al-quran-terjemahan-al-quran-digital-beli-buku-online AddeenShop - KITAB AddeenShop: KITAB - All Post
WHAT'S NEW?
Loading...
Showing posts with label KITAB. Show all posts
Showing posts with label KITAB. Show all posts

 𝗧𝗔𝗙𝗦𝗜𝗥 𝗔𝗟-𝗔𝗭𝗛𝗔𝗥 (𝗦𝗘𝗧 𝗟𝗘𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 𝟯𝟬 𝗝𝗨𝗭𝗨𝗞)

Apa bagusnya Tafsir Al-Azhar ini?

Ada lima sebab utama:

1. Bahasanya mudah dan indah.

2. Tafsirannya dekat di hati.

3. Penafsirnya adalah ulama yang diperakui oleh para tokoh agama.

4. Format buku biasa yang mudah dibawa ke sana sini.

5. Pakej lengkap 30 buku, 30 juzuk Al-Quran pada harga ekonomi.

 


Mengapa tafsir Al-Azhar perlu ada di rumah kita?

 

1. Kerana ia mengandungi pelbagai bidang ilmu, ditafsirkan dalam bentuk yang ringan lagi mudah difahami.

2. Kerana ia disulami dengan bahasa Melayu indah Buya Hamka yang tak jemu dibaca berulang-ulang kali.

3. Kerana ia ditulis dengan citra Melayu yang mana contoh dan konteks yang dekat dengan masyarakat dan budaya Melayu nusantara.

4. Kerana di rumah sudah ada Quran, Quran terjemahan tetapi tiada tafsir Al-Quran.

 

Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

Tafsir ini mudah difahami dan diolah dengan suasana alam nusantara. Bahasanya lebih santai dan disulami sastera indah oleh HAMKA.

HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Tafsir Al Azhar cukup sesuai untuk kita memahami dan mengkaji mengenai Al-Quran.

Kenapa?

1. Tafsir Al-Azhar dikarang oleh buya Hamka, seorang ulama nusantara yang faham konteks masyarakat nusantara.

2. Tafsir Al-Azhar adalah tafsir istimewa yang meraikan citra melayu. Lengkap dengan contoh tempatan nusantara, puisi, madah, sajak dan kata-kata indah bahasa melayu.

Anak Tiung atas Rambutan, Bernyanyi Bertongkat Paruh,

Tertegun Kapal di Lautan, .Datang Angin Berlayar Jauh.


3. Bahasa yang halus dan kandungan penafsiran yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu.

4. Tafsiran yang diperakui para ulamak dan rujukan ramai ilmuwan.

 

Set Lengkap Tafsir Edisi Pengajian

Lebih istimewa, PTS Media Group Sdn Bhd, penerbit rasmi Tafsir Al-Azhar di Malaysia sudah menerbitkan set lengkap Tafsir Edisi Pengajian yang mana keistimewaannya adalah:

1. Mengikut juzuk yang memudahkan pembaca untuk menelaah berbanding berbentuk kitab yang besar dan tebal.

2. Dalam format buku standard yang mudah dibawa ke mana-mana berbanding kulit keras dan tebal yang sukar dan berat untuk dipegang.

 



TAFSIR AL-AZHAR, KARYA MONUMENTAL ULAMA 10 DALAM 1

HAMKA, ULAMA MELAYU, BERSTATUS ENSIKLOPEDIK, ULAMA 10 DALAM 1

Seorang pengkaji Buya Hamka bernama Ustaz Zahiruddin Zabidi menyatakan bahawa Hamka adalah antara ulama yang dianggap berstatus Eksiklopedik ataupun Mausu’i. Mengapa?

1. Beliau menguasai pelbagai disiplin ilmu walaupun beliau tidak pernah mendapat latar pendidikan tinggi secara formal.

2. Beliau banyak merantau mencari ilmu di Indonesia dan pernah merantau ke Mekah bagi mencari ilmu sambil menunaikan haji pada tahun 1927 iaitu pada usia 19 tahun.

3. Hamka digelar Ulamak Ensiklopedik kerana menguasai pelbagai bidang ilmu dengan cemerlang.

4. Beliau seorang SEJARAWAN dan antara karyanya yang hebat dan dirujuk sehingga hari ini adalah Sejarah Umat Islam.

5. Beliau juga seorang AHLI POLITIK dan pernah memenangi pilihanraya Indonesia pada tahun 1955 dan menduduki Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Indonesia.

6. Beliau juga seorang PENULIS dengan ratusan karya penulisan antaranya falsafah hidup (1939), tasauf moden (193) dan yang monumental adalah tafsir al-Azhar (1965).

7. Beliau juga seorang BUDAYAWAN dengan kebijaksanaannya dalam menulis karya kreatif yang terkenal sehingga ke hari ini, puisi, madah dan kebudayaan melayu terutamanya Minangkabau dalam karyanya, adat Minangkabau menghadapi revolusi.

8. Beliau juga seorang ULAMA yang diiktiraf sehingga menjadi pengerusi pertama Majlis Ulama Indonesia pada tahun 1975. Beliau juga diiktiraf dunia apabila menjadi orang melayu pertama diberikan gelaran Ustadzyah Fakhryyah (Doktor Honoris Causa) daripada Universiti Al-Azhar pada tahun 1958 dan Prof. Dr. Hamka dari UKM pada tahun 1974.

9. Beliau juga seorang SASTERAWAN dengan deretan novel yang dibaca sehingga sekarang antaranya Di bawah Lindungan Kaabah (1936), Tuan Direktur (1939), Merantau ke Deli (1940) dan yang paling terkenal adalah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937)

10. Beliau juga seorang EDITOR, PENERBIT, WARTAWAN bagi majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

11. Beliau juga seorang PEJUANG KEMERDEKAAN sehingga mendapat gelaran “Pangeran Wiroguna” oleh pemerintah Indonesia.

 

 



TAFSIR AL-AZHAR, TAFSIR Al-QURAN ALAM MELAYU, KARYA MONUMENTAL

Tafsir Al-Azhar dianggap karya tafsir bersifat monumental bagi alam melayu. Mengapa?

1. Tafsir Al Quran yang lengkap dalam bahasa melayu dan dianggap sebagai yang terbaik pernah dihasilkan bagi masyarakat muslim melayu nusantara.

2. Susunan bahasanya yang halus dan kandungan bagi setiap pentafsirannya amat menyeluruh. Ia merangkumi semua lapangan ilmu termasuk sains dan teknologi.

3. Ia mengunakan metod tahlili iaitu analisa secara terperinci dan mudah difahami.

4. Pendekatan tafsir yang unik iaitu dengan mengambil kira pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat.

5. Dikaitkan dengan cara hidup masyarakat setempat (nusantara) yang pelbagai. Kupasan dari sudut sosiologi, antropologi, sejarah, ilmu kalam, tasawuf, sastera, psikologi dan pengalaman peribadi dimasukkan oleh Hamka pada bahagian yang bersesuaian.

6. Mengutamakan tafsir dengan kaedah Al-Ma’thur iaitu tafsiran Quran dengan ayat Quran yang lain, hadith, pendapat para sahabat dan juga tabi’en.

7. Menyelitkan tafsiran berbentuk Ra’yi iaitu tafsiran menggunakan pendapat sendiri tetapi masih memenuhi syarat-syarat syariah.

8. Menerapkan elemen sastera melayu seperti pantun, syair dan sajak dalam menafsirkan ayat Al-Quran.

DAPATKAN SATU SET SEKARANG!

https://bit.ly/3kMdxJ1

𝐡𝐭𝐭𝐩://𝐰𝐰𝐰.𝐰𝐚𝐬𝐚𝐩.𝐦𝐲/𝟔𝟎𝟏𝟗𝟑𝟐𝟕𝟔𝟒𝟓𝟔/𝐚𝐥-𝐚𝐳𝐡𝐚𝐫
Matla' Al-Badrain
Kitab Matla' Al-Badrain
"Matla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain (Tempat terbit dua bulan purnama dan tempat berhimpun dua laut)"

Merupakan antara kitab fiqih yang paling terkenal di Tanah Melayu. Ditulis oleh al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh Wan Muhammad bin Wan Ismail bin Wan Ahmad bin Wan Idris bin Wan Tih bin Syaikh Wan Senik al-Karisiqi al-Fathani. Atau dikenali juga dengan nama Syaikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani atau Muhammad Shaghir al-Fathani (di kalangan orang ‘arab) atau Syaikh Nik Mat Kecik al-Fathani dikalangan orang Melayu di Mekah. Beliau adalah cucu saudara kepada al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani.



Sesungguhnya Kitab Matla' Al-Badrain merupakan nadi pengajaran Islam khususnya feqah di kalangan umat Islam nusantara sejak sekian lamanya, ianya ditulis oleh Syeikh Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fatoni.
Kitab yang kami anggap sebagai rujukan masyarakat melayu sejak dahulu sehingga masa kini, ia amat sesuai diajar di mana-mana tempat termasuk masjid dan universiti. Semoga ia memberi manfaat buat generasi umat.
Terimalah edisi terbaru Matla' al-Badrain dengan Bahasa Melayu yang moden, penampilan yang lebih menarik dan nota kaki tambahan info² agama terkini daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.


“Kitab berasaskan Mazhab  Syafei karya Syeikh Muhamad bin Ismail Daul al-Fatani ini termasuk kitab turath yang diajarkan secara meluas, termasuk di sekolah-sekolah pondok.

“Hari ini kitab ini dihuraikan kembali syarahannya oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh muftinya, Datuk Dr Zulkifli Mohamd Al Bakri,”katanya selepas pelancaran kitab tersebut.

Selain itu, penyusun kitab, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri memaklumkan bahawa orang ramai boleh mendapatkan kitab tersebut yang telah disusun menjadi tiga jilid bersama dengan kotak cantik dengan harga RM100.

Beliau berkata, bagi umat Islam Nusantara khususnya di Malaysia, Kitab Matla’ al-Badrain ini adalah merupakan kitab fekah yang popular.
Ketebalan:
Jilid 1 – 368 halaman
Jilid 2 – 328 halaman
Jilid 3 – 440 halaman

Meliputi semua keperluan aspek seorang Muslim termasuk urusan ibadah, muamalat dan perkahwinan.

- Kitab ini pernah dijadikan teks pengajian ilmu fiqh sekolah-sekolah agama di negeri tertentu.
Berminat untuk tempahan waap ke 0193276456

Bahru Al-Madzi 

ISBN: 9789830995946
Penyusun : Muhammad Idris Al-Marbawi
Pengalihan Tulisan Jawi ke Rumi : Noraine Abu 

PENGURUS PROJEK: KAMALUDDIN BIN IBRAHIM
Kitab "BAHRU AL-MADZI" ini adalah merupakan himpunan hadith-hadith yang isinya sangat komprehensif. Kitab ini mengandungi 22 juzu', iaitu:

01. Juzu '01 - Mengenai Thaharah. 
02. Juzu' 02 - Mengenai Solat. 
03. Juzu' 03 - Mengenai Solat. 
04. Juzu' 04 - Mengenai Solat dan Zakat. 
05. Juzu' 05 - Mengenai Puasa. 
06. Juzu' 06 - Mengenai Haji. 
07. Juzu' 07 - Mengenai 'Umrah dan Jenazah. 
08. Juzu' 08 - Mengenai Nikah. 
09. Juzu' 09 - Mengenai Thalaq dan Li'an. 
10. Juzu' 10 - Mengenai Perburuan. 
11. Juzu' 11 - Mengenai Qurban,Nazar,Sumpah,Perjalanan Nabi dan Kelebihan Berperang. 
12. Juzu' 12 - Mengenai Perang Sabil,Pakaian,Makanan. 
13. Juzu' 13 - Mengenai Minuman,Kebaktian dan Perhubungan Silaturrahim. 
14. Juzu' 14 - Mengenai Ubat-Ubatan,Fara'id,Wasiat,Wala' dan Hibah dan Qadar. 
15. Juzu' 15 - Huru-Hara. 
16. Juzu' 16 - Mengenai Takbir Mimpi,Saksi dan Zuhud. 
17. Juzu' 17 - Mengenai Sifat Qiamat. 
18. Juzu' 18 - Mengenai Sifat Syurga, Sifat Neraka dan Iman. 
19. Juzu' 19 - Mengenai 'IImu,Minta Izin dan Adab. 
20. Juzu' 20 - Mengenai Segala Perumpamaan,Pahala,Qur'an dan Qira'at. 
21. Juzu' 21 - Mengenai Tafsir. 
22. Juzu' 22 - Mengenai Tafsir.

Kitab asal bagi kitab ini (dalam tulisan jawi) telah banyak kali diulang cetaknya. Dan hampir kesemua pelajar-pelajar yang menuntut di Mesir mempunyai kitab ini, sebab kitab ini dicetak di sana. 
Dan sesungguhnya kitab asalnya dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka untuk membantu mereka yang amat berminat mendalami 'ilmu agama, maka Ustazah Noraine Abu telah cuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan roman dengan tanpa ada pindaan daripada teks asal, agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang terdapat dalam teks asal.


Senarai Harga Bahru Al Madzi Mengikut Jilid

Bahru Al-Madzi Juzu 01         RM42.00
Bahru Al-Madzi Juzu 02 RM39.00
Bahru Al-Madzi Juzu 03 RM42.00
Bahru Al-Madzi Juzu 04  RM42.00
Bahru Al-Madzi Juzu 05 RM42.00
Bahru Al-Madzi Juzu 06 RM40.00
Bahru Al-Madzi Juzu 07 RM40.00
Bahru Al-Madzi Juzu 08 RM40.00
Bahru Al-Madzi Juzu 09 RM40.00
Bahru Al-Madzi Juzu 10 RM42.00
Bahru Al-Madzi Juzu 11 RM39.00
Bahru Al-Madzi Juzu 12  RM42.00
Bahru Al-Madzi Juzu 13 RM42.00
Bahru Al-Madzi Juzu 14 RM42.00
Bahru Al-Madzi Juzu 15 RM42.00
Bahru Al-Madzi Juzu 16 RM42.00
Bahru Al-Madzi Juzu 17 RM42.00
Bahru Al-Madzi Juzu 18 RM42.00
Bahru Al-Madzi Juzu 19 RM42.00
Bahru Al-Madzi Juzu 20 RM42.00
Bahru Al-Madzi Juzu 21 RM42.00
Bahru Al-Madzi Juzu 22  RM38.00


Tempahan/Pertanyaan 019 327 6456



Hidayatus Salikin adalah kitab turas susunan asal Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullah taala, ulama yang tersohor dengan ketinggian ilmu agamanya sehingga tersebar ke seluruh pelusuk nusantara. Kitab ini dikemaskini semula oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam agar bertepatan dengan kehendak semasa pembaca. Terjemaahan dan tambahan kepada kitab “Bidayatul Hidayah” yang memuatkan perbahasan tentang amalan-amalan khusus ilmu fardu Ain dalam membentuk keperibadian Muslim untuk dekat dengan Allah. Antara fokus utama dalam buku ini:

TELAH TERBUKTI PERANANNYA YANG SANGAT BESAR
"Kitab Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin karangan Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullahu taala adalah sebuah kitab turats yang banyak diberi berkat oleh Allah taala dan telah terbukti kesan baik yang sangat jelas bagi yang mempelajarinya. Dan dengan berkat keikhlasan pengarangnya, kitab ini telah tersebar di rantau Nusantara ini. Banyak dibaca dan jadikan teks pengajian di masjid-masjid, surau-surau dan di majlis-majlis ilmu. Dan telah terbukti peranannya yang sangat besar dalam mempertahankan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan Mazhab Syafi’i sejak lebih dari 200 tahun yang lalu.

TIANG AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
“Kitab Hidayatus Salikin adalah satu tiang daripada tiang-tiang Ahli Sunnah wal Jamaah di Nusantara. Ia bagaikan ubat mujarab bagi penyakit kerohanian yang melanda manusia zaman ini.” Almarhum Syeikh Dr. Muhammad 'Uthman El-Muhammady

UBAT YANG MUJARAB
Siapa dapat menyangkal bahawa manusia di era gajet ini ditimpa musibah penyakit kerohanian yang kronik? Penyakit ini jika tak diubati akan mendatangkan akibat yang lebih besar dan dahsyat di akhirat.

Namun, berita baiknya ... ada ubat yang mujarab untuk merawat penyakit kerohanian ini. Antara ubatnya adalah kitab Hidayatus Salikin peninggalan ulama Nusantara, Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani.

Kitab ini diperakui oleh Almarhum Syeikh Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, "bagaikan ubat mujarab bagi penyakit kerohanian yang melanda manusia zaman ini, apa lagi ditambah dengan pelbagai falsafah yang mengelirukan seperti falsafah dalam Islam liberal, Islam inklusif dan pelbagai macam bid'ah dhalalah yang sedang melanda umat masa kini."

Menurut beliau, ajaran kerohanian dan akhlak dalam kitab ini dan seumpamanya adalah ubat yang mujarab untuk membantu kita mendepani kerosakan zaman seperti ini.
Dalam rakaman perutusannya kepada peserta-peserta Pengajian Akbar Kitab Hidayatus Salikin di Pondok Pesantren Yasin Banjarbaru pada Disember 2012, beliau menekankan perlunya kita menyokong penerusan pengajaran dan pengembangan ajaran kitab ini, malah menyokong institusi-institusi yang menjayakannya sama ada yang melibatkan tarikat atau tidak.

"Mudah-mudahan ajaran seperti ini berada di dalam kerangka Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengembalikan rasa persaudaraan antara Muslimin sesama Muslimin, Muslimin dengan para a'immah dan ulil amri mereka, mengelakkan diri daripada budaya benci-membenci, dalam rangka al-din al-nasihat bi'a'immatil Muslim wa li'ammatihim serta Muslimin dengan pihak lain dalam memberi contoh tentang kecantikan Islam dan keunggulannya. Amin. Wallahu a'lam."

(Al-Fatihah kepada tokoh pemikir dan ilmuwan Islam yang sangat berjasa, Syeikh Dr Muhammad Uthman El-Muhammady yang kembali ke rahmatullah pada 26 Mac 2013 dalam usia 70 tahun. AL-FATIHAH.)

•Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
•Ibadah.
•Adab.
•Akhlak Muslim.
•Penyucian Jiwa.
•Zikir-zikir
•Nasihat ulama.

PENULIS: TUAN GURU SHEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAMKOD: GB 260
TEBAL: 424 ms
HARGA: RM50.00

Tempahan 019 327 6456

Keagungan Zikir & Doa Harian Rasulullah

[“JUALLAH RUMAH BELILAH KITAB AL-AZKAR” kata ulama ]

Kata-kata ini menggambarkan betapa istimewanya buku ini dan mesti dimiliki oleh setiap muslim atau paling kurang, sebuah buku setiap satu keluarga.

Antara keistimewaan buku ini ialah : 
01. Dikarang oleh imam besar, Imam Nawwawi rahimahullah.

02. Menghimpunkan 20 tajuk besar berkaitan zikir, 356 bab dan 1242 hadis beserta takhrij.

03. Senarai manuskrip asal kitab al-Azkar, metodologi penyelidikan dan penyemakan, sumber rujukan 

04. Ustaz Mohammad Taha bin Hassan selaku pentakhrij, penyelidik dan penyemak. Beliau mengijazahkan sanad periwayatan kitab al-Azkar dan semua karya Imam Nawawi rahimahullah kepada pembaca yang budiman.

05. Berimej dan berkonsep baru, berbeza dengan terbitan dan edaran yang pernah diterbitkan sebelum ini, memudahkan pengkaji dan penyelidik untuk merujuk setiap hadis

06. Pengarang memulakan kupasannya dengan zikir sebagai pendahuluan, kemudian penjelasan berkenaan amalan pada waktu siang dan malam, serta mengakhirinya dengan tajuk zikir istighfar. 

07. Disertakan dengan indeks al-Quran dan hadis yang terkandung dalam buku ini.

08. Tertumpu pada hadis sahih dan hasan.

09. Setiap muslim tidak akan ditimpa perkara yang dibencinya dari perkara yang meragukan atau seumpamanya melainkan mereka mendapati penyembuhnya di dalam kitab ini. Dengan perantaraan dan keberkatan doa nabi yang terpilih.
:PERCUMA CD :
Product SKU: IRBK1132
RM 85.00

Fatwa Kontemporari Jilid 2:Siri 4 (Perubatan & Politik)


Setiap sakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya.”
Tanpa terikat pada silibus yang ada pada buku-buku agama, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden, khususnya berkaitan perubatan dan politik.
Antara persoalan menarik dalam buku Fatwa Kontemporari, Jilid Dua, Siri Empat adalah:
* Benarkah Islam mengharuskan kematian bagi pesakit kronik?
* Adakah pihak kerajaan berhak mengambil sebahagian daripada anggota ataupun organ mereka yang ditimpa kemalangan?
* Adakah Islam membenarkan bagi menggugurkan kandungan yang bermasalah? Bagaimanakah pula dengan kandungan hasil daripada pemerkosaan?
* Benarkah penyusuan bukan secara langsung daripada payudara ibu, tidak dikira sebagai anak susuan?
* Apakah hukum mengikat saluran peranakan wanita dan lelaki bagi menghalang kehamilan?
* Adakah benar Khalifah Ar-Rasyidin yang kelima, Umar bin Abdul Aziz seorang yang jahil tentang politik?
* Pandangan Islam berkaitan kepelbagaian parti dalam negara Islam.
Product SKU: PTSB1589
RM 29.00

: Para pelajar hendaklah mendalami kitab-kitab sunan seperti Kutub As Sittah, Al Muwaththa’ karya Imam Malik, dan Musnad karya Imam Ahmad.

Yang dimaksud dengan Kutub As Sittah; adalah Ash Shahihain, Sunan Abu Dawud, Jami’ at-Tirmidzi, Sunan An Nasa’ i dan Sunan Ibnu Majah.

Yang dimaksud dengan kitab Sunan adalah kitab yang ditulis dengan mengikuti urutan bab fiqh, seperti iman, thaharah, salat, zakat, dan seterusnya, dan kebanyakan berisi hadits marfu’ , sedikit dan jarang sekali memuat khabar mauquf.[ 1] 

1. Sunan Abu Dawud

Penyusunnya adalah Abu Dawud Sulaiman bin Al Asy’ ats bin Ishaq Al Azdi As Sijistani. Beliau mengkhususkan kitabnya dengan hadits-hadits hukum, di dalamnya tidak terdapat kitab zuhud dan fadha-ilul a’ mal. Di dalam surat beliau kepada penduduk Makkah, dalam mengomentari kitabnya sendiri ( h.34) , beliau berkata, “ Dan tidaklah aku menyusun di dalam kitab As Sunan ini melainkan hadits-hadits hukum, tidak aku masukkan kitab zuhud, fadha-ilul a’ mal, dan hal lainnya.” 

Kitab beliau yang bernama As Sunan adalah salah satu kitab yang sangat dibutuhkan, hanya saja beliau tidak mempersyaratkan derajat shahih untuk hadits yang tercantum di dalamnya. Sehingga di dalamnya berisi hadits shahih, hasan, shalih, dha’ if, dan munkar.

Beliau juga tidak mempersyaratkan disebutkannya semua hadits tentang suatu bab, tetapi hanya dipilihkan yang bermanfaat saja, dan kadang-kadang beliau menyebutkan satu hadits dari jalan yang berbeda-beda karena ada ziyadah, baik dalam matan maupun sanad. Dan kadang-kadang pula dibicarakan pada sebagian hadits tentang i’ lalnya, menyebutkan ikhtilaf ( perbedaan) perawinya.

Beliau telah membicarakan kitab Sunan-nya secara terperinci di dalam surat yang beliau tulis untuk penduduk Makkah. Ini adalah surat yang sangat bermanfaat, semoga Allah Subhanahu wa Ta’ ala. Memberikan rahmat kepada beliau dengan rahmat yang luas.

2. Jami’ At Tirmidzi

Penyusunnya adalah Abu Isa Muhammad bin Isa bin Saurah, bin Musa bin Adh Dhahhak As Sulami, Al Bughi, At Tirmidzi. Beliau mengalami kebutaan di akhir usianya.

Sebagaimana yang telah saya baca di dalam suatu manuskrip kitab Jami’ yang mu’ tamad, yang benar kitab Imam Tirmidzi bernama Al Jami’ Al Kabir. Kemudian ada yang menyebutnya secara berlebihan dengan nama Al Jami’ Ash Shahih, tetapi nama inilah yang masyhur. Hanya saja, di dalam kitab ini terdapat sejumlah hadits dha’ if, munkar, dan maudhu’ .

At Tirmidzi adalah murid Imam Bukhari, dan pengikut beliau dalam metode penulisan hadits. Beliau juga banyak menukil pendapat Imam Bukhari dalam membicarakan kondisi periwayat, sima’ ( cara mereka mendengarkan hadits) , dan i’ lal terhadap hadits periwayat tersebut.

Metode penulisan Kitab Jami’ ini berbeda dengan metode yang digunakan oleh Abu Dawud dalam menuliskan kitab Sunan, khususnya At Tirmidzi memasukkan bab-bab tentang zuhud dan fadha-ilul a’ mal, bab yang tidak dicantumkan di dalam Sunan Abu Dawud.

Kitab ini adalah kitab yang menyeluruh, besar manfaatnya, terkumpul di dalamnya ilmu riwayah hadits, dirayah, i’ lal, ahwal rijal, dan madzhab-madzhab ahli ilmu dalam bab fiqh. Hanya saja At Tirmidzi di dalam kitabnya ini menggunakan istilah-istilah tersendiri untuk menyebut status kualitas hadits-haditsnya. Tindakan ini memungkinkan terjadinya perbedaan pengertian dengan para ulama’ lainnya. Istilah itu antara lain hasan shahih, hasan gharib, hasan shahih gharib, atau hasan laisa isnaduhu bidzalika ll qaim ( hasan tetapi sanadnya tidak lurus) .

Di dalam buku ini bukan tempatnya untuk menjelaskan maksud dari istilah-istilah tersebut. Saya telah membahasnya secara sederhana di dalam Syarah ( penjelasan) terhadap kitab Al Mauqidhah karya Adz Dzahabi, dan Al Hasan fi Mizan Al Ihtijaj. Dan kadang-kadang At Tirmidzi terlalu sembrono dalam menentukan status tersebut, dengan segala perbedaannya, sebagaimana telah saya jelaskan di dalam beberapa tulisan.

Secara umum kitab ini termasuk kitab yang sangat bermanfaat.

3. Sunan An Nasa’ i

Penyusunnya adalah Ahmad bin Syu’ aib bin ‘ Ali bin Sinan bin Bahr bin Dinar Abu ‘ Abdurrahman An Nasa’ i.

Di dalam kitab sunan ini terdapat hadits shahih, dha’ if, dan sangat dha’ if.

Adalah suatu kesalahan apabila ada yang menganggap hadits dalam Sunan An Nasa’ i semuanya shahih. Di dalam kitab ini ada ungkapan terhadap sebagian hadits yang tidak difahami dengan baik kecuali oleh orang yang telah diberikan ilmu dan pengetahuan oleh Allah. Di dalam kitab ini terdapat pembahasan tentang i’ lal dan perbedaan pendapat. Kitab ini terhadap kitab-kitab sunan bagaikan satu mutiara di dalam untaian permata

Apabila disebut Sunan an-Nasai saja maka yang dimaksudkan adalah Sunan Al Mujtaba, yaitu sunan karya beliau yang Sughra, Beliau juga memiliki Sunan Kubra. Kitab Al Mujtaba bukanlah kitab hasil ringkasan murid beliau, Ibnu As Suni, sebagaimana didakwakan oleh sebagian ulama. Al Mujtaba’ adalah karya beliau dan hasil seleksi beliau. Allahu a’ am.

4. Sunan Ibnu Majah

Penyusunnya adalah Abu Abdullah Muhammad bin Yazid bin Majah, Ar Rabi’ iy Al Qazwainiy.

Kitab beliau ini cukup bermanfaat, hanya saja kedudukannya di bawah lima kitab hadits terdahulu. Di dalam kitab ini terdapat banyak hadits-hadits dha’ if, dan sejumlah hadits.

Catatan; 

Apabila ahli hadits mengatakan, “ Hadits yang diriwayatkan atau dikeluarkan oleh As Sittah” maka maksud dari ungkapan tersebut adalah hadits yang dicantumkan di dalam kitab Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Jami’ At Tirmidzi, Sunan An Nasa’ i, dan Sunan Ibnu Majah.

Dan apabila dikatakan, “ Diriwayatkan atau dikeluarkan oleh Al Arba ’ ah” , maka yang dimaksudkan adalah Sunan Abu Dawud, Jami’ At Tirmidzi, Sunan an- Nasa’ i, dan Sunan Ibnu Majah.

5. Muwaththa’ Imam Malik

Kitab Muwaththa’ adalah, kitab yang ditulis dengan urutan sesuai bab-bab fiqh, hanya saja berbeda dengan kitab Sunan dari segi kandungan kadis marfu’ , mauquf dan maqthu’ 

Imam Malik adalah Malik bin Anas bin Malik bin Abu Amir bin Amru bin Al Harits, Abu Abdillah Al Madaniy, syaikhul Islam, dan Imam Darul Hijrah.

Muwaththa’ memuat hadits shahih yang jumlahnya sangat besar, dan sedikit hadits dha’ if. Di dalamnya terdapat kata mutiara yang tidak ada hukumnya kecuali apabila jelas sanadnya.

Tentang kitab ini Imam Syafi’ i berkomentar, “ Aku tidak mengatahui adanya kitab yang paling shahih setelah kitabullah, selain dari Muwatha’ karya Imam Malik” . Komentar Imam Syafi’ i ini dikemukakan sebelum adanya kitab Shahih Bukhari dan Muslim. Sebab ummat telah sepakat bahwa kitab yang paling shahih setelah Al Qur’ an adalah Shahihaini.


Di dalam kitab Al Muwaththa’ ada pendapat-pendapat dan hukum-hukum menurut imam Malik yang harus dipegangi dengan kuat.


6. Musnad Imam Ahmad

Musnad adalah kitab yang disusun oleh pengarangnya dengan mengurutkan daftar nama shahabat, lalu ditampilkan hadits-hadits yang periwayatannya sampai kepadanya, dari seorang shahabat tertentu di dalam musnad shahabat tersebut, kemudian shahabat lain di dalam musnad shahabat lainnya. Demikianlah kitab ini disusun, dengan mengesampingkan tema hadits.

Kitab musnad yang paling terkenal, paling luas, paling banyak manfaatnya adalah Musnad Imam Ahmad bin Hanbal. Ada yang mengatakan, kitab ini memuat sekitar 40.000 hadits, ada yang menyebutkan 30.000 hadits, atau mendekati angka tersebut. Sesungguhnya naskah Musnad Imam Ahmad yang sudah dicetak berulang-ulang kandungan haditsnya mencapai 27.688 buah hadits. Allahu A’ lam bish-Showab.

Kitab ini memuat hadits shahih, hasan dan da’ if, bahkan di dalamnya terdapat pula beberapa hadits maudhu’ , meskipun hanya sedikit, tidak seperti pengakuan sebagian orang yang menyangka tiada hadits maudhu’ di dalam kitab ini.

Kitab ini merupakan salah satu kodifikasi hadits yang sangat diperlukan, oleh ummat Islam. Penyusun memulai kitabnya dengan musnadnya 10 orang shahabat yang telah dijanjikan surga, didahulukan Abu Bakar Ash Shiddiq, Umar, Utsman, Ali, kemudian shahabat yang lainnya yang termasuk sepuluh itu. Kemudian disebutkan hadits Abdurrahman bin Abu Bakar, kemudian tiga hadits dari tiga orang shahabat, kemudian musnad Ahlul Bait, dia menyebutkan hadits-hadits mereka, demikian seterusnya sampai tuntas dengan hadits Syidad bin Al Had radhiyallahu ‘ anhu.

Menggunakan Tatabahasa yang mudah difahami dan mengandungi 35 Bab dengan Tajuk-Tajuk seperti berikut:

1. ILMU PENGETAHUAN.
2. AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.
3. RAHSIA-RAHSIA THAHARAH (BERSUCI).
4. RAHSIA-RAHSIA SOLAT DAN KEUTAMAANNYA.
5. PENERANGAN SYARAT-SYARAT BATIN DARI PERBUATAN HATI.
6. RAHSIA ZAKAT.
7. RAHSIA BERPUASA.
8. RAHSIA HAJI.
9. ADAB MEMBACA AL-QURAN.
10. ZIKIR DAN DOA.
11. ADAB-ADAB MAKAN, UNDANGAN MAJLIS MAKAN DAN MENGHORMATI TETAMU.
12. ADAB-ADAB PERKAHWINAN.
13. ADAB-ADAB PEKERJAAN DAN SARA HIDUP.
14. HALAL DAN HARAM.
15. ADAB-ADAB BERGAUL DAN BERMASYARAKAT.
16. 'UZLAH (BERSENDIRIAN) DAN MUKHALATHAH (BERGAUL).
17. ADAT BERMUSAFIR.
18. AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR.
19. ADAB KENABIAN DAN AKHLAK RASULULLAH S.A.W.
20. LATIHAN MENTAL, PENDIDIKAN AKHLAK DAN RAWATAN PENYAKIT HATI.
21. KEBURUKAN MARAH, DENDAM DAN HASAD (DENGKI).
22. KEBURUKAN DUNIA.
23. KEBURUKAN BAKHIL DAN HARTA.
24. BAHAYA PANGKAT DAN RIAK (MENUNJUK-NUNJUK).
25. BAHAYA TAKBUR DAN BANGGA DIRI26. BAHAYA GHURUR (TERTIPU)27. TAUBAT.
28. SABAR DAN SYUKUR29. HARAP DAN TAKUT.
30. FAKIR DAN ZUHUD31. NIAT, IKHLAS DAN BENAR.
32. PERHITUNGAN (MUHASABAH) DAN PENELITIAN (MURAQABAH).
33. BERFIKIR.
34. MENGINGATI MATI DAN PERKARA YANG TERJADI SESUDAH ITU.
35. PENUTUP KITAB

https://www.facebook.com/MutiaraIhyaUlumuddinAlGhazali

More Info 019 327 6456

Fathul Baari



Di antara keistimewaan kitab Fat-hul Baari adalah sebagai berikut:


1. Matan kitab ini, yaitu Shahiihul Bukhari, telah diterima oleh semua kalangan umat Islam

Kitab ini mendapatkan sambutan paling positif dari semua kalangan umat Islam, terutama yang bermadzhab Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Lebih dari itu, mereka menyebutnya kitab yang paling shahih setelah al-Qur-anul . Sebagai kitab yang diterima oleh semua kalangan, bahkan diunggulkan daripada kitab-kitab hadits lain, tentu syarahnya sangat diperlukan untuk dapat memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya secara benar dan mendalam. Dan syarah terbaik kitab Shahiihul Bukhari ini menurut hemat kami, serta yang paling masyhur dan dijadikan rujukan oleh kaum Muslimin di seluruh dunia, adalah kitab Fat-hul Baari. Di samping itu, sudah menjadi komitmen kami, Pustaka Imam asy-Syafi’i, sebagai penerbit penebar sunnah untuk menerbitkan kitab-kitab sunnah, lebih-lebih kitab Fat-hul Baari yang merupakan kitab rujukan utama umat Islam dalam bidang hadits karena isinya yang sangat berbobot dan banyak memberikan manfaat bagi mereka.

2. Fat-hul Baari adalah kitab hadits monumental

Dikatakan demikian karena kitab ini menggabungkan dua karya monumental dalam bidang hadits, berupa matan dan syarahnya. Yang pertama adalah Shahiihul Bukhari, yaitu kitab induknya; dan yang kedua adalah syarahnya, yaitu Fat-hul Baari itu sendiri. Fat-hul Baari tergolong kitab paling paripurna dalam syarah hadits sehingga segala hal berkaitan dengan syarah hadits hampir semuanya didapatkan di sini. Oleh karena itu, tidak mengherankan jika para ulama mengatakan: “Laa hijrata ba’dal Fathi,” yang maknanya: Tidak perlu hijrah (beralih ke kitab lain) selama ada Fat-hul Baari. Para ulama setelahnya banyak mengutip perkataan Ibnu Hajar dalam penulisan kitab-kitab mereka dan menjadikannya sebagai rujukan ilmiah. 

3. Penulisnya ulama yang ulung di bidangnya

Kitab Fat-hul Baari ini mempertemukan dua ulama ulung di bidang hadits nabawi, dan keilmuan keduanya telah diakui oleh semua kalangan umat Islam. Yang pertama adalah Imam al-Bukhari, yang digelari dengan Amirul Mukminin dalam bidang hadits; dan yang kedua adalah Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani, yang digelari al-Hafizh. Gelar al-hafizh bagi seorang ahli hadits hanya disematkan kepada yang mampu menghafal 100.000 hadits, baik sanad maupun matannya. Gelar ini diberikan kepada Ibnu Hajar oleh gurunya, al-Hafizh al-‘Iraqi, seorang syaikh (ulama besar) yang ahli dalam bidang hadits.
Selain itu, Ibnu Hajar termasuk penulis produktif dan hasil-hasil karyanya pun banyak diminati dan dikagumi oleh kaum Muslimin di seluruh dunia. Di antara karya-karya besar beliau adalah Fat-hul Baari: Syarh Shahiihil Bukhari, Buluughul Maraam min Adillatil Ahkaam, Tahdziibut Tahdziib, al-Ishaabah fii Tamyiizish Shahaabah, dan lain-lain.

Di samping itu, banyak ulama yang menyanjung kepakaran beliau. Al-Hafizh as-Sakhawi berkomentar: “Mengenai pujian ulama terhadap Ibnu Hajar, sudah tidak terhitung lagi banyaknya.” Al-‘Iraqi memberikan pujian: “Ibnu Hajar adalah seorang syaikh yang ‘alim (berilmu luas), sempurna pemahamannya, berakhlak mulia, muhaddits (ahli hadits), banyak memberikan manfaat kepada umat, sosok yang agung, al-Hafizh, sangat bertakwa, dhabith (kuat hafalannya), tsiqah (dapat dijadikan hujjah), amanah (dapat dipercaya), mampu membedakan antara perawi-perawi yang tsiqah (tepercaya) dan yang dha‘if (lemah), banyak menemui para ahli hadits, dan dapat menguasai banyak cabang ilmu dalam waktu yang relatif pendek.”

4. Fat-hul Baari Adalah kitab syarah hadits yang paling lengkap dan sempurna

Kitab syarah atau penjelasan kitab Shahiihul Bukhari ini tergolong kitab syarah yang paling sempurna karena kemampuannya dalam menyajikan dan menerangkan banyak hal. Mulai dari pembahasan masalah yang ditinjau dari ilmu bahasa: definisi masing-masing istilah secara lughawi (etimologi) dan syar’i (terminologi), perbandingan redaksi riwayat-riwayat, penjelasan kaidah ushul fiqih, pengungkapan keterangan ilmu hadits: sanad dan matannya, hingga pelajaran penting dan hikmah hadits nabawi; serta, pembahasan hal-hal yang terkait lainnya. Oleh karena itulah, kitab Fat-hul Baari ini sering kali dijadikan sebagai bahan rujukan atau sumber referensi oleh para penulis Muslim, khususnya terkait dengan makna-makna hadits yang tertulis dalam kitab Shahiihul Bukhari. Tidak ada yang mampu menandingi kitab syarah ini. Memang, ada kitab syarah Shahiihul Bukhari lain berjudul Umdatul Qaari’ yang ditulis oleh al-Badrul ‘Aini; setelah terbitnya kitab ini. Akan tetapi, ketenaran kitab syarah tersebut masih kalah jauh dibandingkan dengan kemasyhuran kitab Fat-hul Baari.
Berdasarkan pertimbangan-pertimbangan di atas, kami merasa terpanggil untuk menerbitkan dan menyuguhkan kitab syarah ini ke hadapan umat Islam di Indonesia, tidak lain agar manfaatnya dapat dipetik sebanyak-banyaknya oleh mereka. Maka terbitlah terjemahannya seperti yang pembaca lihat sekarang, dengan judul Fathul Bari: Syarah Shahih al-Bukhari.

B. SPESIFIKASI TERBITAN BUKU TERJEMAHAN

1. Terbit secara utuh

Penting untuk diketahui bahwa buku Fathul Bari ini kami terbitkan seperti kitab aslinya, diterjemahkan apa adanya dan tanpa menghilangkan atau mengurangi sebagian teks Arabnya, baik pada sanad atau matan hadits serta syarahnya. Termasuk dalam hal ini penulisan nomor bab pada matan kitab Shahiihul Bukhari, yang sebagiannya dimunculkan oleh penulisnya dan sebagiannya tidak. Kami sengaja ingin menampilkan terjemahan kitab Fat-hul Baari secara utuh serta kami pun mempersilakan pembaca untuk memilih sendiri sisi mana yang lebih bermanfaat dan mana yang lebih mereka butuhkan dari pembahasan-pembahasan dalam buku ini. Karena sesungguhnya semua sisi kebaikan, insya Allah, ada pada buku ini.

2. Penyertaan glosarium hadits dan nahwu-sharaf

Pada terbitan buku terjemahan ini, kami menyertakan glosarium untuk memudahkan pembaca dalam memahami kata-kata asing yang bertebaran di sela-sela pembahasan bab-babnya. Kata-kata tersebut, baik berkaitan dengan istilah-istilah kebahasaan, yaitu nahwu dan sharaf; istilah-istilah sastra dalam ilmu balaghah, seperti ma’ani dan tasybih; maupun istilah-istilah lain yang berkaitan dengan hadits beserta musthalahnya dan fiqih beserta ushulnya, seperti, munqathi’, maushul, sanad, mansukh, nasikh, mafhum mukhalafah dan lain-lain.

3. Pertimbangan jilid berdasarkan tema kitab

Demi memudahkan pembaca yang hendak mengoleksi buku ini, tanpa khawatir akan terpotongnya suatu pembahasan, kami pun menerbitkan terjemahannya secara berseri dan berjilid berdasarkan tema besar yang disebut Kitab; misalnya jilid 1 Kitab Wahyu dan Iman, jilid 2 Kitab Thaharah, Kitab Mandi, dan lain-lain. 

Akhir kata, kami merasa amat bersyukur bisa menerbitkan terjemahan kitab Fat-hul Baari ini. Kami juga ingin menyampaikan terima kasih kepada pihak-pihak yang memberikan kontribusi dalam proses terbitnya buku ini. Semoga Allah membalas amal-amal baik mereka semua, dan juga kita. Tidak lupa pula, kami meminta maaf jika di antara pembaca ada yang menemukan kekeliruan yang tidak sengaja kami lakukan terkait dengan terjemahan dan penerbitannya. Khusus dalam hal yang terakhir, perlu diketahui bahwa kami selalu membuka diri untuk menerima saran dan kritik demi mewujudkan cetakan berikutnya yang lebih baik.

Shalawat dan salam semoga senantiasa Allah curahkan kepada Nabi-Nya, Muhammad shallallaahu'alaihi wasallam, juga kepada keluarga dan seluruh Sahabatnya, serta kepada orang-orang yang setia mengikuti sunnah beliau hingga hari Kiamat. Amin.