al-quran-terjemahan-al-quran-digital-beli-buku-online Amalan membaca al-Quran setiap hari | AddeenShop
WHAT'S NEW?
Loading...

Amalan membaca al-Quran setiap hari


Amalan membaca al-Quran setiap hari merupakan rahsia Anis Amirah Zakaria boleh menguasai bahasa Arab dengan baik.

Selepas bergelar juara dalam Kejohanan Debat Bahasa Arab sempena Maal Hijrah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) berusia 22 tahun itu mengharumkan nama negara dalam Kejuaraan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa (IUADC) di Qatar, baru-baru ini.

Pelajar tahun tiga Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang itu muncul naib johan dalam kategori pendebat bukan penutur asli bahasa Arab dalam pertandingan edisi ketiga yang berlangsung di Qatar National Convention Centre pada 26 hingga 29 April lalu.

Menurutnya, bermula dengan minat mempelajari bahasa Arab di peringkat sekolah menengah memberi peluang untuknya terus menguasai bahasa itu dengan lebih mendalam.

“Mempelajari bahasa Arab ini tidak susah asalkan ada minat untuk mengetahui apa di sebalik bahasa tersebut.

“Selain itu, saya akan sentiasa meletakkan keinginan tinggi untuk mempelajari bahasa Arab serta mencabar diri untuk lebih baik dalam setiap pertandingan debat disertai," katanya anak ketiga daripada enam beradik itu.

Dalam pertandingan di Qatar, bekas pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Klang itu berjaya mengalahkan 300 pendebat antarabangsa.

Anis Amirah berkata, dia tidak pernah menjangka akan meraih sebarang tempat dalam kejuaraan tersebut selepas melihat kehebatan pendebat negara lain terutama dari negara Arab.

“Perasaan gemuruh itu memang ada sebelum pertandingan memandangkan corak pertandingan dilihat berlainan dengan negara kita sendiri, terutama dari segi pemberian tajuk yang bakal dibahaskan.

“Itu antara cabaran terpaksa saya tempuh kerana tajuk diberi kepada pendebat hanya 20 minit sebelum pertandingan, berbeza di negara kita.

“Bagaimanapun, Alhamdulillah saya dengan dibantu rakan seperjuangan dapat memberikan persembahan terbaik," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Kejuaraan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa selama empat itu disertai 67 pasukan membariskan pendebat daripada universiti terpilih dari negara Arab dan bukan Arab seperti Tunisia, Su-dan, Kuwait, Yaman, Morocco, Amerika Syarikat, Korea, China, German, Australia, India, Pakistan, Brunei, Malaysia, Perancis,Poland dan German.

Anis Amirah dijadualkan akan menyertai Kejohanan Debat Asean pada Ogos depan.

sumber:http://www.sinarharian.com.my

0 comments:

Post a Comment