al-quran-terjemahan-al-quran-digital-beli-buku-online Menyukat Solat Diri - Tok Guru Nik Aziz Nik Mat | AddeenShop
WHAT'S NEW?
Loading...

Menyukat Solat Diri - Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Mungkinkah antara mereka dan solatnya itu tidak terpenuh prasyarat antara apa yang dipersembah dengan apa yang diharap? Jika ya, maka apa lagi yang kekurangan?

Buku ini amat sesuai untuk ummah yang sudah yakin bahawa solat adalah sarat dengan hikmah dan rahmah. Betapapun mereka mengakuinya, tetapi dilema yang sering melanda apabila mereka masih tidak atau belum lagi merasai kelazatan solat sebagai juadah rohani justeru masih ada hijab tipis yang mungkin sedang memisahkan 'bahagia' solatnya itu dengan kewujudan diri.

Akhirnya, solat yang ditegakkan saban waktu hanyalah sebuah persuaan waktu yang tidak menemui kebahagiaan dengan kediriannya. Jika solat dan tuannya itu umpama sepasang kekasih, maka buku ini akan cuba mempertemukan pasangan yang selama ini bertemu dan melepaskan rindu tetapi hantaran rindunya itu sering tidak kesampaian. Ia bertepuk sebelah tangan di sejadah kaku yang tidak terjawab.

Mungkinkah antara mereka dan solatnya itu tidak terpenuh prasyarat antara apa yang dipersembah dengan apa yang diharap? Jika ya, maka apa lagi yang kekurangan?

"Ibadah solat adalah suatu ibadat yang mengajar manusia supaya setiap usaha mereka mengejar kehidupan dunia, mereka perlu berenggang atau berputus hubungan untuk seketika dengan keduniaan mereka, dan bersiap pula untuk menghadapi kematian".

-Tok Guru Nik Adbul Aziz Nik Mat-

Tajuk : Menyukat Solat Diri

Penulis : Misbah Em Majidy

Harga : RM 22.00 

0 comments:

Post a Comment