Selami intipati Sunnah dengan penerbitan terbaru kami, 'Rasional Sunnah Rasulullah,' dan sertai kami dalam perjalanan pencerahan dan aplikasi praktikal melalui siri eksklusif Genius Sunnah kami. Buku ini adalah gerbang anda untuk mengintegrasikan ajaran Sunnah yang mendalam ke dalam kehidupan seharian, disokong oleh seminar dan bengkel yang direka untuk memperkaya pemahaman dan aplikasi anda
Kenapa perlu baca buku ini?
Temui cara praktikal Nabi Muhammad (SAW) untuk mengatasi masalah kesihatan, tekanan, dan kewangan melalui gaya hidup Sunnah.
Buku ini menawarkan panduan mudah untuk mengadaptasi gaya hidup Sunnah yang dapat mengubah cara anda menghadapi cabaran moden
Genius Sunnah adalah inisiatif inovatif yang bertujuan untuk menerangi Sunnah Nabi melalui pelbagai perspektif kritis dan menarik. Siri ini direka untuk memupuk pemahaman yang lebih dalam dan aplikasi praktikal Sunnah dalam bidang berikut:
Psikologi: Teroka bagaimana Sunnah mempengaruhi kesejahteraan mental dan emosi.
Kesihatan: Memahami amalan kesihatan yang disyorkan dalam Sunnah dan manfaatnya.
Akhlak: Menyelami ajaran moral dan aspek pembinaan karakter dari Sunnah.
Sains: Temui kebijaksanaan sains yang terkandung dalam ajaran Sunnah.
Adat Melayu: Hubungkan bagaimana Sunnah melengkapi dan memperkaya adat resam Melayu.
Buku Rasional Sunnah adalah inisiatif inovatif yang bertujuan untuk menerangi Sunnah Nabi melalui pelbagai perspektif kritis dan menarik. Siri ini direka untuk memupuk pemahaman yang lebih dalam dan aplikasi praktikal Sunnah dalam bidang berikut:
• Psikologi: Teroka bagaimana Sunnah mempengaruhi kesejahteraan mental dan emosi.
• Kesihatan: Memahami amalan kesihatan yang disyorkan dalam Sunnah dan manfaatnya.
•
Akhlak: Menyelami ajaran moral dan aspek pembinaan karakter dari Sunnah.
• Sains: Temui kebijaksanaan sains yang terkandung dalam ajaran Sunnah.
"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan Allah) dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."
(Surah al-Ahzab, ayat 21)
Buku Rasional Sunnah Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam ini adalah sebuah kajian mendalam yang membongkar rasional dan rahsia di sebalik amalan sunnah Baginda. Buku ini mengetengahkan kajian dari aspek sains dan akhlak. Kandungan buku ini merupakan koleksi perkongsian saya selama tiga tahun di Radio IKIM dalam rancangan Rahmatan Lil A'alamin.Antara yang menarik berkenaan buku ini adalah ia menjelaskan rasional dan rahsia di sebalik amalan seharian bermula dari tidur sehingga tidur kembali. Sebagai contoh, waktu tidur Baginda kebaikan dari sudut sains, amalan sebelum tidur, amalan setelah bangun daripada tidur, kaitan toma'ninah dengan duduk sebentar apabila sedar dari tidur. Juga dibincangan lauk-pauk, cara makan dan minum serta cara duduk, berjalan, senaman, rasional memanah, berenang, dan berkuda.
Istimewanya buku ini ialah ia mendapat kolaborasi dengan seorang Jurufoto Profesional, Din Arshad
@dinarshadstudio. Beliau turut menyumbang gambar-gambar pemandangan hasil bidikan beliau yang memenangi anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa.Buku ini ditulis menggunakan laras bahasa yang ringkas supaya ia mudah difahami oleh setiap golongan pembaca. Malah, ia juga sesuai dijadikan sebagai "Bed Time Story" kepada anak-anak supaya mereka merasakan bahawa agama Islam bukan sekadar ibadah semata-mata, tetapi mencakupi segenap kehidupan seharian. Ini secara tidak langsung dapat menimbulkan kecintaan mendalam kepada nabi kita, Nabi Muhammad dan merasakan kemanisan apabila mengamalkan sunnahnya.
Harapan saya semoga dengan penulisan buku ini mampu melayakkan kita untuk beroleh syafaat Baginda yang akan menyelamatkan kita semua daripada api neraka. Allah. Sollu a'lan nabi.
Harga RM89