al-quran-terjemahan-al-quran-digital-beli-buku-online AddeenShop - tok guru AddeenShop: tok guru - All Post
WHAT'S NEW?
Loading...
Showing posts with label tok guru. Show all posts
Showing posts with label tok guru. Show all posts
Al QURAN DIGITAL MY QALAM BASIC

TERCARI-CARI AL QURAN DIGITAL YG LENGKAP, CANGGIH DAN EKSLUSIF DGN HARGA BAJET?
.
Tak sampai RM200 pun Al Quran Digital ini. Nama MY QALAM BASIC.
.

Siap SAIZ A5 lagi. Senang lah anda lepas nei boleh miliki dgn segera dan MUDAH dibawa ke mana2.

.
Dulu punya lah mahal Al Quran digital sekarang OFFER murah saja. BESTLAH boleh lah ulangkaji sendiri kat rumah.
.
.
Mungkin anda sudah lama teringin sangat hendak membaca Al Quran dengan LANCAR. Bila anda mendengar bacaan Al Quran dari Qari dan Qariah anda rasa sangat SERONOK dan TENANG menikmati bacaan mereka.
.
Tapi apakan daya anda BELUM LANCAR membacanya.😔😔😔
.
Ada seorang pelanggan saya namanya EN HASHIM dari Semenyih bukan setakat bacaan sudah semakin LANCAR, tapi boleh MENGHAYATI terjemahan Al Quran sekali.
.








MY QALAM ini sangat sesuai untuk anda dan seisi keluarga . Anda boleh ulangkaji di rumah anda sampai PANDAI dan LANCAR.
Bermula dari Iqra' hinggalah Al Quran semuanya dibimbing oleh PEN DIGITAL yg sangat CANGGIH.
Tunjuk sahaja ke tempat yg nak baca boleh terus dengar dan ikut.
Kandungan dalam Set My Qalam Basic ialah:-
1. Senaskah Al Quran 30 juzuk saiz A5.
2. Buku Iqra' 1- 6
3. Buku Panduan Solat
4. Buku Doa-doa dan Manzil
5. Buku Panduan Tajwid
6. Kad Index Al Quran dan Penggunaan
7. Kad Haji dan Umrah
8. Kad warranty
Kelebihan My Qalam Basic ini ialah:-
✔Anda boleh tunjuk sahaja pen digital pada buku Iqra' dan anda boleh ikut sahaja cara sebutan yg dibaca oleh pen digital tersebut.
✔Jika anda sudah tahap membaca Al Quran, anda boleh terus mengguna Al Quran yg diberi. Tunjuk saja pada perkataan dalam ayat dan anda ikut sahaja bacaannya. Sebab Al Quran ini ada bacaan perkataan demi perkataan.
✔Bila anda ada waktu free hendak mendengar bacaan dari imam2 terkenal dunia, anda cuma tunjuk pada nama Qari yang anda ingin mendengar kemudian tunjuk pada ayat yg hendak anda dengar, jika hendak mendengar bacaan satu surah pun boleh.
✔Ada banyak buku dalam Set Al Quran Digital My Qalam Basic ini iaitu Buku Panduan Sembahyang, Buku Doa-Doa Pilihan dan Manzil, Buku Iqra' dan Buku Panduan Tajwid. Semuanya boleh detect menggunakan pen digital ini.
✔Siap dapat Kad Panduan Haji dan Umrah dan Kad Index dan Panduan Penggunaan lagi. Semua ini boleh detect dengan pen digital ini.
✔Dan banyak lagi!!

Harga RM190 Tidak Termasuk Kos Penghantaran

http://anaksoleh.wasap.my/

Koleksi My Qalam Mengikut Budjet dan Keperluan Anda



Wasap Kami Di 

013 343 9416 Untuk Info Lanjut






Lelaki sehebat itu. Orang segah itu. 

Bagaimana mahu memenuhi semua harapan yang ada? Bagaimana mahu memastikan kekaguman ini bukanlah pendewa-dewaan, sehingga mengecewakan dia yang sudah pergi?

Kisah ini akan melibatkan pelbagai orang dalam hidup Allahyarham Tok Guru.

Daripada isteri, anak, saudara-mara, kepada orang rapat, anak murid, pegawai kerajaan dan mereka yang jauh, tulisan yang memuatkan antara kisah yang menceritakan bagaimana Tok Guru mempengaruhi hidup mereka. Juga bagaimana kita dapat belajar daripada cara Tok Guru berinteraksi dengan setiap seorang daripada mereka. 

Gabungan harapan dan kepercayaan bagi memanjangkan usaha dakwah seorang lelaki bernama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Format: Paperback
Saiz: 6 x 9
ISBN-13: 978-967-411-587-6 
Tarikh Terbit: 30 Jun 2015
Jumlah Muka Surat : 288
RM26.00

Buku ini merupakan salah satu karya terbaik al-Imam al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad rahimahullah. Judul aslinya An-Nashaih ad-Diniyah wa ‘I-Washaya al-Imaniyah {Nasehat Agama dan Wasiat Iman}. Beliau telah menyusunnya persis seperti yang beliau katakan dalam pembukaan buku ini “Saya mencoba menyusunnya dengan ungkapan yang mudah dipahami awam, dan saya gunakan kata-kata yang ringan agar cepat dipahami dan ditangkap maksudnya oleh orang-orang khusus dan orang-orang awam dari ahli Iman dan Islam.”

Al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad melengkapi buku ini dengan hal-hal yang wajib diketahui oleh setiap muslim, misalnya yang berkaitan dengan aqidah {keyakinan} dan hukum, keluhuran budi pekerti dan akhlak terpuji yang harus kita teladani. Beliau juga menerangkan tentang kerangka dasar dakwah ke jalan Allah dan tata cara menunaikan hak-hak Allah yang diperkuat dengan dalil-dalil firman-firman Allah SWT, Hadist Nabi SAW dan pendapat para imam dan alim ulama ..

BUKU NASIHAT AGAMA & WASIAT IMAN HARD COVER
Harga: RM 46.00 Merupakan terjemahan daripada sebuah karya agong Imam Abdullah Alawi Al-Haddad yang terjudul An-Nashaih ad-Diniyyah wal Washaya al-Imaniyyah 

TEMPAHAN 019 327 6456

Mauizhah

Penulis: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat 
Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim, seorang alim bernama Fatah al-Maushili rahimahullah telah mengemukakan pertanyaan kepada muridnya: "Benarkah seorang pesakit akan mati jika tidak dirawat dan tidak diberi makan minum?" "Benar katamu wahai tuan guru." Jawab murid-muridnya. Berkata Fatah al-Maushili seterusnya: "Demikian juga hati manusia jika disekat selama tiga hari daripada menerima ilmu dan hikmah, pasti ia akan mati." Yang dimaksudkan dengan ilmu itu ialah syariat yang menjelaskan hukum-hakam dan peraturan Allah SWT.

Sementara hikmah ialah kebijaksanaan menggunakan ilmu tersebut untuk menghubungkan diri dengan Allah SWT dan hubungan dengan sesama manusia. Jasad dan tubuh manusia akan mati jika keperluan makan minumnya disekat, demikian juga rohani (jiwa) manusia akan mati jika tidak diberi ilmu dan hikmah yang menjadi santapannya. Oleh itu, ilmu adalah penting dalam kehidupan manusia, setiap manusia yang mengajar dan belajar ilmu akan mendapat manfaat masing-masing di dunia dan akhirat. Hayati bimbingan Tok Guru agar kita lebih belajar tentang hidup ini.

Maklumat Buku
ISBN : 9789673610594
Jumlah Halaman : 0 Muka Surat
Tarikh Terbit : 03 September 2012
Harga  : RM28.00
Mungkinkah antara mereka dan solatnya itu tidak terpenuh prasyarat antara apa yang dipersembah dengan apa yang diharap? Jika ya, maka apa lagi yang kekurangan?

Buku ini amat sesuai untuk ummah yang sudah yakin bahawa solat adalah sarat dengan hikmah dan rahmah. Betapapun mereka mengakuinya, tetapi dilema yang sering melanda apabila mereka masih tidak atau belum lagi merasai kelazatan solat sebagai juadah rohani justeru masih ada hijab tipis yang mungkin sedang memisahkan 'bahagia' solatnya itu dengan kewujudan diri.

Akhirnya, solat yang ditegakkan saban waktu hanyalah sebuah persuaan waktu yang tidak menemui kebahagiaan dengan kediriannya. Jika solat dan tuannya itu umpama sepasang kekasih, maka buku ini akan cuba mempertemukan pasangan yang selama ini bertemu dan melepaskan rindu tetapi hantaran rindunya itu sering tidak kesampaian. Ia bertepuk sebelah tangan di sejadah kaku yang tidak terjawab.

Mungkinkah antara mereka dan solatnya itu tidak terpenuh prasyarat antara apa yang dipersembah dengan apa yang diharap? Jika ya, maka apa lagi yang kekurangan?

"Ibadah solat adalah suatu ibadat yang mengajar manusia supaya setiap usaha mereka mengejar kehidupan dunia, mereka perlu berenggang atau berputus hubungan untuk seketika dengan keduniaan mereka, dan bersiap pula untuk menghadapi kematian".

-Tok Guru Nik Adbul Aziz Nik Mat-

Tajuk : Menyukat Solat Diri

Penulis : Misbah Em Majidy

Harga : RM 22.00 
‘2 JALAN DUNIA' adalah kesinambungan daripada naskhah ‘Hentian Terakhir’. Merupakan cebisan kata-kata azimat dan pembakar semangat daripada Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Himpunan kata-kata ibarat mutiara yang dipetik daripada kuliah beliau yang telah dimuatkan dalam buku ‘Bertemu Janji Allah’.

Setiap kata-kata beliau mampu mengubah sekeping hati daripada gelap menjadi cerah. Mampu menyinari hati-hati insan yang berusaha mencari asbab untuk berubah menjadi seseorang yang lebih baik.
Semoga setiap ungkapan daripada beliau mampu memberi sinar kepada hati-hati yang berusaha mencari kebenaran, malah jalan kebahagiaan dalam kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti.





Maklumat Buku
ISBN : 978-967-361-140-9
Jumlah Halaman : 119 Muka Surat
Tarikh Terbit : 01 December 2014
Harga  : RM15.00

Sebagai muslim, pasti sedar bahawa lafaz 'Mauizhah' adalah salah satu ungkapan yang terkandung dalam al-Quran. Ia membawa maksud 'Peringatan' daripada Allah SWT. Ini kerana kebanyakan manusia di dunia ini menjadi sasaran musuh utama mereka iaitu Syaitan dan Iblis yang sentiasa tidak memberi peluang dan ruang untuk mereka menjadi baik. Justeru, makhluk terkutuk itu sedaya upaya mungkin mengadakan pelbagai pendekatan yang bersifat seronok agar manusia tersungkur menjadi hamba nafsu yang merugikannya di akhirat. Namun Allah SWT tidak akan membiarkan hamba-hambaNya yang solih turut terjerumus dalam kancah yang merugikan akhirat mereka, maka Allah menyediakan bagi mereka 'Mauidzah' agar mereka menggunakannya sebagai jalan untuk selamat. Al-Quran yang bersifat panduan terutama dalam membina kahlak dan jati diri muslim sejati berpaksikan al-Quran dan hadis-hadis baginda SAW. Buku 'Nikmat Taman Syurga' ini adalah kesinambungan buku 'Mauizhah'.

Ia lebih bersifat penjelasan kepada kitab 'Mauizatul Mukminin' karya Syeikh Jamaluddin al-Qasimi iaitu ringkasan daripada kitab agung 'Ihya' Ulumiddin' karya Imam al-Ghazali yang diakui berkesan dalam membangun jiwa manusia melalui aspek akhlak sesama muslim melalui hubungan silaturrahim dan sebagainya. Buku ini dipersembahkan kepada masyarakat hari ini memandangkan isu-isu yang berlaku dalam kalangan mereka berkisar mengenai akhlak yang tidak seimbang dunia dan akhirat. Mudah-mudahan ia menjadi sumber rujukan yang bersifat realiti buat umat Islam.

Maklumat Buku
ISBN : 9789673610877
Jumlah Halaman : 474 Muka Surat
Tarikh Terbit : 19 November 2013
Harga  : RM28.00










Setiap zaman akan ada ulama yang memperbaharui urusan hidup manusia. Ulama zaman lampau telah berjasa serta memudahkan kita semua.

Zaman ini yang penuh dengan segala macam tribulasi, lalu Allah mendatangkan ulama yang mengajarkan urusan dunia dan akhirat kepada umat hari ini dengan kata dan perilakunya.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan anugerah kepada ummah. Pemimpin yang pernah memerintah wilayahnya. Pemimpin yang istiqamah dalam segala situasi. Seorang yang istimewa, juga sering kelihatan aneh oleh seterunya. Kata-katanya memukau, walau ada juga yang mencemuh.

Cebisan kata beliau kami rakamkan dalam buku ini, agar menjadi azimat dalam hidup menuju Allah.

Maklumat Buku

ISBN: 9789673611126
Jumlah Halaman: 95 Muka Surat
Tarikh Terbit: 10 February 2014
Harga : RM12.00
Buku nukilan dari Tok Guru Nik Aziz

"Dan apabila orang-orang zalim itu telah menyaksikan azab, maka tidak diringankan azab bagi mereka dan tidak pula mereka diberi tangguh." [An-Nahl, ayat 85]

Manusia di sisi Allah tidak diukur semata hanya kerana kejayaan mereka menguasai kehidupan dunia, tetepi kejayaan hakiki adalah sejauh mana mereka menyingkap keperluan hidup akhirat.

Hitam putih kehidupan akhirat seseorang adalah dicorakkan sendiri oleh pegangan hidup semasa di dunia. Allah SWT telah mendatangkan para rasulNya bersama wahyu sebagai panduan untuk umat manusia.

Kegagalan mengikut apa yang telah diperintahkan Allah SWT akan menimpalah azab daripada-Nya. Keresahan di mashsyar tidaklah dapat dibayangkan, sehingga mata yang melihat akan terbelalak dengan azab itu. Meminta tolong pun tiada guna kerana orang lain juga menanggung azab yang sama.

Kata Hasan al-Basri, pada hari itu semua muka manusia terpaksa memandang ke atas, kerana mereka tidak mahu memandang sesama manusia yang berwajah sedih, cemas dan resah disebabkan masing-masing di dalam kesusahan.

Buku ini mengajak pembaca menyelusuri jalan-jalan di mahsyar yang menyayat hati. Dengan mengikuti huraian tentang hari kiamat dan alam akhirat, Tok Guru cuba mendorong kita menjadi mukmin yang cintakan akhirat kerana di sanalah kesenangan abadi.

RM39.00