuk berbuat demikian kerana dibimbangi orang ramai akan meninggalkan usaha untuk menghafaz al-Qur’an, dan mereka semua hanya cenderung untuk membaca al-Qur’an daripada mushaf, bukan menghafaznya.

Melihat kepada mushaf merupakan satu ibadah, membaca al-Qur’an juga merupakan satu ibadah, menggabungkan satu ibadah kepada ibadah yang lain tidak sampai menjadikan ibadah tersebut rosak, tetapi menjadikan hukumnya makruh.
Menyerupai ahli kitab yang membaca teks kitab mereka ketika beribadah.


Hukum Makmum Melihat Mushaf al-Qur’an di Dalam Solat

Berkenaan dengan keadaan makmum, marilah kita melihat tafsiran ulama’ berkenaan firman Allah SWT:

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Maksudnya: “Dan apabila al-Qur’an dibacakan, maka dengarlah bacaan al-Qur’an tersebut serta diamlah supaya kamu memperolehi rahmat”

Surah al-A’raaf:204

Imam ibn Kathir Rahimahullah menafsirkan ayat ini dengan berkata: “Allah SWT telah memerintahkan untuk diam ketika ayat al-Qur’an dibaca sebagai satu penghormatan kepada al-Qur’an, tidak seperti apa yang dilakukan oleh Musyrikin Quraisy sepertimana dalam firman-Nya dalam surah al-Fussilat ayat ke-26. Perkara ini lebih ditekankan jika imam membacanya dalam solat fardhu sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya:

إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ، فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا، وَإِذَا قَرَأَ فَأَنْصِتُوا

Maksudnya: “Sesungguhnya imam dijadikan untuk diikuti, apabila imam mengangkat takbir, maka hendaklah makmum mengikutnya mengangkat takbir, dan jika imam membaca ayat al-Qur’an, maka hendaklah makmum diam”

Riwayat Muslim (404)

Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (3/536)

Imam ibn Jarir at-Tobari Rahimahullah telah berkata: “Ahli tafsir berbeza pandangan mengenai keadaan yang diperintahkan oleh Allah untuk diam dan mendengar bacaan al-Qur’an yang dibaca; sebahagian mereka berpendapat perintah tersebut adalah ketika makmum mendengar bacaan imam di dalam solat dan ayat tersebut diturunkan kerana itu” Rujuk Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an (13/345).

Para Sahabat pernah menunaikan solat Subuh di belakang Rasulullah SAW yang mana Rasulullah SAW membaca ayat al-Qur’an di dalam solat tersebut dengan bacaan yang panjang dan para Sahabat mengikut bacaan Baginda, lalu Nabi SAW bersabda:

لا تَفعَلوا إلَّا بفاتحةِ الكتابِ؛ فإنَّه لا صلاةَ لمَن لم يَقرَأْ بها

Maksudnya: “Janganlah kamu berbuat demikian kecuali membaca surah al-Fatihah. Sessungguhnya tiada solat bagi sesiapa yang tidak membaca (surah al-Fatihah) di dalamnya (solat)”

Riwayat Abu Daud (823)

Sheikh Syu’aib ar-Arnouth Rahimahullah menilai hadith ini sebagai sahih lighairihi. Hadith ini mempunyai syahid daripada hadith yang diriwiyatkan oleh seorang Sahabat yang tidak dinamakan dan telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad (18070), sanad hadith ini adalah sahih. Rujuk Takhrij Sunan Abi Daud (2/116)

Sheikh Abdul Karim al-Khudair Hafizahullah telah berkata: “Adapun sesiapa yang memegang al-Qur’an di dalam solat Terawih bagi mengikuti bacaan imam, ia bertentangan dengan kewajipan makmum untuk diam dan mendengar dengan tekun bacaan imam serta tidak disibukkan dengan perkara lain, maka perkara ini tidak sepatutnya dilakukan oleh makmum. Adapun imam yang tidak menghafaz al-Qur’an dan melihat mushaf, maka dibolehkan kepadanya, insyaAllah” Rujuk Fatawa Nur ‘ala ad-Darb (halaqah yang kelima, no. fatwa: 3712)



Kesimpulan

Kami berpandangan harus untuk membaca al-Qur’an dengan melihat mushaf bagi imam dan mereka yang solat bersendirian, sama ada dalam solat fardhu mahupun solat sunat jika dengan melihat mushaf tersebut mampu untuk memanjangkan tempoh berdiri di dalam solat dan membantu menambahkan kekusyukan di dalam solat. Namun begitu, kami berpendapat bahawa yang terbaik adalah membaca ayat-ayat al-Qur’an tanpa melihat mushaf di dalam solat jika tiada keperluan yang mendesak untuk berbuat demikian.

Kami ingin menukilkan apa yang telah dinyatakan oleh Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah: “Namun begitu, membaca ayat al-Qur’an dengan melihat mushaf dan juga membelek kertas mushaf ketika sedang menunaikan solat adalah harus dengan syarat ia dilakukan dengan tidak berturut-turut sebanyak tiga kali dan ianya dilakukan kerana mempunyai keperluan. Jika ia dilakukan dengan sengaja tanpa ada keperluan, maka hukumnya adalah makruh. Rujuk Mughni al-Muhtaj Ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz al-Minhaj (1/419).

Kami juga berpandangan bahawa adalah lebih baik bagi makmum untuk tidak melihat mushaf ketika mengikuti imam. Ini kerana perbuatan memegang mushaf atau yang seumpama dengannya seperti melihat telefon bimbit dan selainnya akan menyebabkan makmum tersebut terlepas untuk melakukan beberapa perkara sunat dalam solat yang lebih utama untuk dibuat ketika itu seperti menumpukan pandangan ke tempat sujud, mendekap tangan ketika berdiri, dan boleh menyebabkan pergerakan yang banyak dalam solat tanpa keperluan yang mendesak.

Semoga sedikit penjelasan ini dapat membantu dan menjawab persoalan yang sering berlegar di kalangan masyarakat terutamanya di bulan Ramadhan. Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.

Sumber: http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1329-al-kafi-423-pendapat-para-ulama-berkenaan-hukum-membaca-mushaf-di-dalam-solat?highlight=WyJtZWxpaGF0IiwiJ21lbGloYXQnIiwibWVsaWhhdCciLCJtdXNoYWYiLCJtZWxpaGF0IG11c2hhZiJd

Smart Solah Display adalah produk audio visual, yang menawarkan kelengkapan dan perisian “Digital Signage” digabungkan bersama aplikasi Jam Solat TV. 

Misi kami adalah untuk menawarkan produk pada harga yang sangat berpatutan, disamping dapat membangunkan kemudahan di dalam masjid dan pusat-pusat Islam, selaras dengan perkembangan teknologi multimedia masa kini

masjid display system malaysia,android tv masjid,waktu solat tv android,sistem paparan digital untuk masjid,skrin tv masjid,sistem info masjid,sistem masjid display tv,waktu solat android
                            




             

Harga Bermula Dengan RM1200

Wasap 019327 6456 /0133429456 Untuk Maklumat Lanjut


TAFSIR AL-MUNIR EDISI KHAS (SE) EDARAN KHAS TELAGA BIRU DENGAN PERAKUAN JAKIM.

Bagaimana Kitab Tafsir alMunir ini membantu para pembaca untuk faham dan menghayati ayat-ayat suci alQuran dengan lebih menyeluruh dan terperinci?

Pernahkah anda terfikir persoalan begini?

Apakah maksud ayat yang saya sedang baca ini?

Apa kaitan ayat yang saya baca sekarang dengan ayat yang serterusnya?

Mengapa surah alBaqarah di beri nama begitu?

Apakah hukum fiqh yang bolrh dipelajari daripada ayat ini?

Bagaimana ingin kaitkan ayat alQuran ini dengan kehidupan seharian kita?

Apa maksud sebenar perumpamaan "Cahaya Allah" dalam surah anNur?

Tafsir alMunir (lengkap 30 juzuk)

Maklumat ringkas kitab ini.

Dalam kitab ini , anda akan pelajari 7 cabang ilmu penting seperti berikut :

1. Tafsir alQuran ini bertemakan Aqidah,Syariah dan Manhaj yang menjadi dasar utama.

2. Ayat-ayat alQuran ditafsirkan secara detil dalam kitab ini supaya anda faham maksud sebenar daripada ayat tersebut

3. Kaitan ayat dengan ayat. Perkara ini akan bantu anda untuk faham kronologi dan apa munasabah kaitan ayat dengan ayat tersebut.

4. Anda akan diberikan pendedahan sebab turunnya ayat alQuran supaya anda faham mengapa tersebut diturunkan dan apa kisah disebaliknya?

5.Anda juga akan pelajari apakah fiqh kehidupan dan huku hakam berkaitan daripada ayat yang sedang di baca.

6.Pelbagai kosa kata Bahasa Arab daripada alQuran

7. Tafsir daripada sudut tatabahasa Arab ( I'raab dan Balaghah) serta Qira'at.

Maklumat Kitab

Nama Kitab: Tafsir Al Munir
Penulis: Prof Dr. Wahbah az-Zuhaili
Penerbit: Pustaka Gema Insani
Pengedar Edisi Khas : Telaga Biru

Jilid : 15 Jilid hard cover
Pek Kotak  : 2 Kotak  ( dipos dalam 1 kotak )
Total Berat : 11.5KG x 2 : 23KG

Dengan perakuan Edisi Khas oleh JAKIM , Mufti Wilayah Persekutuan , Mufti Pahang , Dr Daud Bakar.

RM1200
0193276456