al-quran-terjemahan-al-quran-digital-beli-buku-online HIDAYATUS SALIKIN | AddeenShop
WHAT'S NEW?
Loading...

HIDAYATUS SALIKIN


Hidayatus Salikin adalah kitab turas susunan asal Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullah taala, ulama yang tersohor dengan ketinggian ilmu agamanya sehingga tersebar ke seluruh pelusuk nusantara. Kitab ini dikemaskini semula oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam agar bertepatan dengan kehendak semasa pembaca. Terjemaahan dan tambahan kepada kitab “Bidayatul Hidayah” yang memuatkan perbahasan tentang amalan-amalan khusus ilmu fardu Ain dalam membentuk keperibadian Muslim untuk dekat dengan Allah. Antara fokus utama dalam buku ini:

TELAH TERBUKTI PERANANNYA YANG SANGAT BESAR
"Kitab Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin karangan Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullahu taala adalah sebuah kitab turats yang banyak diberi berkat oleh Allah taala dan telah terbukti kesan baik yang sangat jelas bagi yang mempelajarinya. Dan dengan berkat keikhlasan pengarangnya, kitab ini telah tersebar di rantau Nusantara ini. Banyak dibaca dan jadikan teks pengajian di masjid-masjid, surau-surau dan di majlis-majlis ilmu. Dan telah terbukti peranannya yang sangat besar dalam mempertahankan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan Mazhab Syafi’i sejak lebih dari 200 tahun yang lalu.

TIANG AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
“Kitab Hidayatus Salikin adalah satu tiang daripada tiang-tiang Ahli Sunnah wal Jamaah di Nusantara. Ia bagaikan ubat mujarab bagi penyakit kerohanian yang melanda manusia zaman ini.” Almarhum Syeikh Dr. Muhammad 'Uthman El-Muhammady

UBAT YANG MUJARAB
Siapa dapat menyangkal bahawa manusia di era gajet ini ditimpa musibah penyakit kerohanian yang kronik? Penyakit ini jika tak diubati akan mendatangkan akibat yang lebih besar dan dahsyat di akhirat.

Namun, berita baiknya ... ada ubat yang mujarab untuk merawat penyakit kerohanian ini. Antara ubatnya adalah kitab Hidayatus Salikin peninggalan ulama Nusantara, Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani.

Kitab ini diperakui oleh Almarhum Syeikh Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, "bagaikan ubat mujarab bagi penyakit kerohanian yang melanda manusia zaman ini, apa lagi ditambah dengan pelbagai falsafah yang mengelirukan seperti falsafah dalam Islam liberal, Islam inklusif dan pelbagai macam bid'ah dhalalah yang sedang melanda umat masa kini."

Menurut beliau, ajaran kerohanian dan akhlak dalam kitab ini dan seumpamanya adalah ubat yang mujarab untuk membantu kita mendepani kerosakan zaman seperti ini.
Dalam rakaman perutusannya kepada peserta-peserta Pengajian Akbar Kitab Hidayatus Salikin di Pondok Pesantren Yasin Banjarbaru pada Disember 2012, beliau menekankan perlunya kita menyokong penerusan pengajaran dan pengembangan ajaran kitab ini, malah menyokong institusi-institusi yang menjayakannya sama ada yang melibatkan tarikat atau tidak.

"Mudah-mudahan ajaran seperti ini berada di dalam kerangka Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengembalikan rasa persaudaraan antara Muslimin sesama Muslimin, Muslimin dengan para a'immah dan ulil amri mereka, mengelakkan diri daripada budaya benci-membenci, dalam rangka al-din al-nasihat bi'a'immatil Muslim wa li'ammatihim serta Muslimin dengan pihak lain dalam memberi contoh tentang kecantikan Islam dan keunggulannya. Amin. Wallahu a'lam."

(Al-Fatihah kepada tokoh pemikir dan ilmuwan Islam yang sangat berjasa, Syeikh Dr Muhammad Uthman El-Muhammady yang kembali ke rahmatullah pada 26 Mac 2013 dalam usia 70 tahun. AL-FATIHAH.)

•Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
•Ibadah.
•Adab.
•Akhlak Muslim.
•Penyucian Jiwa.
•Zikir-zikir
•Nasihat ulama.

PENULIS: TUAN GURU SHEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAMKOD: GB 260
TEBAL: 424 ms
HARGA: RM50.00

Tempahan 019 327 6456

0 comments:

Post a Comment