al-quran-terjemahan-al-quran-digital-beli-buku-online KAJIAN PENGAMALAN DAN KESEDARAN PEMBACAAN AL-QURAN | AddeenShop
WHAT'S NEW?
Loading...

KAJIAN PENGAMALAN DAN KESEDARAN PEMBACAAN AL-QURAN

KAJIAN PENGAMALAN DAN KESEDARAN PEMBACAAN AL-QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR MUSLIM POLITEKNIK PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN




PERNYATAAN MASALAH 
Kajian ini dijalankan berikutan terdapat masalah pelajar kurang lancar membaca al-Quran dan masih terdapat pelajar yang tidak mahir membaca al-Quran seperti tidak mengenal huruf, tidak boleh membunyikan perkataan dan tidak boleh membaca dengan sempurna. Masalah ini dikenalpasti ketika pensyarah membuat penilaian amali kaedah khusus bacaan Al-Quran berdasarkan sukatan AA101 Pendidikan Islam 1 yang wajib diambil oleh pelajar muslim semester . 
Berdasarkan temubual secara tidak langsung dengan pelajar muslim juga mendapati mereka tidak dapat membaca Al-Quran dengan sempurna dan lancar kerana kurang dorongan dari ibu bapa, kurang kesedaran terhadap diri sendiri dan kepentingan pengamalan bacaan Al-Quran dalam kehidupan seharian. 

OBJEKTIF KAJIAN 
Secara umumnya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sejauhmana pengamalan dan kesedaran terhadap pembacaan Al-Quran di Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan. Secara khususnya objektif kajian ini adalah seperti berikut :
1. Mengenal pasti tahap pengamalan pelajar muslim terhadap pembacaan Al-Quran di Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan 2. Mengenal pasti tahap kesedaran pelajar muslim terhadap pembacaan Al-Quran

IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan kajian ini telah memberi beberapa maklumat penting tentang tahap pengamalan dan kesedaran pelajar tentang pembacaan Al-Quran. Oleh yang demikian, diharapkan hasil dapatan kajian ini dapat memberi inspirasi dan mendorong para pensyarah serta pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di dalam bidang pendidikan agar dapat melaksanakan langkah-langkah untuk mempertingkatkan lagi tahap kelancaran dan pengetahuan pelajar dalam pembacaan Al-Quran.Kekerapan membaca Al-Quran juga merupakan sesuatu yang amat penting kerana dengan kekerapan membaca tersebut boleh memperbaiki pembacaan dan dari situ timbul minat dan kesedaran terhadap kepentingan pembacaan Al-Quran.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Mohd Abbas Bin Abdul Latiff dan Farihatun Nadia Binti Yaacob, dari segi kekerapan membaca Al-Quran, hanya 81.8% kadang-kadang sahaja membaca Al-Quran bersama keluarga. Manakala 10.1% yang selalu mengamalkan membaca Al-Quran bersama keluarga dan terdapat juga responden yang tidak pernah membaca Al-Quran bersama keluarga iaitu 8.1%. Pengkaji berpendapat membaca Al-Quran tidak dijadikan amalan seharian oleh keluarga mereka.

Penyelidik mencadangkan beberapa langkah yang boleh di ambil untuk penambahbaikkan tahap kesedaran dan pengamalan pembacaan Al-Quran pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Antaranya ialah : 
1. Mengadakan bengkel untuk mengenali Asas Bacaan Al-Quran seperti Kaedah Iqra’ khususnya bagi tahap penguasaan pelajar yang amat lemah dalam pembacaan Al-Quran. 
2. Mengadakan kelas mengaji Al-Quran seminggu sekali bagi pelajar yang dikenalpasti tahap penguasaan pembacaan mereka mengikut tahap lemah, sederhana dan baik.Pelajar yang mempunyai tahap penguasaan yang baik boleh menjadi fasilitator bagi pelajar yang mempunyai tahap penguasaan yang lemah dan sederhana. 
3. Pensyarah mengajar menggunakan CD ataupun ’software’ pembelajaran Al-Quran agar pembelajaran di bilik kuliah lebih menarik minat pelajar dan memberikan kesan yang baik kepada tahap pembacaan pelajar. 
4. Pensyarah ketika mengajar mestilah selalu menggunakan kaedah Talaqqi dan Mushafahah iaitu pelajar mengambil bacaan daripada guru, iaitu mendengar dengan teliti serta melihat pergerakan mulut guru kemudian mengulang bacaannya dengan didengari oleh guru sehingga guru berpuas hati bacaannya betul dan sebutannya tepat.

Cadangan ini diambil dari seorang penulis buku iaitu Mohd. Yusuf Ahmad dalam buku tulisannya yang bertajuk Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-Quran.

5. Memperbanyakkan program berkaitan Al-Quran seperti menjadikan setiap hari Jumaat sebagai hari membudayakan Al-Quran dengan memperdengarkan bacaan CD Al-Quran di Dataran Pelajar dan kamsis dari bacaan qari-qari yang terkenal, justeru boleh memupuk kesedaran dan minat pelajar terhadap pengamalan pembacaan Al-Quran.

Di samping itu ,dengan mendengar bacaan Al-Quran ini dapat membentuk akhlak dan syakhsiah yang baik kepada pelajar-pelajar dan menjadi benteng terhadap melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak. Menurut kajian yang dilakukan oleh Mohd. Sabri Mamat,

Syed Najmuddin Syed Hussin dan Abd. Halim Tamuri berpendapat bahawa amalan zikir doa dan membaca Al-Quran didapati menyumbang kepada peningkatan kesedaran diri dalam kalangan pelajar. Ibadat-ibadat zikir,doa,membaca Al-Quran dan solat pula menyumbang kepada peningkatan regulasi kendiri. 

KESIMPULAN Secara keseluruhannya analisis pada bahagian A menunjukkan tahap pengamalan pelajar muslim terhadap pembacaan Al-Quran di Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan adalah di tahap sederhana. 

Kajian ini menunjukkan responden boleh membaca AlQuran cuma dari sudut pengamalan pembacaan Al-Quran masih di tahap sederhana. Secara keseluruhannya analisis pada bahagian B menunjukkan tahap kesedaran pelajar muslim terhadap pembacaan Al-Quran di Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan adalah sangat baik. Majoriti responden telah mempunyai kesedaran tentang pengamalan pembacaan Al-Quran...

kajian penuh boleh ke http://www.polipd.edu.my/v3/sites/default/files/3EduSem12.pdf

0 comments:

Post a Comment