al-quran-terjemahan-al-quran-digital-beli-buku-online Bertemu Janji Allah | AddeenShop
WHAT'S NEW?
Loading...

Bertemu Janji Allah

Buku nukilan dari Tok Guru Nik Aziz

"Dan apabila orang-orang zalim itu telah menyaksikan azab, maka tidak diringankan azab bagi mereka dan tidak pula mereka diberi tangguh." [An-Nahl, ayat 85]

Manusia di sisi Allah tidak diukur semata hanya kerana kejayaan mereka menguasai kehidupan dunia, tetepi kejayaan hakiki adalah sejauh mana mereka menyingkap keperluan hidup akhirat.

Hitam putih kehidupan akhirat seseorang adalah dicorakkan sendiri oleh pegangan hidup semasa di dunia. Allah SWT telah mendatangkan para rasulNya bersama wahyu sebagai panduan untuk umat manusia.

Kegagalan mengikut apa yang telah diperintahkan Allah SWT akan menimpalah azab daripada-Nya. Keresahan di mashsyar tidaklah dapat dibayangkan, sehingga mata yang melihat akan terbelalak dengan azab itu. Meminta tolong pun tiada guna kerana orang lain juga menanggung azab yang sama.

Kata Hasan al-Basri, pada hari itu semua muka manusia terpaksa memandang ke atas, kerana mereka tidak mahu memandang sesama manusia yang berwajah sedih, cemas dan resah disebabkan masing-masing di dalam kesusahan.

Buku ini mengajak pembaca menyelusuri jalan-jalan di mahsyar yang menyayat hati. Dengan mengikuti huraian tentang hari kiamat dan alam akhirat, Tok Guru cuba mendorong kita menjadi mukmin yang cintakan akhirat kerana di sanalah kesenangan abadi.

RM39.00

0 comments:

Post a Comment