Dalam kehidupan seharian di dunia ini, pasti ada antara kita yang hidupnya sentiasa tidak tenteram, sering mengalami kegagalan, hatinya tidak tenang dan ada sahaja perkara-perkara buruk silih berganti berlaku kepadanya.
Selain daripada ujian hidup yang biasa dialami, mungkin perkara-perkara yang berlaku itu berkait rapat dengan hubungan kerohaniannya dengan Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T dalam surah Ar-Ra’d, ayat 28 yang bermaksud: “Orang yang beriman hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.”
Ayat ini jelas menyeru kita agar sentiasa mengingati Allah untuk memperoleh ketenangan hati.
Ini kerana apabila lidah kita sentiasa basah dengan zikrullah, bacaan-bacaan dalam solat, doa dan hati serta fikiran yang sering mengingati Allah, Dia akan mengurniakan rahmat kepada kita.
Rahmat inilah yang seterusnya menjadi kurniaan buat kita, hambaNya dalam menjalani kehidupan seharian di muka bumi ini.
“Orang yang beriman hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.”
Persiapan diri dalam memperkasa puasa di bulan Ramadan
Kurang sebulan lagi Ramadan akan tiba. Mudah-mudahan umur kita sampai untuk mengecapi nikmat dan kemanisan penghulu segala bulan itu. Sudah tentu kita bersemangat memikirkan apakah yang perlu dilakukan supaya puasa akan datang lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Bagaimana cara Rasulullah SAW mempersiapkan diri sebulan sebelum menjelang Ramadan?
Menurut panduan sirah nabawiyah, ketika tiba Syaaban, Rasulullah SAW melipatgandakan kuantiti dan kualiti ibadat puasa, qiamullail, zikir dan amal soleh. Jika pada bulan-bulan sebelumnya Baginda hanya berpuasa rata-rata 11 hari, tetapi pada bulan Syaaban, Baginda berpuasa hampir penuh sebulan.
Hal itu diriwayatkan Aisyah r.a., “Rasulullah banyak berpuasa (pada bulan Syaaban) sehingga kita mengatakan, beliau tidak pernah berbuka dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali puasa Ramadan. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah banyak berpuasa (di luar Ramadan) melebihi Syaaban.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat Usama bin Zayed r.a, “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘Wahai Rasulullah, aku tidak melihatmu banyak berpuasa seperti pada bulan Syaaban?’
Baginda menjawab, “Syaaban adalah bulan yang dilupakan oleh manusia, letaknya antara Rejab dan Ramadan. Pada bulan itu, amal manusia diangkat (ke langit) oleh Allah SWT dan aku menyukai pada saat amal diangkat aku dalam keadaan berpuasa.” (Hadis riwayat an-Nasa’i)
Syaaban adalah bulan penutup rangkaian puasa sunah Rasulullah SAW sebelum berpuasa penuh pada bulan Ramadan. Jika Rasulullah SAW mempersiapkan diri untuk menyambut Ramadan dengan berpuasa minimum 11 hari di luar bulan Syaaban dan 20 hari pada bulan Syaaban, bererti untuk menyambut Ramadan Rasulullah SAW berpuasa paling kurang 130 hari atau sepertiga lebih daripada jumlah hari dalam setahun.
Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita bergembira dengan kehadiran bulan suci ini atau tidak mempunyai apa-apa perasaan istimewa?
Ada dalam kalangan menganggap Syaaban dan Ramadan tidak jauh bezanya daripada bulan-bulan lain. Umumnya, suasana ‘biasa’ itu bukan kerana sikap ingkar terhadap perintah Allah, tetapi aktiviti duniawi seseorang itu terlalu padat. Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin menyebutkan, terdapat beberapa hari istimewa digelar sebagai hari-hari utama (al-Ayyam al-Fadhilah).
Hari-hari utama itu dapat ditemukan pada setiap tahun, setiap bulan, malah setiap minggu. Untuk keistimewaan bulanan, Imam Al-Ghazali memasukkan Syaaban dalam kategori bulan-bulan utama (al-Asyhur al-Fadhilah) di samping Rejab, Zulhijjah dan Muharam. Terdapat beberapa sebab istimewanya Syaaban. Antaranya, ia menjadi jambatan menuju bulan paling diagungkan. Sebab itu bulan ini dikatakan ‘Syaaban’ iaitu berasal daripada kata ‘syi’ab’ yang bermaksud jalan setapak menuju puncak. Syaaban adalah bulan persiapan yang disediakan Allah SWT untuk hambanya bagi memantapkan fizikal, emosi dan spiritual menuju keberkatan yang hakiki pada bulan Ramadan.
Dalam keadaan berpuasa, seorang hamba akan memperoleh pendidikan rohani yang luar biasa dan memberi impak dalaman yang tinggi. Puasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum sahaja, malah perkara yang mendorong hawa nafsu ke arah keburukan seperti bercakap bohong, pembaziran, sombong, ego, mementingkan diri sendiri, suka menilai kelemahan orang lain dan pelbagai lagi.
Mudah-mudahan Ramadan kita jejaki. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
3. Penafsirnya adalah ulama yang diperakui oleh para tokoh agama.
4. Format buku biasa yang mudah dibawa ke sana sini.
5. Pakej lengkap 30 buku, 30 juzuk Al-Quran pada harga ekonomi.
Mengapa tafsir Al-Azhar perlu ada di rumah kita?
1. Kerana ia mengandungi pelbagai bidang ilmu, ditafsirkan dalam bentuk yang ringan lagi mudah difahami.
2. Kerana ia disulami dengan bahasa Melayu indah Buya Hamka yang tak jemu dibaca berulang-ulang kali.
3. Kerana ia ditulis dengan citra Melayu yang mana contoh dan konteks yang dekat dengan masyarakat dan budaya Melayu nusantara.
4. Kerana di rumah sudah ada Quran, Quran terjemahan tetapi tiada tafsir Al-Quran.
Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.
Tafsir ini mudah difahami dan diolah dengan suasana alam nusantara. Bahasanya lebih santai dan disulami sastera indah oleh HAMKA.
HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.
Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.
Tafsir Al Azhar cukup sesuai untuk kita memahami dan mengkaji mengenai Al-Quran.
Kenapa?
1. Tafsir Al-Azhar dikarang oleh buya Hamka, seorang ulama nusantara yang faham konteks masyarakat nusantara.
2. Tafsir Al-Azhar adalah tafsir istimewa yang meraikan citra melayu. Lengkap dengan contoh tempatan nusantara, puisi, madah, sajak dan kata-kata indah bahasa melayu.
Anak Tiung atas Rambutan, Bernyanyi Bertongkat Paruh,
Tertegun Kapal di Lautan, .Datang Angin Berlayar Jauh.
3. Bahasa yang halus dan kandungan penafsiran yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu.
4. Tafsiran yang diperakui para ulamak dan rujukan ramai ilmuwan.
Set Lengkap Tafsir Edisi Pengajian
Lebih istimewa, PTS Media Group Sdn Bhd, penerbit rasmi Tafsir Al-Azhar di Malaysia sudah menerbitkan set lengkap Tafsir Edisi Pengajian yang mana keistimewaannya adalah:
1. Mengikut juzuk yang memudahkan pembaca untuk menelaah berbanding berbentuk kitab yang besar dan tebal.
2. Dalam format buku standard yang mudah dibawa ke mana-mana berbanding kulit keras dan tebal yang sukar dan berat untuk dipegang.
TAFSIR AL-AZHAR, KARYA MONUMENTAL ULAMA 10 DALAM 1
HAMKA, ULAMA MELAYU, BERSTATUS ENSIKLOPEDIK, ULAMA 10 DALAM 1
Seorang pengkaji Buya Hamka bernama Ustaz Zahiruddin Zabidi menyatakan bahawa Hamka adalah antara ulama yang dianggap berstatus Eksiklopedik ataupun Mausu’i. Mengapa?
1. Beliau menguasai pelbagai disiplin ilmu walaupun beliau tidak pernah mendapat latar pendidikan tinggi secara formal.
2. Beliau banyak merantau mencari ilmu di Indonesia dan pernah merantau ke Mekah bagi mencari ilmu sambil menunaikan haji pada tahun 1927 iaitu pada usia 19 tahun.
3. Hamka digelar Ulamak Ensiklopedik kerana menguasai pelbagai bidang ilmu dengan cemerlang.
4. Beliau seorang SEJARAWAN dan antara karyanya yang hebat dan dirujuk sehingga hari ini adalah Sejarah Umat Islam.
5. Beliau juga seorang AHLI POLITIK dan pernah memenangi pilihanraya Indonesia pada tahun 1955 dan menduduki Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Indonesia.
6. Beliau juga seorang PENULIS dengan ratusan karya penulisan antaranya falsafah hidup (1939), tasauf moden (193) dan yang monumental adalah tafsir al-Azhar (1965).
7. Beliau juga seorang BUDAYAWAN dengan kebijaksanaannya dalam menulis karya kreatif yang terkenal sehingga ke hari ini, puisi, madah dan kebudayaan melayu terutamanya Minangkabau dalam karyanya, adat Minangkabau menghadapi revolusi.
8. Beliau juga seorang ULAMA yang diiktiraf sehingga menjadi pengerusi pertama Majlis Ulama Indonesia pada tahun 1975. Beliau juga diiktiraf dunia apabila menjadi orang melayu pertama diberikan gelaran Ustadzyah Fakhryyah (Doktor Honoris Causa) daripada Universiti Al-Azhar pada tahun 1958 dan Prof. Dr. Hamka dari UKM pada tahun 1974.
9. Beliau juga seorang SASTERAWAN dengan deretan novel yang dibaca sehingga sekarang antaranya Di bawah Lindungan Kaabah (1936), Tuan Direktur (1939), Merantau ke Deli (1940) dan yang paling terkenal adalah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937)
10. Beliau juga seorang EDITOR, PENERBIT, WARTAWAN bagi majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.
11. Beliau juga seorang PEJUANG KEMERDEKAAN sehingga mendapat gelaran “Pangeran Wiroguna” oleh pemerintah Indonesia.
TAFSIR AL-AZHAR, TAFSIR Al-QURAN ALAM MELAYU, KARYA MONUMENTAL
Tafsir Al-Azhar dianggap karya tafsir bersifat monumental bagi alam melayu. Mengapa?
1. Tafsir Al Quran yang lengkap dalam bahasa melayu dan dianggap sebagai yang terbaik pernah dihasilkan bagi masyarakat muslim melayu nusantara.
2. Susunan bahasanya yang halus dan kandungan bagi setiap pentafsirannya amat menyeluruh. Ia merangkumi semua lapangan ilmu termasuk sains dan teknologi.
3. Ia mengunakan metod tahlili iaitu analisa secara terperinci dan mudah difahami.
4. Pendekatan tafsir yang unik iaitu dengan mengambil kira pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat.
5. Dikaitkan dengan cara hidup masyarakat setempat (nusantara) yang pelbagai. Kupasan dari sudut sosiologi, antropologi, sejarah, ilmu kalam, tasawuf, sastera, psikologi dan pengalaman peribadi dimasukkan oleh Hamka pada bahagian yang bersesuaian.
6. Mengutamakan tafsir dengan kaedah Al-Ma’thur iaitu tafsiran Quran dengan ayat Quran yang lain, hadith, pendapat para sahabat dan juga tabi’en.
7. Menyelitkan tafsiran berbentuk Ra’yi iaitu tafsiran menggunakan pendapat sendiri tetapi masih memenuhi syarat-syarat syariah.
8. Menerapkan elemen sastera melayu seperti pantun, syair dan sajak dalam menafsirkan ayat Al-Quran.
DAPATKAN SATU SET SEKARANG!
https://bit.ly/3kMdxJ1
𝐡𝐭𝐭𝐩://𝐰𝐰𝐰.𝐰𝐚𝐬𝐚𝐩.𝐦𝐲/𝟔𝟎𝟏𝟗𝟑𝟐𝟕𝟔𝟒𝟓𝟔/𝐚𝐥-𝐚𝐳𝐡𝐚𝐫
#alquranal-karimamazingperjilid
#MQurantime
Al-Quran Al-Karim Amazing Perjilid
SPESIFIKASI : • 5 Jilid Kulit Keras, 6 Juzuk 1 Jilid (Hard cover) • Setiap jilid Kertas khusus Al-Quran • Ukuran: 21.3 cm x 30.3 cm (saiz A4) • Khat Resam Uthmani dan Terjemahan dalam Bahasa Melayu • Diluluskan Lajnah Tasheh Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia • Panduan Tanda Waqaf & Tanda Bacaan • Doa Khatam al-Quran
KEISTIMEWAAN : • Reka bentuk esklusif, lebih ringan dan mudah dibawa. • Kaedah Tajwid berwarna beserta panduan. • Dilengkapi Panduan Waqaf Ibtida’ (cara berhenti dan memulakan bacaan dengan blok warna) • Terjemahan secara perkata pada setiap kalimah. • Penjelasan Hukum & Kaedah Tajwid. • Mu’jam (kamus Bahasa Al-Quran) • Perbahasan Tafsir Jalalain • Indeks Tematik (mengikut klasifikasi tema) • Perbahasan dan huraian daripada tafsir muktabar seperti Tafsir Jalalain, Tafsir Ibnu Kathir dan Tafsir al-Tabari
KUPASAN MENARIK : - Riyad al-Salihin - Doa dari Al-Quran & Hadis - Hadis al-Arbain Imam Nawawi - Doa Asmaul Husna - Syamail Muhammadiyah - Asmaul Husna - Hadis Qudsi - Hadis Kesihatan - Tibbun Nabawi - Tazkiyatun Nafs - Sirah Nabawi - Asbab al-Nuzul - Nasihat & Pengajaran
TERCARI-CARI AL QURAN DIGITAL YG LENGKAP, CANGGIH DAN EKSLUSIF DGN HARGA BAJET?
.
Tak sampai RM200 pun Al Quran Digital ini. Nama MY QALAM BASIC.
.
Siap SAIZ A5 lagi. Senang lah anda lepas nei boleh miliki dgn segera dan MUDAH dibawa ke mana2.
.
Dulu punya lah mahal Al Quran digital sekarang OFFER murah saja. BESTLAH boleh lah ulangkaji sendiri kat rumah.
.
.
Mungkin anda sudah lama teringin sangat hendak membaca Al Quran dengan LANCAR. Bila anda mendengar bacaan Al Quran dari Qari dan Qariah anda rasa sangat SERONOK dan TENANG menikmati bacaan mereka.
.
Tapi apakan daya anda BELUM LANCAR membacanya.😔😔😔
.
Ada seorang pelanggan saya namanya EN HASHIM dari Semenyih bukan setakat bacaan sudah semakin LANCAR, tapi boleh MENGHAYATI terjemahan Al Quran sekali.
MY QALAM ini sangat sesuai untuk anda dan seisi keluarga . Anda boleh ulangkaji di rumah anda sampai PANDAI dan LANCAR.
Bermula dari Iqra' hinggalah Al Quran semuanya dibimbing oleh PEN DIGITAL yg sangat CANGGIH.
Tunjuk sahaja ke tempat yg nak baca boleh terus dengar dan ikut.
Kandungan dalam Set My Qalam Basic ialah:-
1. Senaskah Al Quran 30 juzuk saiz A5.
2. Buku Iqra' 1- 6
3. Buku Panduan Solat
4. Buku Doa-doa dan Manzil
5. Buku Panduan Tajwid
6. Kad Index Al Quran dan Penggunaan
7. Kad Haji dan Umrah
8. Kad warranty
Kelebihan My Qalam Basic ini ialah:-
✔Anda boleh tunjuk sahaja pen digital pada buku Iqra' dan anda boleh ikut sahaja cara sebutan yg dibaca oleh pen digital tersebut.
✔Jika anda sudah tahap membaca Al Quran, anda boleh terus mengguna Al Quran yg diberi. Tunjuk saja pada perkataan dalam ayat dan anda ikut sahaja bacaannya. Sebab Al Quran ini ada bacaan perkataan demi perkataan.
✔Bila anda ada waktu free hendak mendengar bacaan dari imam2 terkenal dunia, anda cuma tunjuk pada nama Qari yang anda ingin mendengar kemudian tunjuk pada ayat yg hendak anda dengar, jika hendak mendengar bacaan satu surah pun boleh.
✔Ada banyak buku dalam Set Al Quran Digital My Qalam Basic ini iaitu Buku Panduan Sembahyang, Buku Doa-Doa Pilihan dan Manzil, Buku Iqra' dan Buku Panduan Tajwid. Semuanya boleh detect menggunakan pen digital ini.
✔Siap dapat Kad Panduan Haji dan Umrah dan Kad Index dan Panduan Penggunaan lagi. Semua ini boleh detect dengan pen digital ini.
MALAYSIA merupakan antara negara yang mengikuti aliran Mazhab Syafie dalam pegangan fikah, namun malangnya ramai dalam kalangan umat Islam masih tidak mengenali siapakah ulama terkemuka dunia itu.
Imam Syafie atau nama asalnya Muhammad bin Idris merupakan keturunan Nabi Muhammad menerusi salasilah datuk baginda yang ketiga, iaitu Abdul Manaf.
Walaupun ibu dan bapanya merupakan warganegara Mekah, Arab Saudi, namun Imam Syafie dilahirkan di Ghizah, Palestin, pada tahun 767 ketika kedua-dua ibu bapanya berhijrah ke Palestin. Namun, bapanya telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan semasa beliau masih dalam kandungan.
Imam Syafie mendapat didikan agama sejak dari kecil dan kecergasannya dalam memahami ilmu diakui masyarakat termasuk guru yang mengajar beliau. Antara negara tempat beliau belajar adalah Madinah, Iraq, Parsi dan Yemen.
Ketaatan beliau dalam beribadah antaranya diceritakan bahawa setiap waktu malam beliau membahagi kepada tiga iaitu sepertiga malam menunaikan kewajipan sebagai individu berkeluarga biasa, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.
MENJADI MANGSA FITNAH
Ketika Imam Syafie di Yemen, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa gabenor di negara itu, sekali gus menjadi guru besar di sana. Oleh kerana bukan anak kelahiran negara itu dan mampu memangku jawatan tinggi secara tiba-tiba, maka ramai orang memfitnah beliau.
Sehinggakan beliau pernah ditangkap dan dirantai kerana dikatakan sebagai antara pemimpin Syiah yang cuba untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah serta berhasrat mendirikan kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Sayidina Ali bin Abi Talib k.w. sewaktu pemerintahan sultan Harun A Rasyid
Riyadus Solihin adalah sebuah kitab yang menghimpunkan hadis-hadis daripada Kutubus Sittah iaitu enam kitab hadis yang paling utama dalam Islam. Kitab ini telah dijadikan pegangan selama ratusan tahun bagi para ulama dan penuntut ilmu kerana kedudukan ilmiah yang dimiliki oleh pengarang sendiri dan pemahamannya yang tinggi terhadap sunnah Rasulullah.
Isi kandungannya meliputi bimbingan yang dapat membina jiwa dan kekuatan untuk menghiasi kehidupan dengan amal kebaikan. Selain itu, naskhah ini menyentuh keperluan setiap aspek peribadi seorang Muslim dan hubungan dalam masyarakat. Tidak dinafikan kitab ini menjadi panduan dalam persediaan kita menuju Akhirat yang kekal abadi.
Antara kandungan menarik:
- Menguruskan masalah hati dan kekotoran jiwa.
- Motivasi dan dorongan untuk melakukan amal ibadah.
- Menjaga hubungan manusia dalam kehidupan bermasyarakat.
- Aspek moral dan adab dari mulai bangun tidur sampai kembali tidur.
- Perbahasan hukum-hukum syarak terutamanya dalam Mazhab Syafie.
PENULIS – IMAM AL-NAWAWI
ISBN – 978-967-86-0793-3
HALAMAN – 1184
Harga RM95
TEMPAHAN 0193276456
Alhamdulillah akhirnya dapat menikmati baca al quran dgn terang dan jelas,sbb tulisanya besar..maklumla faktor usia ni..
1.Al Quran Al Mihrab satu satunya Al Quran Tulisan dan Saiz Besar berukuran A3 di Malaysia yang mendapat kelulusan dari KDN dan di perakui oleh 35 Ahli Jawatankuasa.
Al-Quran Besar Al Mihrab merupakan Al-Quran yang bersaiz besar (A3) dan sebahagian daripada keluaran eksklusif Pustaka Darul Iman. Al-Quran ini sesuai untuk digunakan untuk para imam solat tarawih dan menjadi pilihan warga emas.
Malah, sesuai untuk dijadikan bahan pengajian qiraat dan lain-lain. Al-Quran Mihrab merupakan Al-Quran terjemahan pimpinan Ar-Rahman yang merupakan hasil terjemahan Syeikh Abdullah Muhammad Basmeih.
[QURAN TERJEMAHAN PIMPINAN AR RAHMAN BERTAJWID, BERSAIZ BESAR PERTAMA DI MALAYSIA]
Mempunyai pelbagai warna yg menarik, Bersaiz besar dan mudah dibaca,Terjemahan pimpinan rahman yang mudah difahami.
===================================================
Bacalah al-quran setiap hari walaupun satu ayat, lebih baik fahamilah maksud dan maknanya untuk dijadikan pedoman dalam hidup
- Ustaz Datuk Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan)
===================================================
Ciri2 menarik:
✅Terjemahan Bahasa Melayu yg jelas
✅Al-Quran besar saiz 28x37cm
✅AKaedah membaca Hamzah Wasal
✅Kod Warna Tajwid
✅Mempunyai maksud surah
✅Beserta teks Quran Tajwid berwarna
✅Mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN)
➡️Sesuai utk dihadiahkn kepada insan tersayang, kepada bakal pengantin, ibu bapa, keluarga dan sahabat.
➡️Al-Quran ini telah mendapat kelulusan daripada KDN
Mushaf Qiyam dengan panduan Waqaf & Ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia.
Saiz yang lebih besar bagi memudahkan untuk membaca Al-Quran dengan lebih jelas. Mengetahui tempat berhenti (waqaf) merupakan kemampuan asas yang perlu dimiliki setiap muslim.
Memahaminya dapat memberi kemudahan pada yang membaca dan mendengar untuk menambah kefahaman terhadap makna ayat-ayat al-Quran.
ISBN: 978983433421 UKURAN: 25 cm x 38 cm (saiz B4) Lebih Besar dari A4
Spesifikasi: Kulit Keras (Hard cover) 640 Halaman Berwarna Kertas khusus Al-Quran Ukuran: Khat Resam Uthmani Diluluskan Lajnah Tasheh Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia Panduan Tanda Waqaf & Tanda Bacaan Doa Khatam al-Quran
Keistimewaan: Tulisan besar dan jelas Kaedah Tajwid berwarna berserta panduan Panduan Waqaf Ibtida’ (cara berhenti dan memulakan bacaan dengan blok warna) Panduan bacaan Gharib dalam Al-Quran Panduan Adab Terhadap Al-Quran Asmaul Husna