al-quran-terjemahan-al-quran-digital-beli-buku-online Sirah Nabi - Syeikh Sofiyurahman Al-Mubarakfuri | AddeenShop
WHAT'S NEW?
Loading...

Sirah Nabi - Syeikh Sofiyurahman Al-Mubarakfuri


Sirah Nabi: Perjalanan Hidup Insan Agung
Syeikh Sofiyurahman Al-Mubarakfuri
Terjemahan Al-Raheeq al- Makhtum 

Seperti di siarkan di Tv Al Hijrah dalam slot Madrasah AlHijrah Sirah bersama Ustaz Ghazali Ibrahim

Al-Raheeq al-Makhtum merupakan Sirah Rasulullah s.a.w. ini ditulis oleh: Syeikh Sofiyurahman al-Rahman al-Mubarakfuri

Meneladani Rasulullah Saw merupakan salah satu faktor yang membuatkan hati manusia tergerak untuk mencintai baginda. Lantas, jika sudah mencintai baginda, hati akan terdorong untuk berusaha mencari faktor-faktor yang dapat mendekatkan diri dengan baginda. Maka, semenjak fajar Islam menyingsing, umat Islam sudah berlumba-lumba menonjolkan keindahan Islam dan menyebarkan sirah hidup Rasulullah Saw yang mengharumkan dunia.

Sirah Rasulullah Saw adalah semua perkataan, perbuatan dan akhlak baginda yang mulia. Saidatina Aisyah, isteri baginda berkata, “Akhlak baginda ialah al-Quran.” 

Mengingatkan bahawa al-Quran ialah Kitab Allah dan himpunan kalimat-kalimat-Nya yang sempurna, maka tubuh yang berakhlak al-Quran seperti ini tentu merupakan manusia paling baik dan paling sempurna akhlaknya serta paling berhak mendapatkan kecintaan seluruh makhluk.

Buku yang ada di tangan anda sekarang adalah sebuah karya Sirah Nabi Saw yang telah memenangi tempat pertama pertandingan penulisan buku Sirah Rasulullah Saw anjuran Rabithah Alam Islami (Liga Dunia Islam), di Mekah al-Mukarramah.

Harga RM68.00
Tempahan 019 3276456

_______________________________________________________________________________________


Sirah Nabi (Rahiq Al-Makhtum)

..tibalah detik-detik terakhir daripada hidup baginda. Aisyah menarik tubuh baginda ke pangkuannya. Tentang hal ini, dia pernah berkata, “Sesungguhnya antara nikmat Allah yang dilimpahkan kepadaku adalah apabila Rasulullah meninggal dunia di rumahku, pada hari giliranku dan berada dalam rengkuhan dadaku serta Allah menyatukan antara ludahku dengan ludah baginda ketika baginda wafat.”


Aisyah juga berkata, “Ketika itu Abdurrahman ibnu Abu Bakar masuk ke dalam, sambil memegang siwak. Ketika itu kurengkuh tubuh baginda dan kulihat baginda melihat ke arah siwak yang ada di tangan Abdurrahman. Oleh kerana aku tahu bahawa baginda amat menyukai siwak, maka aku bertanya, ‘Bolehkah kuambilkan siwak itu untukmu?’ Baginda mengiyakan dengan isyarat kepala. Maka aku menyerahkannya kepada baginda dan menggosokkannya ke mulut baginda.


Rupa-rupanya gosokanku terlalu keras bagi baginda, sehingga aku bertanya, ‘Apakah aku perlu memerlahankannya?’ Baginda mengiyakan dengan isyarat kepala. Maka aku menggosok dengan sangat perlahan. Ketika itu di tangan baginda ada bekas berisi air. Baginda mencelupkan kedua-dua tangan ke dalam air, lalu mengusapkannya ke wajah, sambil bersabda, ‘Tiada Tuhan selain Allah. Sesungguhnya kematian itu ada penderitaannya’.”744


Selepas bersiwak, Rasulullah mengangkat tangan dan jari-jari, mengarahkan pandangan ke arah langit-langit rumah, sementara kedua-dua bibir baginda bergerak-gerak. Aisyah masih sempat mendengar sabda baginda pada masa itu, “Bersama orang-orang yang Engkau beri nikmat ke atas mereka daripada para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin. Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah aku. Pertemukanlah aku dengan Kekasih yang Maha Tinggi ya Allah, Kekasih yang Maha Tinggi.”745


Kalimat yang terakhir ini diulang hingga tiga kali, yang disusuli dengan tangan baginda lemah. Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji‘uun. Baginda telah kembali ke pangkuan Kekasih yang Maha Tinggi. Hal ini terjadi semasa waktu dhuha setelah terasa panas, pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal tahun kesebelas Hijrah, dengan usia 63 tahun lebih empat hari.

______

744. Sahih al-Bukhari, bab tentang sakitnya Nabi, jil II, hlm. 640.
745. Sahih al-Bukhari, bab tentang sakitnya Nabi, jil II, hlm. 640 dan bab tentang kata terakhir Nabi, jil II, hlm. 638-641.

0 comments:

Post a Comment