al-quran-terjemahan-al-quran-digital-beli-buku-online Kata-kata Hikmah Imam Al Haddad | AddeenShop
WHAT'S NEW?
Loading...

Kata-kata Hikmah Imam Al Haddad


  • Orang yang tidur boleh di kejutkan, orang yang lalai boleh di ingatkan, barang siapa yang tiada bermanfaat untuknya bila dikejutkan atau diingatkan maka sesungguhnya dia itu adalah orang mati dan kamu tidak dapat memperdengarkan kepada orang yang sudah berada dalam kubur.
  • Kami tiada mendapati segala kebaikan melainkan berada dalam ilmu, kalau bukan kerana ilmu maka seorang hamba tidak kenal akan Tuhannya, dan tidak tahu bagaimana menyembah kepadaNYA.
  • Ketaatan yang shohih akan terpelihara dengan memelihara 3 dasar:
    1. Cinta kepada Tuhan, iaitu dengan bertafakkur akan tanda-tanda kebesaran ALLAH, dan nikmat yang telah diberikan, serta membiasakan diri dalam berdzikir.
    2. Meninggalkan semua yang menyibukkan dari mengingati ALLAH. Yang demikian itu dapat dicapai dengan meninggalkan segala dosa dan bercampur dengan manusia kecuali sebatas keperluan sahaja, iaitu apa-apa yang bila dilakukan akan mendatangkan pahala, dan bila di tinggalkan akan mendatangkan dosa.
    3. Melazimkan diri berada di dalam apa-apa yang dapat mendekatkan diri kepadaNYA. Kesempurnaanya adalah meninggalkan segala yang haram, melakukan segala yang wajib, memperbanyak amalan yang sunnah.
  • sumber http://darulmurtadza.com

    0 comments:

    Post a Comment