al-quran-terjemahan-al-quran-digital-beli-buku-online Fahami Aku Sayang Dengari Aku Abang | AddeenShop
WHAT'S NEW?
Loading...

Fahami Aku Sayang Dengari Aku Abang

Fahami Aku Sayang Dengari Aku Abang



FAHAMI Aku Sayang, Dengari Aku Abang ini adalah satu pembaharuan dan usaha mempersembahkan kepada masyarakat beberapa fakta yang lahir daripada penyokong utama keluarga yang perlu difahami oleh setiap pasangan suami isteri. Buku ini mengupas perihal cita rasa, hati budi, cetusan perasaan, dan bisikan kalbu antara pasangan suami isteri. Paparan aspek-aspek perasaan dan kejiwaan ini jarang dilakukan. Penulis mengambil langkah ini selepas terbukti pentingnya setiap pasangan suami isteri memahami bukan sahaja ciri-ciri lahiriah ahli keluarga yang hidup bersama mereka buat sekian lama, tetapi yang lebih penting memahami dan merasakan cetusan-cetusan rasa dan luahan nurani yang dapat dijadikan panduan dalam melayarkan bahtera kehidupan bagi menuju ke pulau kebahagiaan.

Buku ini mengandungi 30 luahan perasaan suami dan 30 bisikan hati isteri. Setiap satu luahan dan bisikan dalam buku ini disenarai mengikut keutamaan permasalahan yang sering terjadi antara pasangan suami isteri. Buku ini mengambil pendekatan yang mudah, iaitu pada peringkat awalnya membentangkan tiap-tiap satu luahan, memberi ulasan kepada luahan perasaan itu, dan akhirnya mencadangkan beberapa langkah pembaikan yang perlu diambil.

Pendekatan buku ini adalah berbentuk pembaikan. Pendekatan seperti ini didapati sesuai dan dalam perbincangan yang diadakan dengan ahli-ahli keluarga yang terlibat, sebahagian besarnya bersetuju dengan pendekatan sedemikian. Pendekatan seperti ini apabila diamati, bukan sahaja dapat membuka ruang garis tindakan yang perlu diambil bagi setiap pasangan suami isteri yang terlibat, malah ia dapat memandu pasangan suami isteri setakat yang berkaitan, mencari jalan yang sebaik-baiknya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Ramai antara kita menghadapi pelbagai masalah keluarga. Buku ini mengajak para pembaca menangani masalah-masalah itu dengan dengan hati terbuka dan berlapang dada di samping membuka ruang-ruang penyelesaian yang dapat dicuba setakat yang berkaitan, bagi meredakan masalah yang dihadapi. Apa yang diperlukan adalah keberanian membentangkan masalah, keberanian mencerakin masalah, dan akhirnya keberanian mengambil langkah dan mempraktik urutan penyelesaian masalah yang diutarakan. Sekali lagi seperti biasa, buku ini dapat dijadikan asas panduan untuk pasangan suami isteri mencuba resipi-resipi baru dalam usaha berterusan bagi meredakan masalah yang dihadapi.

Diharapkan supaya para pembaca dengan semangat positif menerima saranan yang dikemukakan ini.

ISBN: PTSB1541
Publisher:PTS Publications & Distributor Sdn Bhd
Author: Hasan Basri Omar
Price: RM30.00

Tempahan Buku Online sms/wapp 019 327 6456

0 comments:

Post a Comment