al-quran-terjemahan-al-quran-digital-beli-buku-online AddeenShop - Buku Islamik AddeenShop: Buku Islamik - All Post
WHAT'S NEW?
Loading...
Showing posts with label Buku Islamik. Show all posts
Showing posts with label Buku Islamik. Show all posts


Jihad Bisnes Ialah jihad yang perlu didepani oleh Melayu-Islam yang mengingini dan menjana kekayaan ummah.Jihad Bisnes mampu membentuk masyarakat Melayu-Islam `lari’ daripada meletakkan kebergantungan hidup bangsa kepada orang lain.

Jihad Bisnes mampu menggerakkan generasi muda memakmurkan kehidupan,membina semula tamadunberdasarkan ketegasan islam menegakkan keadilan ekonomi di samping mengenyah kemiskinan yang menghimpit bangsa.

Keistimewaan Buku Ini Ialah :
1) Menyuntik kesedaran peri penting berbisnes dengan strategi yang berkiblat islam dan bukannya Barat yang penuh kerakusan.
2) Memangkin semangat jihad untuk menjana kekayaan ummah.
3) Perkongsian kejayaan seorang tokoh yang banyak melakar kejaan dalam dunia keusahawanan.

Harga RM49.00
Kos Pos RM9/12

Tempahan Buku Online 019 3276456



Ahasin Al-Kalim - Jilid 1,2,3 (Hard Cover)


==================
ISBN : 978-967-0562-29-2
Muka Surat : 520
Berat (kg) : 0.96
==================

Sinopsis


Ahasin al-Kalim merupakan  Syarah Hikam  Buku ini adalah karya Hikam Ibn Athaillah yang diterjemahkan dan disyarahkan oleh penulis.

Keistimewaan buku ini ialah pada untaian-untaian kata hikmah yang disampaikan serta syarahan yang ringkas dan padat.
Buku ini sesuai kepada mereka yang tercari-cari makna dalam kehidupan dan penyucian jiwa yang komprehensif.

Harga RM60.00 per jilid
Tempahan Buku Online 019 3276456

Mukasyafah al-Qulub

Penulis: IMAM AL-GHAZALI

Di saat seorang hamba sedang dalam keserabutan dan terumbang ambing mencari hala tuju kehidupan, solusi yang paling baik adalah kembali kepada Allah SWT. Kembali kepada fitrah, yakni pada kebenaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Dengan keluasan ilmunya, Imam al-Ghazali mengajak kita untuk melakukan ‘ziarah rohani’ . Ziarah yang dimaksudkan adalah menyelami dan menghayati ibadah yang dilaksanakan agar lebih produktif dan berkesan untuk membawa kita hamper kepada Allah SWT.

Buku Mukasyafah al-Qulub ini sarat dengan paparan bagaimana seharusnya seorang Muslim mempraktikkan amalan-amalan lahiriah mahupun batiniah. Penulisnya mengajak setiap pembaca untuk menjelajah ke setiap persoalan – mulai dari yang ‘sederhana’ eperti tentang taubat yang benar, solat yang khusyuk, zikir yang efektif dan sebagainya hingga ke persoalan yang lebih rumit tentang mengendalikan hawa nafsu, menjemput kematian dan alam kubur serta perjalanan ke alam akhirat. 

Tidak terkecuali, persoalan-persoalan social-[olitik seperti amar makruf nahi mungkar dan jihad.
Dengan pembahasan yang kreatif dan sarat dengan kesufian, buku ini sangat menyentuh kalbu orang yang membacanya.  

Harga RM44.00

Tempahan 019 327 6456

JILID 1




==================
ISBN : 978-967-11418-4-7
Muka Surat : 560
Berat (kg) : 1.04

Harga RM60
==================
Sinopsis
• Penerangan yang ringkas, jelas dan padat dalam konteks kehidupan.
• Mengemukakan hadis-hadis pilihan yang bersifat hidup dan semasa, sesuai dengan keadaan masa kini bagi memantapkan kefahaman pembaca.
• Gaya bahasa yang informatif, dinamik dan cukup difahami beserta dimuatkan kisah-kisah teladan bagi dijadikan panduan hidup


JILID 2



\==================
ISBN : 978-967-11418-3-0
Muka Surat : 438
Berat (kg) : 0.96

Harga RM60.00
==================

Sinopsis
• Penerangan yang ringkas, jelas dan padat dalam konteks kehidupan.
• Mengemukakan hadis-hadis pilihan yang bersifat hidup dan semasa, sesuai dengan keadaan masa kini bagi memantapkan kefahaman pembaca.
• Gaya bahasa yang informatif, dinamik dan cukup difahami beserta dimuatkan kisah-kisah teladan bagi dijadikan panduan hidup.

Tempahan Buku Online 0193276456

Tanyalah Islam Menjawab - Jilid 1


SBN : 978-967-0562-20-9
Muka Surat : 438
Berat (kg) : 0.84
==================

Sinopsis


Buku ini digarap seperti kitab Yasalunaka fi al-Din wa al-Hayah hasil karangan Dr. Ahmad al-Syarbasi. Buku yang dihasilkan ini adalah seperti ensiklopedia dalam persoalan agama dan kami yakin penulis akan meneruskan siri-siri berikutnya dengan menambah baik persembahan dan juga kedalaman ilmiah dengan mengemukakan rujukan yang muktabar dalam pelbagai disiplin ilmu. Semoga buku ini layak dimasukan dalam khazanah perpustakaan Islam.


Kaedah yang digunakan oleh penulis mengambil kira asas-asas berikut:-

•Selamat dari sikap ‘asabiyyah dan taqlid.

•Tidak boleh mengambil satu pendapat dalam satu-satu persoalan tanpa dilandasi dan didasari atas dalil dan hujah yang kuat.

•Bersifat memudahkan dan bukan menyusahkan. Syariat Islam dibina berasaskan kemudahan dan menghilangkan kesusahan ke atas hamba Allah SWT.

•Menilai maslahat dan pendapat majoriti. Namun begitu, jika ia bertentangan dengan nas, maka nas lebih diutamakan.

Harga RM60.00
 Tempahan Buku On Line 019 3276456

ISBN : 978-967-0562-06-3
Muka Surat : 738
Berat (kg) : 1.28
==================

Sinopsis


Antara keistimewaan yang terdapat pada buku ini ialah:

•Menjawab dan menghurai permasalahan ummah pada masa kini

•Memperkenalkan masyarakat kepada dalil-dalil sama ada secara naqli atau aqli.

•Memimpin pembaca untuk mengenali cara istinbat hukum.

•Menjelaskan bagaimana penggunaan kaedah usul fiqh dan kaedah fiqh.

•Mengemukakan fatwa ulama dan pendapat mereka.

•Mendahulukan maslahah dan juga menolak mafsadah dalam mengemukakan hukum ijtihad.

•Tidak terikat dengan hanya satu-satu mazhab.

•Menjawab isu-isu kontemporari dan moden dengan menghubungkan illah dan qias.

Penulis mengakhiri pujian terhadap kitab ini seperti yang dinyatakan oleh al-‘Allamah Syeikh Mustafa al-Zarqa’: “Sesungguhnya memelihara dan memiliki kitab ini menjadi kewajipan dan kemestian bagi setiap keluarga Islam.”

Harga RM70.00
Tempahan Buku Online 019 327 4656


Pelbagai cerita misteri dan aneh yang disampaikan turun-temurun belum dirungkai

kebenarannya. Misteri yang berlaku di Masjidil Haram,Masjidin Nabawi dan Masjidil Aqsa

antara kisah yang menjadi tumpuan masyarakat dunia. Namun, ia tidak terlepas daripada

pengaruh mitos, kurafat, dan kepercayaan karut yang kadangkala boleh menyebabkan

kesesatan akidah sebagai penganut agama Islam. Apabila mendapat sesuatu berita

seharusnya kita selidiki terlebih dahulu sebelum kita mempercayai dan beriman dengannya.

Sebagaimana yang disebutkan dalam surah Al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud, "Wahai orang

yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seorang fasik membawa satu berita, maka selidikilah

(untuk menentukan) kebenarannya."

Buku ini cuba merungkai kebenran kisah pelik, peristiwa aneh, dan misteri yang menjadi persoalan

masyarakat. Antaranya:

Mengapakah Kiswah Kaabah Berwarna Hitam?
Makam Nabi Ibrajim bukan kubur
Air Zam-zam dapat mengubati Pelbagai Penyakit
Batu Hajarul Aswad Asalnya Berwarna Putih
Benarkah Kaabah Mengeluarkan Pancaran Tenaga?
Benarkah Masjidil Haram adalah Pusat Graviti Bumi?
Benarkah Wujud Mayat Melekat di Kubah Masjidin Nabawi?
Video Penampakan Malaikat Mendengar Khutbah di Masjidin Nabawi
Video Penampakan Malaikat Turun ke Kaabah
Benarkah wujud Batu Tergantung di Kubah Batu (Dome of The Rock)

ISBN: PTSB1495
Publisher: PTS Publications & Distributor Sdn Bhd
Author: Adrie Noor Al-Fatia , Abi Naufal , Andriansyah
Price: RM35.00

Tempahan Buku Online 019 327 6456

Fahami Aku Sayang Dengari Aku Abang



FAHAMI Aku Sayang, Dengari Aku Abang ini adalah satu pembaharuan dan usaha mempersembahkan kepada masyarakat beberapa fakta yang lahir daripada penyokong utama keluarga yang perlu difahami oleh setiap pasangan suami isteri. Buku ini mengupas perihal cita rasa, hati budi, cetusan perasaan, dan bisikan kalbu antara pasangan suami isteri. Paparan aspek-aspek perasaan dan kejiwaan ini jarang dilakukan. Penulis mengambil langkah ini selepas terbukti pentingnya setiap pasangan suami isteri memahami bukan sahaja ciri-ciri lahiriah ahli keluarga yang hidup bersama mereka buat sekian lama, tetapi yang lebih penting memahami dan merasakan cetusan-cetusan rasa dan luahan nurani yang dapat dijadikan panduan dalam melayarkan bahtera kehidupan bagi menuju ke pulau kebahagiaan.

Buku ini mengandungi 30 luahan perasaan suami dan 30 bisikan hati isteri. Setiap satu luahan dan bisikan dalam buku ini disenarai mengikut keutamaan permasalahan yang sering terjadi antara pasangan suami isteri. Buku ini mengambil pendekatan yang mudah, iaitu pada peringkat awalnya membentangkan tiap-tiap satu luahan, memberi ulasan kepada luahan perasaan itu, dan akhirnya mencadangkan beberapa langkah pembaikan yang perlu diambil.

Pendekatan buku ini adalah berbentuk pembaikan. Pendekatan seperti ini didapati sesuai dan dalam perbincangan yang diadakan dengan ahli-ahli keluarga yang terlibat, sebahagian besarnya bersetuju dengan pendekatan sedemikian. Pendekatan seperti ini apabila diamati, bukan sahaja dapat membuka ruang garis tindakan yang perlu diambil bagi setiap pasangan suami isteri yang terlibat, malah ia dapat memandu pasangan suami isteri setakat yang berkaitan, mencari jalan yang sebaik-baiknya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Ramai antara kita menghadapi pelbagai masalah keluarga. Buku ini mengajak para pembaca menangani masalah-masalah itu dengan dengan hati terbuka dan berlapang dada di samping membuka ruang-ruang penyelesaian yang dapat dicuba setakat yang berkaitan, bagi meredakan masalah yang dihadapi. Apa yang diperlukan adalah keberanian membentangkan masalah, keberanian mencerakin masalah, dan akhirnya keberanian mengambil langkah dan mempraktik urutan penyelesaian masalah yang diutarakan. Sekali lagi seperti biasa, buku ini dapat dijadikan asas panduan untuk pasangan suami isteri mencuba resipi-resipi baru dalam usaha berterusan bagi meredakan masalah yang dihadapi.

Diharapkan supaya para pembaca dengan semangat positif menerima saranan yang dikemukakan ini.

ISBN: PTSB1541
Publisher:PTS Publications & Distributor Sdn Bhd
Author: Hasan Basri Omar
Price: RM30.00

Tempahan Buku Online sms/wapp 019 327 6456

Penawar Bagi Hati


"Ketahuilah, pada jasad itu terdapat segumpal daging. Sekiranya ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya. Namun, sekiranya ia buruk, maka buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, itu adalah hati." - Shahih Bukhari

SBN: PTSB1555
Publisher: PTS Publications & Distributor Sdn Bhd
Author: Syed Abdul kadir Al Joofre
Price: RM50.00

Tempahan 019 327 6456

Masuk Syurga Laju Laju



Himpunan nasihat yang mampu menjentik diri kita untuk terus masuk Syurga.
Syurga dambaan setiap kita yang hamba kepada Allah SWT.
Masuk syurga laju-laju. Pelbagai kisah yang terus terkena di hati kita, kosah harian yang adakalanya dianggap remeh dan hanya jadi siulan bual kosong di waktu petang. Penulis tampil memberi hikmah bagi setiap senario biasa yang kita lihat dan alami. 
Ada kisah Lawak, Makan Dalam, Tarbiah dan Sarkastik

ISBN: MRBK1199
Publisher:Must Read Sdn Bhd
Author: Ahmad Damha
Price: RM20.00
Tempahan; 019 327 6456


ANDA ADA BANYAK SOALAN NAK TANYA?

Soal persepsi manusia tentang wanita.
Soal mahar hantaran dan dilema kehendak anak dan ibu ayah.
Soal keberkatan rezeki online.
Soal kekuatan menyusukan bayi.
Soal pasangan hidup.
Soal akrab dengan cinta Allah.
dan banyak lagi persoalan lain.
Kami memahami keperluan anda. Setiap soalan anda yang dihantar melalui facebook, email dan sebagainya tidak kami lupakan. Sudah tentu jawapan ringkas di media sosial tidak terperinci. Ini hadiah buat anda!

TERBARU DARI USTAZAH FATIMAH SYARHA
Sebuah buku yang berkonsepkan soal jawab . Buku yang ringkas dan santai. Ianya dikeluarkan dalam wajah yang ceria dan berwarna-warni.

Tajuk-tajuk yang dibincangkan sangat dekat dengan masyarakat. Setiap jawapan disertakan dalil al-Quran dan sunnah dan padangan para Ulama' yang muktabar. 


ISBN:SBBK1008
Publisher:Sebarkan Bahagia Resources
Author:Fatimah Syarha
Price:RM21.00


Tempahan 019 3276456

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Inilah karya Hamka yang secara indah memberikan kisah cinta antara dua darjat. Cinta anak muda yang masih bergelora jiwanya. Inilah juga karya Hamka yang secara lembut dan sopan, memberi kritik sosial yang tajam pada masyarakat, yang lebih memandang harta dan keturunan dengan beralaskan agama. Inilah juga karya Hamka, yang bukan sahaja membuat bibir tersenyum bahagia, juga akan membuat dada sesak menahan hiba. Karya yang akan membuatkan pembaca turut tenggelam dalam emosi dan makna, seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.


ISBN:PTSB1598
Publisher:PTS Publications & Distributor Sdn Bhd
Author:Hamka
Price:RM35.00

Tempahan 019 327 6456