al-quran-terjemahan-al-quran-digital-beli-buku-online AddeenShop - Sirah Rasulullah SAW AddeenShop: Sirah Rasulullah SAW - All Post
WHAT'S NEW?
Loading...
Showing posts with label Sirah Rasulullah SAW. Show all posts
Showing posts with label Sirah Rasulullah SAW. Show all posts

Selami intipati Sunnah dengan penerbitan terbaru kami, 'Rasional Sunnah Rasulullah,' dan sertai kami dalam perjalanan pencerahan dan aplikasi praktikal melalui siri eksklusif Genius Sunnah kami. Buku ini adalah gerbang anda untuk mengintegrasikan ajaran Sunnah yang mendalam ke dalam kehidupan seharian, disokong oleh seminar dan bengkel yang direka untuk memperkaya pemahaman dan aplikasi anda

Kenapa perlu baca buku ini?

Temui cara praktikal Nabi Muhammad (SAW) untuk mengatasi masalah kesihatan, tekanan, dan kewangan melalui gaya hidup Sunnah. Buku ini menawarkan panduan mudah untuk mengadaptasi gaya hidup Sunnah yang dapat mengubah cara anda menghadapi cabaran moden ​Genius Sunnah adalah inisiatif inovatif yang bertujuan untuk menerangi Sunnah Nabi melalui pelbagai perspektif kritis dan menarik. Siri ini direka untuk memupuk pemahaman yang lebih dalam dan aplikasi praktikal Sunnah dalam bidang berikut: Psikologi: Teroka bagaimana Sunnah mempengaruhi kesejahteraan mental dan emosi. Kesihatan: Memahami amalan kesihatan yang disyorkan dalam Sunnah dan manfaatnya. Akhlak: Menyelami ajaran moral dan aspek pembinaan karakter dari Sunnah. Sains: Temui kebijaksanaan sains yang terkandung dalam ajaran Sunnah. Adat Melayu: Hubungkan bagaimana Sunnah melengkapi dan memperkaya adat resam Melayu.


Buku Rasional Sunnah adalah inisiatif inovatif yang bertujuan untuk menerangi Sunnah Nabi melalui pelbagai perspektif kritis dan menarik. Siri ini direka untuk memupuk pemahaman yang lebih dalam dan aplikasi praktikal Sunnah dalam bidang berikut:
• Psikologi: Teroka bagaimana Sunnah mempengaruhi kesejahteraan mental dan emosi.
• Kesihatan: Memahami amalan kesihatan yang disyorkan dalam Sunnah dan manfaatnya.
Akhlak: Menyelami ajaran moral dan aspek pembinaan karakter dari Sunnah.
• Sains: Temui kebijaksanaan sains yang terkandung dalam ajaran Sunnah.

"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan Allah) dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."

(Surah al-Ahzab, ayat 21)



Buku Rasional Sunnah Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam ini adalah sebuah kajian mendalam yang membongkar rasional dan rahsia di sebalik amalan sunnah Baginda. Buku ini mengetengahkan kajian dari aspek sains dan akhlak. Kandungan buku ini merupakan koleksi perkongsian saya selama tiga tahun di Radio IKIM dalam rancangan Rahmatan Lil A'alamin.Antara yang menarik berkenaan buku ini adalah ia menjelaskan rasional dan rahsia di sebalik amalan seharian bermula dari tidur sehingga tidur kembali. Sebagai contoh, waktu tidur Baginda kebaikan dari sudut sains, amalan sebelum tidur, amalan setelah bangun daripada tidur, kaitan toma'ninah dengan duduk sebentar apabila sedar dari tidur. Juga dibincangan lauk-pauk, cara makan dan minum serta cara duduk, berjalan, senaman, rasional memanah, berenang, dan berkuda.







Istimewanya buku ini ialah ia mendapat kolaborasi dengan seorang Jurufoto Profesional, Din Arshad @dinarshadstudio. Beliau turut menyumbang gambar-gambar pemandangan hasil bidikan beliau yang memenangi anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa.Buku ini ditulis menggunakan laras bahasa yang ringkas supaya ia mudah difahami oleh setiap golongan pembaca. Malah, ia juga sesuai dijadikan sebagai "Bed Time Story" kepada anak-anak supaya mereka merasakan bahawa agama Islam bukan sekadar ibadah semata-mata, tetapi mencakupi segenap kehidupan seharian. Ini secara tidak langsung dapat menimbulkan kecintaan mendalam kepada nabi kita, Nabi Muhammad dan merasakan kemanisan apabila mengamalkan sunnahnya.

Harapan saya semoga dengan penulisan buku ini mampu melayakkan kita untuk beroleh syafaat Baginda yang akan menyelamatkan kita semua daripada api neraka. Allah. Sollu a'lan nabi.

Harga RM89
Klik link utk detail







Muhammad SAW Rasul Terakhir

Exclusive..
KEISTIMEWAAN BUKU #muhammadsawrasultetakhir#🌹
💟 BUKU HARD COVER - Buku bersaiz 7 x 10 inci dengan kulit keras yang sesuai dijadikan koleksi premium.
💟MUKA SURAT BERWARNA-WARNI - Isi buku yang penuh berwarna-warni dengan gambar dan illustrasi yang menarik dan eksklusif.
💟AUDIO PERISTIWA PENTING NABI SAW - Dengarkan audio peristiwa penting dalam kehidupan Nabi SAW dengan lantunan suara merdu Ustaz Azwan (Far East).
💟POSTER PERCUMA - Dapatkan carta salasilah semua Nabi bermula daripada Nabi Adam AS sehingga Nabi Muhammad SAW.
💟Buku ini dilengkapi dengan info, gambar dan ilustrasi yang menarik serta hampir menyamai peristiwa sebenar yang pernah dialami oleh Nabi SAW pada zaman Baginda.
💟Terdapat banyak infografik yang memudahkan pemahaman, pull out timeline fasa dakwah Nabi SAW dan peristiwa penting dalam hidup insan agung ini.
Harga RM80

Tajuk : Muhammad Rasul Terakhir
Penerbit : Must Read Sdn. Bhd.
ISBN : 9789672038535
Penulis : Dr. Rohaily Al-Jawhary
Halaman : 373 muka surat
Berat : 1500 gram







Tajuk : Muhammad Rasul Terakhir
Penerbit : Must Read Sdn. Bhd.
ISBN : 9789672038535
Penulis : Dr. Rohaily Al-Jawhary
Halaman : 373 muka surat
Berat : 1500 gram




Mengenali Imam Syafi

MALAYSIA merupakan antara negara yang mengikuti aliran Mazhab Syafie dalam pegangan fikah, namun malangnya ramai dalam kalangan umat Islam masih tidak mengenali siapakah ulama terkemuka dunia itu.

Imam Syafie atau nama asalnya Muhammad bin Idris merupakan keturunan Nabi Muhammad menerusi salasilah datuk baginda yang ketiga, iaitu Abdul Manaf.

Walaupun ibu dan bapanya merupakan warganegara Mekah, Arab Saudi, namun Imam Syafie dilahirkan di Ghizah, Palestin, pada tahun 767 ketika kedua-dua ibu bapanya berhijrah ke Palestin. Namun, bapanya telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan semasa beliau masih dalam kandungan.

Imam Syafie mendapat didikan agama sejak dari kecil dan kecergasannya dalam memahami ilmu diakui masyarakat termasuk guru yang mengajar beliau. Antara negara tempat beliau belajar adalah Madinah, Iraq, Parsi dan Yemen.

Ketaatan beliau dalam beribadah antaranya diceritakan bahawa setiap waktu malam beliau membahagi kepada tiga iaitu sepertiga malam menunaikan kewajipan sebagai individu berkeluarga biasa, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

MENJADI MANGSA FITNAH

Ketika Imam Syafie di Yemen, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa gabenor di negara itu, sekali gus menjadi guru besar di sana. Oleh kerana bukan anak kelahiran negara itu dan mampu memangku jawatan tinggi secara tiba-tiba, maka ramai orang memfitnah beliau.

Sehinggakan beliau pernah ditangkap dan dirantai kerana dikatakan sebagai antara pemimpin Syiah yang cuba untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah serta berhasrat mendirikan kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Sayidina Ali bin Abi Talib k.w. sewaktu pemerintahan sultan Harun A Rasyid





Saya selitkan beberapa kelebihan orang yang menghafal al-Quran mengikut al-Quran dan As-sunnah.

Pertama : Ganjaran di dunia.

Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam hadis Nabi saw terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka.

1. Para penghafaz al-Quran merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah S.W.T .

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia". Lalu mereka bertanya : "Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?" Jawab baginda : "Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah)  dan orang-orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


2. Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Hadis Riwayat Muslim)


3. Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi S.A.W.

Terdapat dalam sirah selepas perang Uhud, Nabi S.A.W mengutamakan seorang syahid yang banyak hafalan al-Qurannya. “Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian baginda bersabda maksudnya:  “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka baginda mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Hadis Riwayat Bukhari)


4. Al-Quran menjanjikan kebaikan.

Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 191 yang bermaksud, "Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa berdiri dan duduk, dan semasa mereka berbaring mengiring." Berdasarkan ayat ini ulama tafsir menyatakan kelebihan hafiz yang boleh membaca al-Quran dalam setiap keadaan.   Ini berbeza dengan orang yang hanya boleh membaca melalui naskhah yang perlu disertakan dengan adab serta peraturan tertentu

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kedua : Ganjaran di akhirat


1. Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini".
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Allah SWT juga memberi jaminan ganjaran kepada ahli keluarga bagi hafiz al-Quran sebagaimana Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan bahawa ibu bapa bagi penghafaz al-Quran akan dimuliakan di akhirat termasuk sepuluh orang ahli keluarga yang turut menumpang syafaat memasuki syurga.

Sabda Rasulullah lagi, maksudnya : "Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka." (Hadis Riwayat Tarmizi)


2. Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong).

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya : "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit)."(Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).


3. Penghafaz al-Quran mendapat ganjaran berlipat kali ganda.

 Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf".
(Hadis Riwayat Tarmizi)


Kesimpulan

Al-Quran mempunyai banyak hikmah yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Pelbagai kajian dilakukan daripada dahulu sampai sekarang, berapa banyak rahsia-rahsianya telah dicungkil keluar. Kajian terhadapnya tidak akan habis sampai bila-bila. Begitulah kelebihan yang ada pada al-Quran, tetapi tidak ramai pun manusia yang ingin mengambilnya sebagai wasilah kehidupan. Tambahan pula orang yang menghafal dan membacanya selalu, maka bertambah-tambahlah keberkatan al-Quran di dalam kehidupannya dan kehidupan orang yang dekat dengannya.


Jangan khuatir, jika kita tidak menghafal al-Quran, boleh jadi suami kita nanti seorang yang menghafal al-Quran, atau isteri kita, atau anak-anak kita, atau cucu-cucu kita kelak. Cuma, kita jangan putus asa berdoa kepada Allah swt agar diberi kesempatan. Insyaallah, kita akan merasai keberkatannya di dalam kehidupan kita semua jika al-Quran menjadi satu cara hidup.

Sebab itu janji Allah swt.

MUKJIZAT SHAHIH NABI MUHAMMAD SAW


Katakanlah, "Sesungguhnya jikalau sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri." (Surah Al-Israk, ayat 88)

Terdapat banyak kisah berkenaan mukjizat Rasulullah s.a.w. yang disampaikan sama ada dari mulut ke mulut ataupun melalui pelbagai sumber rujukan lain. Namun, semua kisah itu ada yang dapat dipastikan keshahihan dan ada yang tidak mempunyai sumber yang pasti.

Buku Mukjizat Shahih Nabi Muhammad s.a.w. adalah himpunan hadith-hadith shahih oleh Imam Ibnu Kathir yang dikhususkan berkaitan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w.

Mengenali dan menghayati peristiwa luar biasa dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. daripada sumber yang shahih diharap dapat menyemarakkan lagi kecintaan dan keimanan kepada Rasulullah s.a.w.

Kelebihan Buku Ini:

Himpunan hadith-hadith shahih berkaitan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w.
Pembahagian bab mengikut peristiwa dan keadaan memudahkan pemahaman pembaca.
Hukum hadith-hadith di luar Shahih Bukhari dan Shahih Muslim bersandar pada penjelasan daripada Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani.


Tajuk Buku : Ar-Rahiq al-Makhtum – Sirah Nabawiyyah SAW 
Pengarang : Saffiyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri 
Penterjemah : Muhammad Ramzi Omar 
Penerbit : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 
Kulit Buku: Keras (Depan & Belakang) 
Ketebalan : 733 muka surat 
Harga : RM 65.00 

Al-Rahiq al-Makhtum : Sirah Nabawiyyah SAW diibaratkan sebagai biografi Nabi Muhammad SAW kerana memaparkan perjalanan hidup Rasul terakhir sebagai utusan Allah yang bertanggungjawab menyampaikan dakwah Islamiah di muka bumi ini. Baginda telah melalui perjuangan yang amat berliku dan menempuh satu perjalanan hidup yang penuh dengan suka dan duka, kepayahan dan keperitan yang mungkin tidak boleh ditanggung oleh manusia lain. Namun akidah dan tauhid yang disampaikan oleh Rasulullah SAW telah mencapai kejayaan yang amat gemilang dengan kuasa Allah SWT. 

Buku ini turut menjelaskan beberapa faktor yang mendorong kepada kesabaran dan kecekalan tinggi baginda. Antaranya adalah keimanan baginda kepada Allah SWT, menerima kepimpinan yang diamanahkan dengan sepenuh jiwa dan raga, rasa tanggungjawab yang menebal, keimanan terhadap hari akhirat, panduan dari Al-Quran Al-Karim dan pegangan tentang janji yang dikurniakan oleh Allah SWT di atas kemenangan menyebarkan Islam. 

Selain memaparkan tentang liku-liku perjuangan dakwah Rasulullah SAW, buku ini juga mengetengahkan beberapa strategi dan uslub dakwah yang digunakan oleh baginda, bermula dari peringkat permulaan, peringkat tribulasi dan peringkat kejayaan yang membawa kepada kegemilangan Islam. 
Karya Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri ini merupakan karya unik dari segi bahasa dan juga susunan jalan ceritanya. Setiap peristiwa yang berkaitan Rasulullah SAW, diceritakan secara kronologi, diperincikan dan boleh digambarkan dengan baik oleh pembaca. Dalam bab akhir buku ini memuatkan beberapa pandangan dan gambaran daripada para sahabat, isteri Nabi Muhammad SAW dan masyarakat setempat tentang sifat dan peribadi baginda. 

Buku ini bukan sahaja sesuai dijadikan rujukan kepada para pelajar, pendidik, pendakwah dan masyarakat umum sebagai panduan untuk menyebarkan dakwah Islamiah. Malah masyarakat luar yang ingin mengenali dan memperhalusi keperibadian dan kisah kehidupan Rasulullah SAW. 

Al-Rahiq Al-Makhtum : Sirah Nabawiyyah SAW adalah buku yang paling mendapat sambutan kerana beberapa faktor. Antaranya pengiktirafan sebagai Johan Sayembara Penulisan Sirah Nabawiyyah yang dianjurkan oleh Rabithah Al-Alam Al-Islami pada 1396H di Pakistan, yang membawa penceritaan terperinci perjalanan hidup Rasulullah SAW bermula sebelum kelahiran baginda sehinggalah kewafatan baginda.. 

Tempahan 0193276456


BUKU NASIHAT AGAMA & WASIAT IMAN

HARD COVER
Harga:
RM 46.00
Merupakan terjemahan daripada sebuah karya agong Imam Abdullah Alawi Al-Haddad yang terjudul An-Nashaih ad-Diniyyah wal Washaya al-Imaniyyah

TEMPAHAN 019 327 6456

Sirah Nabi: Perjalanan Hidup Insan Agung
Syeikh Sofiyurahman Al-Mubarakfuri
Terjemahan Al-Raheeq al- Makhtum 

Seperti di siarkan di Tv Al Hijrah dalam slot Madrasah AlHijrah Sirah bersama Ustaz Ghazali Ibrahim

Al-Raheeq al-Makhtum merupakan Sirah Rasulullah s.a.w. ini ditulis oleh: Syeikh Sofiyurahman al-Rahman al-Mubarakfuri

Meneladani Rasulullah Saw merupakan salah satu faktor yang membuatkan hati manusia tergerak untuk mencintai baginda. Lantas, jika sudah mencintai baginda, hati akan terdorong untuk berusaha mencari faktor-faktor yang dapat mendekatkan diri dengan baginda. Maka, semenjak fajar Islam menyingsing, umat Islam sudah berlumba-lumba menonjolkan keindahan Islam dan menyebarkan sirah hidup Rasulullah Saw yang mengharumkan dunia.

Sirah Rasulullah Saw adalah semua perkataan, perbuatan dan akhlak baginda yang mulia. Saidatina Aisyah, isteri baginda berkata, “Akhlak baginda ialah al-Quran.” 

Mengingatkan bahawa al-Quran ialah Kitab Allah dan himpunan kalimat-kalimat-Nya yang sempurna, maka tubuh yang berakhlak al-Quran seperti ini tentu merupakan manusia paling baik dan paling sempurna akhlaknya serta paling berhak mendapatkan kecintaan seluruh makhluk.

Buku yang ada di tangan anda sekarang adalah sebuah karya Sirah Nabi Saw yang telah memenangi tempat pertama pertandingan penulisan buku Sirah Rasulullah Saw anjuran Rabithah Alam Islami (Liga Dunia Islam), di Mekah al-Mukarramah.

Harga RM68.00
Tempahan 019 3276456

_______________________________________________________________________________________


Sirah Nabi (Rahiq Al-Makhtum)

..tibalah detik-detik terakhir daripada hidup baginda. Aisyah menarik tubuh baginda ke pangkuannya. Tentang hal ini, dia pernah berkata, “Sesungguhnya antara nikmat Allah yang dilimpahkan kepadaku adalah apabila Rasulullah meninggal dunia di rumahku, pada hari giliranku dan berada dalam rengkuhan dadaku serta Allah menyatukan antara ludahku dengan ludah baginda ketika baginda wafat.”


Aisyah juga berkata, “Ketika itu Abdurrahman ibnu Abu Bakar masuk ke dalam, sambil memegang siwak. Ketika itu kurengkuh tubuh baginda dan kulihat baginda melihat ke arah siwak yang ada di tangan Abdurrahman. Oleh kerana aku tahu bahawa baginda amat menyukai siwak, maka aku bertanya, ‘Bolehkah kuambilkan siwak itu untukmu?’ Baginda mengiyakan dengan isyarat kepala. Maka aku menyerahkannya kepada baginda dan menggosokkannya ke mulut baginda.


Rupa-rupanya gosokanku terlalu keras bagi baginda, sehingga aku bertanya, ‘Apakah aku perlu memerlahankannya?’ Baginda mengiyakan dengan isyarat kepala. Maka aku menggosok dengan sangat perlahan. Ketika itu di tangan baginda ada bekas berisi air. Baginda mencelupkan kedua-dua tangan ke dalam air, lalu mengusapkannya ke wajah, sambil bersabda, ‘Tiada Tuhan selain Allah. Sesungguhnya kematian itu ada penderitaannya’.”744


Selepas bersiwak, Rasulullah mengangkat tangan dan jari-jari, mengarahkan pandangan ke arah langit-langit rumah, sementara kedua-dua bibir baginda bergerak-gerak. Aisyah masih sempat mendengar sabda baginda pada masa itu, “Bersama orang-orang yang Engkau beri nikmat ke atas mereka daripada para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin. Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah aku. Pertemukanlah aku dengan Kekasih yang Maha Tinggi ya Allah, Kekasih yang Maha Tinggi.”745


Kalimat yang terakhir ini diulang hingga tiga kali, yang disusuli dengan tangan baginda lemah. Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji‘uun. Baginda telah kembali ke pangkuan Kekasih yang Maha Tinggi. Hal ini terjadi semasa waktu dhuha setelah terasa panas, pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal tahun kesebelas Hijrah, dengan usia 63 tahun lebih empat hari.

______

744. Sahih al-Bukhari, bab tentang sakitnya Nabi, jil II, hlm. 640.
745. Sahih al-Bukhari, bab tentang sakitnya Nabi, jil II, hlm. 640 dan bab tentang kata terakhir Nabi, jil II, hlm. 638-641.

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini. 

Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid. 

Harga RM65.00

Tempahan 019 327 6456

Buku Kenali Rasul Kita Muhammad merupakan hasil terjemahan daripada Matan asy-Syamail al-Muhammadiyyah karangan Imam at-Tirmizi. Buku ini bukan hanya menghimpunkan hadis tentang akhlak dan budi pekerti Nabi Muhammad SAW, tetapi disertakan juga hadis tentang sifat-sifat fizikal, pakaian, makanan, minuman, ibadah, pergaulan dan sebagainya yang berkait dengan kehidupan Baginda secara menyeluruh.

Kelebihan buku ini:
• Gabungan terjemahan, ulasan dan kesimpulan berkenaan riwayat hidup kekasih Allah supaya pembaca memahami keperibadian dan cara hidup Baginda dengan tepat dan menyeluruh sebagaimana tujuan Imam at-Tirmizi menulis kitab asy-Syamail.
• Terjemahan lengkap berbahasa Melayu disertai ulasan yang dapat membantu pembaca memahami setiap hadis asy-Syamail dengan tepat dan baik.
• Mempunyai taujihat nabawiyyah yang boleh dijadikan teladan di setiap bab yang pastinya menjadi nilai tambah bagi buku ini.
• Disertakan foto, gambar rajah dan diagram yang memudahkan pemahaman pembaca.
• Kisah-kisah menarik daripada hadis-hadis yang dipaparkan dalam buku ini dapat mendidik jiwa dan memberi inspirasi kepada pengguna.
• Ekstra! Profil para perawi dan CD kuliah Dr. Hj. Zahazan Mohamed.

Harga RM89.00

Tempahan 019 327 6456

Buku 1,000 Mukjizat Rasulullah SAW ini, sesungguhnya merupakan hadiah terhebat buat umat untuk mencambahkan cinta teragung kepada Baginda SAW. Dengan mengetahui mukjizat yang dianugerahkan Allah SWT kepada Baginda, mampu mengikis sikap bersahaja, sambil lewa terhadap keagungan akhlak dan keperibadian Baginda sebagai kekasih Allah di alam maya ini.

Baginda adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT, pemimpin seluruh keturunan Adam, manusia pertama yang bangkit dari kubur di hari kiamat, manusia pertama yang mendapat dan memberi syafaat dan manusia pertama yang masuk ke syurga kekal abadi. 

Di dalam buku ini, pembaca akan menyedari bahawa setiap orang yang datang kepada Baginda membawa suatu keperluan, maka Baginda dengan sabar akan memenuhinya dan melayaninya atau memberikan nasihat yang sangat mudah difahami. Masyarakat ketika itu, sangat berpuas hati dengan sikap dan tingkah laku Baginda. Baginda SAW umpama bapa bagi mereka. 

Membaca buku ini mampu menyingkap rasa takjub kepada kehebatan mukjizat Baginda dalam memahami konteks dakwah kepada golongan sukar di zamannya. Manusia yang tinggi egonya tidak mampu menolak kebenaran bila berhadapan dengan Kehebatan Baginda membaca sesuatu maklumat ghaib. Ibarat menonton filem epik Barat yang hebat dengan seni kesan khasnya, gambaran pokok boleh beralih tempat dan berjalan dengan arahan Baginda, anggota badan yang cedera boleh sembuh dalam sekelip mata berkat mukjizat Rasulullah SAW.

Banyak lagi kisah keajaiban mukjizat Rasul yang diceritakan di dalam buku ini. Justeru, memiliki buku 1,000 Mukjizat Rasulullah SAW ini ibaratnya memiliki keberkatan 1,000 kisah mukjizat Rasul di kotak minda. Ibaratnya memiliki 1,000 kisah keagungan dakwah Baginda menerusi keajaiban mukjizat dalam mengembangkan Islam di muka bumi ini. Wallahu a’lam.

Harga RM65.00

Tempahan sms/whataap 019 327 6456