al-quran-terjemahan-al-quran-digital-beli-buku-online AddeenShop - ALQURAN AddeenShop: ALQURAN - All Post
WHAT'S NEW?
Loading...
Showing posts with label ALQURAN. Show all posts
Showing posts with label ALQURAN. Show all posts




Saya selitkan beberapa kelebihan orang yang menghafal al-Quran mengikut al-Quran dan As-sunnah.

Pertama : Ganjaran di dunia.

Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam hadis Nabi saw terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka.

1. Para penghafaz al-Quran merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah S.W.T .

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia". Lalu mereka bertanya : "Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?" Jawab baginda : "Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah)  dan orang-orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


2. Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Hadis Riwayat Muslim)


3. Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi S.A.W.

Terdapat dalam sirah selepas perang Uhud, Nabi S.A.W mengutamakan seorang syahid yang banyak hafalan al-Qurannya. “Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian baginda bersabda maksudnya:  “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka baginda mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Hadis Riwayat Bukhari)


4. Al-Quran menjanjikan kebaikan.

Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 191 yang bermaksud, "Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa berdiri dan duduk, dan semasa mereka berbaring mengiring." Berdasarkan ayat ini ulama tafsir menyatakan kelebihan hafiz yang boleh membaca al-Quran dalam setiap keadaan.   Ini berbeza dengan orang yang hanya boleh membaca melalui naskhah yang perlu disertakan dengan adab serta peraturan tertentu

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kedua : Ganjaran di akhirat


1. Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini".
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Allah SWT juga memberi jaminan ganjaran kepada ahli keluarga bagi hafiz al-Quran sebagaimana Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan bahawa ibu bapa bagi penghafaz al-Quran akan dimuliakan di akhirat termasuk sepuluh orang ahli keluarga yang turut menumpang syafaat memasuki syurga.

Sabda Rasulullah lagi, maksudnya : "Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka." (Hadis Riwayat Tarmizi)


2. Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong).

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya : "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit)."(Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).


3. Penghafaz al-Quran mendapat ganjaran berlipat kali ganda.

 Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf".
(Hadis Riwayat Tarmizi)


Kesimpulan

Al-Quran mempunyai banyak hikmah yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Pelbagai kajian dilakukan daripada dahulu sampai sekarang, berapa banyak rahsia-rahsianya telah dicungkil keluar. Kajian terhadapnya tidak akan habis sampai bila-bila. Begitulah kelebihan yang ada pada al-Quran, tetapi tidak ramai pun manusia yang ingin mengambilnya sebagai wasilah kehidupan. Tambahan pula orang yang menghafal dan membacanya selalu, maka bertambah-tambahlah keberkatan al-Quran di dalam kehidupannya dan kehidupan orang yang dekat dengannya.


Jangan khuatir, jika kita tidak menghafal al-Quran, boleh jadi suami kita nanti seorang yang menghafal al-Quran, atau isteri kita, atau anak-anak kita, atau cucu-cucu kita kelak. Cuma, kita jangan putus asa berdoa kepada Allah swt agar diberi kesempatan. Insyaallah, kita akan merasai keberkatannya di dalam kehidupan kita semua jika al-Quran menjadi satu cara hidup.

Sebab itu janji Allah swt.
MyQalam Executive ialah produk terbaru di bawah koleksi yang telah diterbitkan oleh MyQalam sebelum ini. Ia adalah lebih besar dari segi saiz dan juga dilengkapi dengan bag zip eksklusif bagi melindungi Al-Quran dan kandungan di dalamnya dan juga bagi memudahkan membawa pakej ini ke mana-mana sahaja.



MYQALAM EKSEKUTIF (EXECUTIVE PACKAGE)

RM290.00

POS PERCUMA SEMENANJUNG
PEMBELIAN PANTAS MELALUI WHATSAPP NO. 019 3276456


Bahagian yang paling menarik daripada Pen Pintar ini ialah, dari mana anda mahu bacaan ia dimulakan, dengan hanya menunjukkan pen pada mana-mana Surah / Ayat di dalam Al-Quran atau buku-buku yang disertakan bersama-sama dalam pakej yang menarik ini.




Ciri-Ciri Produk:

Tunjuk & Baca/Dengar pada mana-mana Ayat/Surah
Ruangan memori tambahan untuk dimasukkan Micro SD Card
Gabungan Perisian (Qari/Pembaca dan Terjemahan)
18 Qari/Pembaca Bertaraf Antarabangsa
12 daripada 25 bahasa terjemahan
Kawalan suara daripada Smart Pen/Buku
Kawalan kelajuan suara daripada Smart Pen/Buku
Rakaman Suara daripada Smart Pen/Buku
Tersedia Bateri yang boleh dicas-semula
Kualiti Al-Quran Artistik dalam saiz A4
Dilengkapi Bag Kulit Eksklusif yang mudah dibawa
Set penuh buku Iqra' 1-6 (Audio & Visual)
Buku Panduan Solat (Audio & Visual)
Buku Panduan Al-Quran (Audio & Visual)
Kad Indeks Surah (Audio & Visual)


MYQALAM EKSEKUTIF (EXECUTIVE PACKAGE)

RM290.00

POS PERCUMA SEMENANJUNG


PEMBELIAN PANTAS MELALUI WHATSAPP NO. 019 3276456

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun.


Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu.

Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik.

Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!

Dari hasil uji kajinya dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.

Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya.

Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Bunyi amat memberi kesan kepada air yang kita minum. Jika anda membaca Al-Quran di atas air, ciri-ciri air akan berubah dan ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.

Kesimpulan hasil uji kaji tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.

Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an. Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman.

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.

Gambar sebenar sel darah yang telah didedahkan kepada bunyi dan mula berubah medan elektromagnet di sekitarnya, bunyi bacaan Al Quran mengubah maklumat sel ini dan menjadikan ia lebih mampu melawan virus dan kecacatan Akibat daripada penyakit malignan.

Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, simaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).

Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).

Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, semaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).

*Sumber dari khalifahalhidayah.blogspot.com
RADIO DIGITAL ISLAMIK AL-QURAN 

Radio ini bersaiz kecil, ringan & mudah dibawa ke mana sahaja.

Mengandungi program  berkaitan agama dalam sebuah radio meliputi:

❤ Bacaan lengkap Al-quran 30 juzu' dari qari yang muktabar
❤ Terjemahan semua surah (114 Surah)
❤ Ceramah-ceramah agama daripada ustaz / ustazah terkenal Malaysia
❤ Tajuk Soal Jawab Agama
❤ Doa-doa Harian, Berzanji, Zikir, Cara Tahlil, Azan dan lain-lain
❤ Ayat Ruqyah... baik untuk didengar oleh mereka yang mengalami gangguan sihir dan saka.
❤ Ulasan Hadis, Bacaan & Cara melakukan Solat
❤ Bacaan Yassin & Terjemahan, Panduan Ibadah Haji / Umrah, Lagu-lagu Nasyid dan lain-lain.

Harga RM120 
Tempahan 019 327 6456


DVD Al-Quran Interaktif / 30 Juzuk / 114 Surah


HARGA RM130

Bacaan Al Quran Oleh Qari terkenal Sheikh Saad Al-Ghamidi Dengan Pemilihan Surah, Ayat Serta Terjemahan Di Dalam Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggris.

Himpunan Pelbagai Doa


Himpunan 44 Doa Doa Terpilih Antaranya Doa Harian, Doa Selepas Solat, Doa Wirid, Doa Khatam Al Quran, Asma Ul-Husna Dan Lain Lain. [ Audio Grafik Dan Terjemahan ]

Panduan Solat

Panduan Solat Secara Komprehensif. Solat Wajib, Solat Sunat Berserta Grafik Sebagai Panduan Untuk Bersolat Secara Lebih Tertib.

Panduan Haji Dan Umrah

Panduan Mengerjakan Ibadah Haji Dan Umrah Dan Doa Doa Khusus Haji Dan Umrah [ Audio Grafik Dan Terjemahan ]


KEPERLUAN SISTEM KOMPUTER

WINDOWS XP/VISTA/7

INTEL PENTIUM 4 OR AMD PROCESSOR

512MB OF RAM AND ABOVE

1 GB OF AVAILABLE HARD DISK SPACE

DVD ROM DRIVE COMPATIBLE

Harga RM130
Belian On Line 019 3276456
PEN DIGITAL AL-QURAN ADVANCED F1



 *MODEL TERBARU 2016

DENGAN KUALITI TERBAIK DI PASARAAN  JAMINAN 3 TAHUN

CEPAT! STOK TERBARU INI MASIH BELUM ADA DIMANA-MANA LAGI... HANYA 100 UNIT SAHAJA



Pen terbaru ini mempuyai ciri-ciri TERMAJU seperti:

> Berkapasiti tinggi 8G, mampu memuatkan kesemua 12 qari & 9 bahasa terjemahan  2 kali ganda dari biasa

> Pen  mesra pengguna dengan bentuk Egronomik, lebih LASAK, berkualiti  dari mana-mana jenama yang berada dipasaran

> Rekabentuk terkini,  kompak, mesra pengguna, ringkas tapi padat  berbanding dari model-model sebelum ini

Pen digital AF1 mempunyai ciri-ciri TERMAJU, dgn posisi butang2 mudah capai yang lembut ditekan dan MESRA PENGGUNA

Kotak Briefcase Elegen yang eksklusif, tahan lasak, keras,anggun lagi menawan, lutsinar mudah dilihat serta sentiasa sedap dipandang utk menjadi sebab kita rajin melihat & membaca Al-Quran.

Sangat sesuai sebagai HADIAH, WAKAF dan HANTARAN PERKAHWINAN

Pen Digital 8 GIGABIT berbentuk EGRONOMIK

Sedap dipegang, bunyi yang jelas & mesra pengguna.Dilengkapi dengan USB cabel berkelajuan tinggi, juga boleh digunakan pada HP andriod anda

Fon telinga disediakan bagi memudahkan anda mendengar bacaan secara sendirian tanpa mengganggu orang sekeliling

Tempahan Belian On Line 019 3276456

Harga RM199(pos excluded)

Iqra 1-6 (Option)

KAJIAN PENGAMALAN DAN KESEDARAN PEMBACAAN AL-QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR MUSLIM POLITEKNIK PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN




PERNYATAAN MASALAH 
Kajian ini dijalankan berikutan terdapat masalah pelajar kurang lancar membaca al-Quran dan masih terdapat pelajar yang tidak mahir membaca al-Quran seperti tidak mengenal huruf, tidak boleh membunyikan perkataan dan tidak boleh membaca dengan sempurna. Masalah ini dikenalpasti ketika pensyarah membuat penilaian amali kaedah khusus bacaan Al-Quran berdasarkan sukatan AA101 Pendidikan Islam 1 yang wajib diambil oleh pelajar muslim semester . 
Berdasarkan temubual secara tidak langsung dengan pelajar muslim juga mendapati mereka tidak dapat membaca Al-Quran dengan sempurna dan lancar kerana kurang dorongan dari ibu bapa, kurang kesedaran terhadap diri sendiri dan kepentingan pengamalan bacaan Al-Quran dalam kehidupan seharian. 

OBJEKTIF KAJIAN 
Secara umumnya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sejauhmana pengamalan dan kesedaran terhadap pembacaan Al-Quran di Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan. Secara khususnya objektif kajian ini adalah seperti berikut :
1. Mengenal pasti tahap pengamalan pelajar muslim terhadap pembacaan Al-Quran di Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan 2. Mengenal pasti tahap kesedaran pelajar muslim terhadap pembacaan Al-Quran

IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan kajian ini telah memberi beberapa maklumat penting tentang tahap pengamalan dan kesedaran pelajar tentang pembacaan Al-Quran. Oleh yang demikian, diharapkan hasil dapatan kajian ini dapat memberi inspirasi dan mendorong para pensyarah serta pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di dalam bidang pendidikan agar dapat melaksanakan langkah-langkah untuk mempertingkatkan lagi tahap kelancaran dan pengetahuan pelajar dalam pembacaan Al-Quran.Kekerapan membaca Al-Quran juga merupakan sesuatu yang amat penting kerana dengan kekerapan membaca tersebut boleh memperbaiki pembacaan dan dari situ timbul minat dan kesedaran terhadap kepentingan pembacaan Al-Quran.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Mohd Abbas Bin Abdul Latiff dan Farihatun Nadia Binti Yaacob, dari segi kekerapan membaca Al-Quran, hanya 81.8% kadang-kadang sahaja membaca Al-Quran bersama keluarga. Manakala 10.1% yang selalu mengamalkan membaca Al-Quran bersama keluarga dan terdapat juga responden yang tidak pernah membaca Al-Quran bersama keluarga iaitu 8.1%. Pengkaji berpendapat membaca Al-Quran tidak dijadikan amalan seharian oleh keluarga mereka.

Penyelidik mencadangkan beberapa langkah yang boleh di ambil untuk penambahbaikkan tahap kesedaran dan pengamalan pembacaan Al-Quran pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Antaranya ialah : 
1. Mengadakan bengkel untuk mengenali Asas Bacaan Al-Quran seperti Kaedah Iqra’ khususnya bagi tahap penguasaan pelajar yang amat lemah dalam pembacaan Al-Quran. 
2. Mengadakan kelas mengaji Al-Quran seminggu sekali bagi pelajar yang dikenalpasti tahap penguasaan pembacaan mereka mengikut tahap lemah, sederhana dan baik.Pelajar yang mempunyai tahap penguasaan yang baik boleh menjadi fasilitator bagi pelajar yang mempunyai tahap penguasaan yang lemah dan sederhana. 
3. Pensyarah mengajar menggunakan CD ataupun ’software’ pembelajaran Al-Quran agar pembelajaran di bilik kuliah lebih menarik minat pelajar dan memberikan kesan yang baik kepada tahap pembacaan pelajar. 
4. Pensyarah ketika mengajar mestilah selalu menggunakan kaedah Talaqqi dan Mushafahah iaitu pelajar mengambil bacaan daripada guru, iaitu mendengar dengan teliti serta melihat pergerakan mulut guru kemudian mengulang bacaannya dengan didengari oleh guru sehingga guru berpuas hati bacaannya betul dan sebutannya tepat.

Cadangan ini diambil dari seorang penulis buku iaitu Mohd. Yusuf Ahmad dalam buku tulisannya yang bertajuk Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-Quran.

5. Memperbanyakkan program berkaitan Al-Quran seperti menjadikan setiap hari Jumaat sebagai hari membudayakan Al-Quran dengan memperdengarkan bacaan CD Al-Quran di Dataran Pelajar dan kamsis dari bacaan qari-qari yang terkenal, justeru boleh memupuk kesedaran dan minat pelajar terhadap pengamalan pembacaan Al-Quran.

Di samping itu ,dengan mendengar bacaan Al-Quran ini dapat membentuk akhlak dan syakhsiah yang baik kepada pelajar-pelajar dan menjadi benteng terhadap melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak. Menurut kajian yang dilakukan oleh Mohd. Sabri Mamat,

Syed Najmuddin Syed Hussin dan Abd. Halim Tamuri berpendapat bahawa amalan zikir doa dan membaca Al-Quran didapati menyumbang kepada peningkatan kesedaran diri dalam kalangan pelajar. Ibadat-ibadat zikir,doa,membaca Al-Quran dan solat pula menyumbang kepada peningkatan regulasi kendiri. 

KESIMPULAN Secara keseluruhannya analisis pada bahagian A menunjukkan tahap pengamalan pelajar muslim terhadap pembacaan Al-Quran di Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan adalah di tahap sederhana. 

Kajian ini menunjukkan responden boleh membaca AlQuran cuma dari sudut pengamalan pembacaan Al-Quran masih di tahap sederhana. Secara keseluruhannya analisis pada bahagian B menunjukkan tahap kesedaran pelajar muslim terhadap pembacaan Al-Quran di Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan adalah sangat baik. Majoriti responden telah mempunyai kesedaran tentang pengamalan pembacaan Al-Quran...

kajian penuh boleh ke http://www.polipd.edu.my/v3/sites/default/files/3EduSem12.pdf

FENOMENA HARI INI..



Ibu Bapa
Ramai ibu bapa yang menghantar anak ke kelas Al-Quran tanpa mahu meluangkan masa untuk belajar sendiri Al-Quran.

Anak Muda
Mahasiswa dan mahasiswi di universiti mempunyai ijazah dan sijil yang tinggi, tetapi tidak pandai membaca Al-Quran.

Pengantin Baru
Anak-anak kita berlumba-lumba mahu mendirikan rumah tangga, tetapi tidak mampu menjadi imam dalam solat.

Salah Guna
Banyak gerakan yang menyalahgunakan ayat-ayat Al-Quran untuk kepentingan sendiri dan kita terikut-ikut kerana tidak mampu memahami kandungan Al-Quran.

Gejala Sosial
Ramai pelajar sekolah yang terlibat di dalam gejala sosial, dan salah satu puncanya adalah mengabaikan solat kerana tidak pandai membaca bacaan dalam solat.

Saudara Baru
Kebanyakan saudara baru yang memeluk agama Islam menemui kesukaran untuk belajar membaca Al-quran kerana tidak bertemu teknik dan kaedah yang sesuai.
-------------------------------------------------------------------------------
Anda tidak keseorangan dalam masalah ini!
Jangan takut, jangan risau, yang paling utama, jangan pernah berputus asa! Izinkan kami memperkenalkan satu solusi untuk membantu anda, inshaAllah...

Kami bawakan untuk anda Pakej Lengkap Bacaan Al-Quran(PLBQ) hadir sebagai satu pemudah cara untuk memahami dan membaca Al-Quran. PLBQ terdiri dari Pen Pintar Syaqira, senaskhah Al-Qur'an, buku IQRA' 1-6, buku panduan TAJWID, buku doa dan munajat orang-orang mukmin serta buku doa harian dan zikir Rasulullah SAW..

Sesuai Untuk Semua Golongan
PLBQ turut mengandungi buku IQRA' yang terdiri dari 6 bahagian, dan buku pelajaran TAJWID. Kedua-dua buku ini memenuhi keperluan mereka yang mahu belajar daripada asas, terutama anak-anak kecil. Memandangkan ia boleh diguna bersama Pen Pintar Syaqira, sesi pembelajaran bukan sahaja menjadi lebih menyeronokkan dan menarik, malah lebih mudah!

Bacaan Al-Quran Oleh Qari Dari Malaysia
Satu-satunya Al-Quran digital di dalam pasaran yang menyediakan bacaan oleh dua orang Qari dari Malaysia iaitu Ustaz Fakhrul Radhi dan Ustaz Ahmad Tarmizi.Jadi, dengan menggunakan Pakej Lengkap Bacaan Al-Quran, anda seolah-olah menjemput kedua-dua orang ustaz ini untuk mengajar anda!



Terjemahan Bahasa Inggeris Dan Bahasa Melayu
Memahami isi kandungan Al-Quran adalah sangat penting untuk mendapat maksud dan pengajaran bernilai yang terkandung di dalamnya. Pen Pintar ini dapat membacakan terjemahan ayat Al-Quran yang anda mahukan dalam dua bahasa pilihan, iaitu Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

Menggunakan Rasm 'Uthmani
Kesemua buku dan Al-Quran ini dicetak dengan menggunakan rasm 'uthmani yang memudahkan kefahaman serta memberi kelebihan dari segi tanda bacaan yang memudahkan untuk mengenali hukum tajwid, tanpa perlu menghafal hukum satu per satu.

Jaminan 5 Tahun
Memandangkan PLBQ dibuat di Malaysia, kami menyediakan jaminan sehingga 5 tahun untuk Pen Pintar Syaqira.

sms/whatapp 019 327 6456 untuk maklumat lanjut..

INSYAALLAH MELALUI AL QURAN DIGITAL SYAQIRA AKAN DAPAT MEMPERBAIKI BACAAN ANDA!



Al Quran Digital Pertama Di Malaysia Dengan Bacaan dari Qari Tempatan!








Apa Kelebihan lstimewa
Pakej Lengkap Belajar Al-Quran yang anda bakal miliki ini?
Fungsi kawalan kelajuan bacaan Qari iaitu anda boleh memperlahankan bacaan Qari supaya anda dapat mengikuti bacaan dan sebutan dengan betul.

Bacaan Qari akan terhenti pada wakaf yang sepatutnya. Anda tidak perlu lagi risau di mana perlu berhenti.

Fungsi terjemahan audio dalam Bahasa Melayu. Bahasa inggeris pun ada! Hanya tekan saja pada ayat yang anda ingin dengar terjemahan.

Tidak perlu beli bateri. Bateri Pen ini sudah terbina dalam dan boleh charge macam handphone anda

Mudah untuk dikendalikan samada orang dewasa mahupun kanak-kanak!

Anda juga boleh mempelajari hukum tajwid dengan menggunakan Buku Tajwid yang disediakan secara PERCUMA untuk anda memantapkan lagi bacaan Al-Quran anda.



Sila baca untuk mengetahui secara terperinci
Pakej Lengkap belajar Al-Quran...

1. Pen Digital Syaqira

Pen Digital Syaqira adalah sebagai alat bantu belajar yang direka khas untuk belajar Al-Quran bagi menepati proses pembelajaran yang betul dan berkesan. Ia sebagai medium audio melalui sentuhan kepada kertas yang telah di digitalkan bagi memudahkan proses seperti pengulangan , latih tubi dan rujukkan.

Hanya perlu sentuh kepada tempat yang hendak kita belajar atau rujuk tidak perlu rewind. Sangat pantas, mudah dan berkesan.

2. Buku IQRA Jilid 1-6 Versi Audio

Buku IQRA ini mengandungi Pelajaran Jilid 1-6 yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kelas Al-Quran dan FarduAin (KAFA). Buku ini menyediakan kaedah yang mudah dan berkesan untuk pelajaran asas mengenal huruf Al-Quran sehingga mempelajari asas tajwid yang membolehkan seseorang mula membaca Al-Quran.

Nilai Tambah hebat  buku ini ialah boleh dibaca dengan Alat Bantu Pen Digital yang ada di dalam Pakej Lengkap Belajar Al-Quran PLBQ. Bacaan Audio ini diperdengarkan oleh Adik Zaid Najmuddin Finalist Racangan Adik Ku.
Kini Belajar Al-Quran menjadi sangat mudah.

3. Buku Tajwid Versi Audio

Buku Tajwid ini mengandungi kandungan pelajaran tajwid yang lengkap berserta penerangan setiap hukum-hukum tajwid dan contoh-contoh yang telah dilengkapi dengan Audio bacaannya bagi memudahkan pemahaman serta praktis bacaan secara serentak.

Bacaan contoh-contoh ayat Al-Quran ini dibaca oleh Ustaz Tarmizi Abdul Rahman Qari Indikator Halaqah yang merupakan Qari di dalam pakej ini.

Kini Guru Tajwid Al-Quran sentiasa bersama anda

4. Mushaf Al-Quran Rasm ‘Uthmani Versi Audio

Mushaf Al-Quran ini mempunyai ciri pelbagai pilihan yang sangat istemewa dengan Pen Digital Syaqira iaitu:


In Sha Allah, ini sangat memberi kemudahan kepada semua pengguna yang baru memulakan belajar Al-Quran setelah mempelajari peringkat asas melalui Buku IQRA Versi Audio dan juga kepada mereka yang sudah boleh membaca untuk memperbaiki bacaan samada dari segi tajwid dan kelancaran juga dapat memahami ayat yang dibaca bagi mempartikkan dalam kehidupan.

Kini anda sudah ada ustaz sebagai rujukkan dan anda sudah mulai memahami terjemahan ayat yang dibaca.


5. Bacaan 30 Juzuk Oleh Qari Malaysia

Pakej Lengkap belajar Al-Quran PLBQ ini dilengkapi dengan bacaan 2 Qari  Finalist Akademi Al-Quran AQ3 iaitu Ustaz Fakhrul Radzi Kamaruddin dan  Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.Ini bertujuan dijadikan rujukkan dari  segi sebutan yang jelas dan bacaan bertajwid di rantau kepulauan Melayu.Kedua-dua bacaan Qari ini telah mendapat kelulusan Lajnah Tashih
Al-Quran KDN.

Kini membaca dan memahami Al-Quran sudah ada di dalam satu pakej


6. Buku Doa Versi Audio

Doa adalah adalah jantung ibadah, kami menyediakan dua buku doa sebagai value added di dalam proses membaca Al-Quran. 2 buku doa  tersebut iaitu:

Doa dan Zikir Harian Rasulullah
Doa Munajat orang-orang Mukmin
Eratkan hubungan kita dengan Allah dengan memperbanyakkan doa dan zikir mengikut yang dicontohkan oleh Rasulullah.


7. Kad Index Surah

Index surah mengandungi ciri yang memudahkan membaca melalui Pen Digital Syaqira tanpa mushaf. Hanya sentuh kepada surah yang hendak dibaca ayat Al-Quran atau terjemahannya.

Begitulah mudahnya jika hati kita dipimpin oleh Allah.

8. Kelulusan KDN
Kelulusan Mushaf Al-Quran

9. 5 Tahun Jaminan dan Sokongan, In Sha Allah

Satu-satunya Pen Digital yang menawarkan 5 Tahun Jaminan, In Sha Allah

Kami bukan sahaja menyediakan bantuan sokongan teknikal iaitu membaikpulih kerosakan tetapi lebih dari itu iaitu sokongan konsultasi penggunaan alat bantu belajar  yang memudahkan bagi mereka yang hendak memulakan dari Zero, tidak lancar atau Zero tajwid.Ia bagi memaksimum pengunaan yang berkesan dan manfaat yang berterusan



Apakah yang akan anda perolehi dalam Pakej Lengkap Belajar Al-Quran PLBQ

Buku IQRA Jilid 1-6 Versi Audio
Buku Tajwid Versi Audio
Mushaf Al-Quran Rasm ‘Uthmani (14x20)cm Versi Audio
Buku Doa Zikir Harian Rasulullah Versi Audio
Buku Doa Munajat Orang-Orang Mukmin Versi Audio
Kad Index Surah
Pen Digital Syaqira
Earpiece
Charger
Cable carger
Manual
Warrantty Card





Mudah Baca Quran Dengan Quran Audio Syaqira
QURAN AUDIO SYAQIRA - 100% BUATAN MUSLIM MALAYSIA.
PAKEJ
Bahan Praktis Audio
- Mushaf Al-Quran Rasm Uthmani
- Buku Pelajaran Tajwid
- Buku Doa Harian Dan Zikir Rasulullah
- Buku Doa Dan Munajat Orang Mukmin
Peralatan Elektronik
- Pen Audio
- Alat Pendengaran Telinga(Earphone)
- Pengecas Bateri USB
- Kabel USB
KELEBIHAN
- Pen boleh di sentuh pada:
--> Ayat untuk dengar bacaan yang berhenti di Waqaf.
--> Nombor ayat untuk dengar bacaan ayat yang sepenuhnya.
--> Nama Surah untuk dengarbacaan Surah yang sepenuhnya.
Audio jelas dari qari tempatan & antarabangsa yang dipilih dan dirakam khas untuk memudahkan pendengar mengikuti bacaan dengan berkesan.
100% buatan Muslim Malaysia: Pen dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya oleh Syaqira Technologies di Malaysia
Mushaf Al-Quran dicetak di Malaysia oleh syarikat percetakan yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

SENARAI QARI
1. Ustaz Mohd Fakhrul Radhi Kamarudin
Juara Akademi Al-Quran Musim ke-3
(Bacaan cara Murattal yang berlagu)



2.Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman
Finalis Akademi Al-Quran Musim ke 3
Qari Rancangan Halaqah TV9
Qari TV Al-Hijrah
(Bacaan cara Murattal dengan penekanan terhadap sebutan Tajwid)

BACAAN QARI TEMPATAN




3. Syeikh Abdullah Basfar
Imam Masjid Suhaybi,Jeddah.
(Bacaan cara Murattal yang berlagu)
4. Terjemahan dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris.



Ya !, saya ingin buat tempahan Pakej Lengkap Belajar Al-Quran PLBQ ini dengan harga PROMOSI sekarang! serta mendapat Jaminan 5 tahun dan khidmat nasihat tentang Al Quran secara percuma!

HARGA ASAL RM360.00

HARGA PROMOSI:

SEMENANJUNG RM290.00





Amalan membaca al-Quran setiap hari merupakan rahsia Anis Amirah Zakaria boleh menguasai bahasa Arab dengan baik.

Selepas bergelar juara dalam Kejohanan Debat Bahasa Arab sempena Maal Hijrah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) berusia 22 tahun itu mengharumkan nama negara dalam Kejuaraan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa (IUADC) di Qatar, baru-baru ini.

Pelajar tahun tiga Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang itu muncul naib johan dalam kategori pendebat bukan penutur asli bahasa Arab dalam pertandingan edisi ketiga yang berlangsung di Qatar National Convention Centre pada 26 hingga 29 April lalu.

Menurutnya, bermula dengan minat mempelajari bahasa Arab di peringkat sekolah menengah memberi peluang untuknya terus menguasai bahasa itu dengan lebih mendalam.

“Mempelajari bahasa Arab ini tidak susah asalkan ada minat untuk mengetahui apa di sebalik bahasa tersebut.

“Selain itu, saya akan sentiasa meletakkan keinginan tinggi untuk mempelajari bahasa Arab serta mencabar diri untuk lebih baik dalam setiap pertandingan debat disertai," katanya anak ketiga daripada enam beradik itu.

Dalam pertandingan di Qatar, bekas pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Klang itu berjaya mengalahkan 300 pendebat antarabangsa.

Anis Amirah berkata, dia tidak pernah menjangka akan meraih sebarang tempat dalam kejuaraan tersebut selepas melihat kehebatan pendebat negara lain terutama dari negara Arab.

“Perasaan gemuruh itu memang ada sebelum pertandingan memandangkan corak pertandingan dilihat berlainan dengan negara kita sendiri, terutama dari segi pemberian tajuk yang bakal dibahaskan.

“Itu antara cabaran terpaksa saya tempuh kerana tajuk diberi kepada pendebat hanya 20 minit sebelum pertandingan, berbeza di negara kita.

“Bagaimanapun, Alhamdulillah saya dengan dibantu rakan seperjuangan dapat memberikan persembahan terbaik," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Kejuaraan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa selama empat itu disertai 67 pasukan membariskan pendebat daripada universiti terpilih dari negara Arab dan bukan Arab seperti Tunisia, Su-dan, Kuwait, Yaman, Morocco, Amerika Syarikat, Korea, China, German, Australia, India, Pakistan, Brunei, Malaysia, Perancis,Poland dan German.

Anis Amirah dijadualkan akan menyertai Kejohanan Debat Asean pada Ogos depan.

sumber:http://www.sinarharian.com.my
ANTARA bentuk kehebatan al-Quran adalah susunan surah dan ayatnya. ALLAH SWT dengan ilmu dan hikmah-Nya menetapkan aturan ayat dan surah, daripada awal sehingga hujung mushaf, Bagi pembaca melalui proses yang akan membawanya kepada pembentukan minda dan jiwa Qurani.

Pergaulan manusia bersama al-Quran bermula dengan Surah Al-Fatihah sebagai pembuka kitab, lantas pembuka hati sanubari kita sendiri, untuk persediaan bagi kita mengenal seluruh isi al-Quran yang seterusnya. Disusuli dengan Surah Al-Baqarah bagi menjelaskan tanggungjawab Muslimin di atas muka bumi.

Surah Ali-’Imran menjelaskan agar berlaku teguh di atas jalan yang lurus. Setelah teguh terisi keperibadian Muslim, Surah An-Nisaa’ menyeru untuk melindungi wanita dan orang yang lemah dengan prinsip keadilan. Begitulah seterusnya setiap susunan surah akan ada tujuan khusus, berkait sambung menyambung sehinggalah ditamatkan dengan Surah An-Nas (manusia), barulah ciri-ciri kemanusiaan Qurani terhasil melalui proses yang terkandung dalam 114 surah al-Quran.

Bagi memaksimumkan interaksi 114 surah yang ada, pakar tafsir dari Jordan, Sheikh Solah Abdul Fatah Al-Khalidy,  menyusun langkah dan fasa bagi bergaul dengan al-Quran. Pergaulan di sini adalah pergaulan jiwa, maka persiapan yang dilakukan adalah persiapan jiwa, bagi mencerap situasi Qurani yang sedang berlaku.

Langkah pertama, seseorang mesti memberi tumpuan terhadap suasana imani dengan menghayati keadaan imani yang akan menghantarnya kepada pemahaman dan perhatian. Seseorang seharusnya sedar dia sedang berinteraksi dengan kitab suci yang diturunkan oleh ALLAH, pemilik langit dan bumi, Tuhan yang menciptakan jiwa manusia yang satu masa nanti akan berdirinya di depan Tuhannya.

Langkah kedua, ialah dengan menumpukan perhatian ketika membaca ayat al-Quran dengan membuka diri menerima makna, hakikat, ketetapan dan isyarat daripadanya.

Langkah ketiga, menelaah tafsir ringkas untuk mengetahui latar belakang, serta tujuan ayat-ayat tertentu bagi membetulkan kefahaman, membaiki kekurangan dan menambah sisi tertentu daripada ilmuwan utama, yang tidak dapat dicapai dengan pemerhatian sendiri.

Langkah terakhir ialah dengan menelaah tafsir panjang yang bertujuan memperluas pembahasan, topik dan pembentangan pengetahuan yang pelbagai. Pendedahan yang sebegini dapat memperkaya maklumat dan bermacam-macam pengetahuan yang dikaitkan dengan pembahasan al-Quran. Untuk itu pembaca perlu membacanya dengan naluri yang kritis dan peka.

Sheikh Solah Abdul Fattah berkata, jika pembaca mencampur adukkan fasa ini dan mengacau bilaukan susunan langkah ini, pembaca akan bingung dan terhalang daripada anugerah al-Quran Al-Karim.


Pergaulan hati dengan Quran

Tidak ada jalan pintas bagi memahami kitab ALLAH, namun ada jalan terdekat yang dibukakan untuk kita. Jalan itu adalah seperti yang dikatakan Imam Hassan Al-Banna ialah 'hatimu'.

"Hatimu," kata Imam Hassan Al-Banna, kerana hati mukmin tidak syak lagi adalah sebaik tafsir bagi kitab ALLAH. Dan jalan pemahaman paling dekat; hendaknya pembaca membaca dengan penuh perhatian dan khusyuk, memohon petunjuk dan kebenaran, menumpukan pemikirannya apabila membaca. Dan di samping itu hendaklah dia mengetahui sejarah nabi, memerhatikan sebabnya turunnya wahyu, dan hubungannya dengan bahagian sejarah ini.

Dengan demikian dia akan mendapat bantuan yang besar bagi pemahaman yang sahih lagi tepat. Dan setelah itu dia membaca kitab tafsir lain, maka itu hanyalah untuk mengetahui erti suatu lafaz yang sukar baginya. Atau susunan ayat yang tidak diketahui ertinya, atau untuk menambah pengetahuan yang membantunya dalam memahami kitab ALLAH dengan benar. Jadi dengan demikian ia adalah pembantu memahami  dan pemahaman selepas itu adalah pancaran yang cahayanya menembus ke dalam lubuk hati." (Mukaddimah Tafsir Al-Quran, Imam Hassan Al-Banna)


Bersyukur dengan Quran

Pesan salah seorang pembentang Seminar Nikmatnya Menghafal Dan Bertadabbur Quran pada 14 Jun lepas, Ustaz Deden, sudah menjadi fitrah manusia yang bersih terpesona kepada sesuatu yang indah dan menyentuh hati. Al-Quran adalah firman ALLAH Yang Maha Agung, Maha Suci, Maha Indah dan Maha Besar. Jika hati manusia senang dan mudah terpaut dengan kecantikan bunga dan keindahan alam, maka akan lebih tersentuh lagi oleh keindahan al-Quran.

Ketika menerima nikmat, kita bersyukur. Ketika menerima ujian, kita bersabar. Menghafal al-Quran tidak perlu bersabar kerana ia bukannya musibah. Kita hanya perlu bersyukur. Ketika menghafal, kita sedang mengecap nikmat al-Quran. Lalu menghafal dengan syukur, kita akan melakukan pecutan demi pecutan kerana orang yang bersyukur memang akan ditambah nikmat ALLAH.

Seminar turut diserikan dengan dua pembentang utama iaitu Ustaz Bachtiar Nasir dan Dr Abdul Basit Abdul Rahman.

Maklum balas diterima daripada peserta memberangsangkan lebih-lebih lagi peserta diajar cara yang betul untuk bertadabur al-Quran.

Al-Quran adalah zikir terindah, al-Quranlah yang lebih sesuai menenangkan hati manusia. Hati yang luluh mendengar al-Quran lebih mudah untuk membacanya, mengulanginya, menghafal dan mentadaburnya tanpa bosan serta dapat mempengaruhi kualiti kehidupan.

Pesan pembentang, biarkan al-Quran mengalir secara semula jadi ke dalam diri, jangan dipaksa dan jangan terburu-buru. Kenikmatan interaksi bersama al-Quran hanya dapat diperoleh melalui cara bertadabur ayat demi ayat sehingga maknanya meresap ke dalam diri. Bahkan generasi awal sahabat, ada yang hanya membaca satu ayat dalam solat malam berulang-ulang sehingga ke subuh esoknya kerana penghayatan yang amat mendalam.

Cukuplah bersyukur kerana memiliki hati yang hidup sebagai pancaindera memahami dan menghafal al-Quran, juga mensyukuri nikmat pandangan dan pendengaran, dengan anugerah pancaindera ini, al-Quran memang 

sumber:www.sinarharian.com.my

Ada seorang yang membaca Al-Qur'an...

Tetapi dia tidak dapat menghafalnya walaupun sedikit. 

Maka, anaknya yang kecil bertanya: "Apa faedah baca Al-Qur'an tanpa menghafalnya sedikitpun?!"

Jawab ayah: "Aku akan beritahu kepadamu sebentar lagi apabila kau penuhkan bakul jerami ini dengan air laut bawa kepadaku."

Kata anak: "Mustahil ia penuh."

Jawab ayah: "Cubalah dulu."

Bakul jerami itu digunakan untuk memindahkan arang. Maka budak itu mengambilnya dan menuju ke laut, lalu cuba memenuhkannya dan terus pergi kepada ayahnya dengan cepat.

Tetapi, airnya telah kering lalu ia berkata kepada ayahnya: "Tidak ada faedah saya mengisinya."

Ayahnya menjawab: "Cuba lagi kali kedua!"

Maka budak itu melakukannya, tetapi masih tidak berjaya untuk membawa air kepada ayahnya. Dia mencuba lagi kali ketiga, keempat dan kelima tetapi tiada faedah kerana air tidak dapat dipenuhkan.

Budak itu berasa sangat letih dan berkata kepada ayahnya: "Tidak mungkin saya dapat memenuhkan bakul jerami ini dengan air."

Kata ayah kepada anaknya: "Adakah engkau lihat sesuatu yang berlaku kepada bakul jerami?"

Budak itu terkejut dan menjawab: "Ya ayah. Asalnya bakul jerami itu kotor dengan bekas-bekas arang, sekarang telah bersih sepenuhnya."

Maka, berkata sang ayah kepada anaknya: "Ini adalah sempurna apa yang dilakukan Al-Qur'an kepadamu. Dunia dan segala amalannya telah memenuhi hatimu dengan segala kekotorannya, dan Al-Qur'an seperti air laut yang membersihkan hatimu walaupun engkau tidak menghafal sedikitpun ayatnya..."

Sucikan hatimu, dengan berzikir dan mengingati Allah...

Teks asalnya:

كان هناك رجل يقرأ القرآن ولكن لا يحفظ منه شيئا.
فسأله ابنه الصغير ما الفائدة من قرائتك دون ان تحفظ منه شيئا ؟!
فقال سأخبرك لاحقا اذا ملأت سلة القش هذه ماءً من البحر
فقال الولد مستحيل ان املأها فقال له جرب ،
كانت السلة تستخدم لنقل الفحم ، فأخذها الصبي واتجه الى البحر وحاول ملئها واتجه بسرعة الى ابيه
ولكن الماء تسرب منها فقال لأبيه لا فائدة فقال الاب جرب ثانية!
ففعل فلم ينجح باحضار الماء وجرب ثالثة ورابعة وخامسة دون جدوى
فاعتراه التعب وقال لأبيه لايمكن ان نملأها بالماء!
فقال الاب لابنه الم تلاحظ شيئا على السلة؟!
هنا تنبه الصبي فقال نعم يا ابي كانت متسخة من بقايا الفحم والان نظيفة تماما
فقال الاب لابنه وهذا تماما ما يفعله القرآن بقلبك
فالدنيا واعمالها قد تملأ قلبك باوساخها والقرآن كماء البحر
يجلي صدرك حتى لو لم تحفظ منه شيئا !
طابت حياتكم ... بذكر الله


Tawaran menarik! hanya RM270 sahaja !
item yang terdapat di dalam set AL-QURAN DIGITAL MY QALAM seperti berikut :-
- 1 x kotak my qalam
- 1 x Quran my qalam
- 1 x pen digital my qalam
- 1 x kabel USB
- 1 x charger
- 1 x manual penggunaan my qalam (versi BM)
- 1 x earphone
- 1 x kad waranti
- 1 x surah index (versi terbaru)
- 1 x buku panduan haji dan umrah
- 1 x kamus melayu arab
- 1 x buku panduan sembahyang
- 1 x surah pilihan
- 1 x buku Iqra' 1
- 1 x buku Iqra' 2
- 1 x buku Iqra' 3
- 1 x buku Iqra' 4
- 1 x buku Iqra' 5
- 1 x buku Iqra' 6
Jika anda berminat untuk mendapatkan AL-QURAN MY QALAM dari kami, bertindak segera dan dapatkan tawaran dari kami sebelum tamat promosi!!!

==>>CARA TEMPAHAN DAN PEMBAYARAN:-
.sms ke 019 327 6456

My Qalam Al Quran Digital For Kid


Produk pendidikan awal kanak-kanak keluaran syarikat tempatan iaitu ENMAC yg turut mengeluarkan MyQalam Quran Digital.
Berfungsi seperti MyQalam Quran Digital yang menggunakan pen digital.
Sentuh muncung pen pada muka surat buku yang terdapat dalam MyQalam Kids, pen akan membacakan huruf, abjad, nombor, perkataan & ayat.
Audio bacaan pen yang jelas dengan sebutan yang betul membantu anak anda utk belajar mengaji dan membaca.
Pen ini bertindak sebagai ‘guru’ kepada anak kesayangan anda utk mengajar anak anda mengaji & membaca dengan sebutan yang betul.

===================
SET LENGKAP MYQALAM KIDS
===================
Berikut adalah item-item yang terdapat dalam Set Lengkap MyQalam Kids :
1xKotak MyQalam Kids
1xPen Digital
1xPengecas
1xKabel USB
1xEarphone
1xManual Cara Guna
1xKad Waranti
1xBeg Galas
1xBuku Iqra' siri 1-6
3xBuku Bahasa Melayu
2xBuku Bahasa Inggeris
1xBuku Mengira BM & BI
1xBuku Surah Pilihan Al Quran
1xBuku Panduan Sembahyang
1xBuku Mari Belajar Bahasa Arab
7xBuku Mini (bersaiz kecil)
*Buku utk belajar sebutan perkataan bahasa Melayu & bahasa Inggeris.
1xBuku Counting Numbers
1xBuku Fruits & Vegetables
1xBuku Colour & Shaoes
1xBuku Home Items
1xBuku Flags
1xBuku Animals Sounds
1xBuku Alphabets ABC
*Semua buku & Al Quran boleh digunakan bersama-sama Pen Digital.
==================
KENAPA ANDA ‘WAJIB’ BELIKAN MYQALAM KIDS UNTUK ANAK ANDA

==================
[?]Membantu memupuk minat mengaji & membaca anak kesayangan sejak kecil lagi. Pandai dan lancar membaca dalam bahasa Melayu & bahasa Inggeris seawal usia 2-3 tahun.
[?]Pendedahan awal cara solat dengan tertib serta bacaan dalam solat sejak kanak-kanak lagi. Melentur buluh, biarlah dari rebung. Kalau tak ajar semasa kecil nanti dah meningkat dewasa ‘liat’ nak solat. LEBIH PARAH LAGI, nak solat pun tak reti !
[?]Membantu anak anda menyebut huruf, perkataan, nombor dan ayat dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan sebutan / intonasi yang betul. Begitu juga sebutan untuk bacaan surah-surah lazim. Silap sebut dah jadi lain maksud.
[?]Meningkatkan IQ, daya ingatan dan minda anak kesayangan anda sebelum melangkah ke alam persekolahan yang lebih mencabar. In Sha Allah boleh jadi pelajar pintar di dalam kelas.
[?]Pakej lengkap MyQalam edisi kanak-kanak ini meliputi semua aspek pendidikan awal seperti membaca & mengira dalam bahasa Melayu & bahasa Inggeris, belajar Iqra’ & mengaji surah-surah lazim dan solat.CUKUP LENGKAP!
[?]Mendidik anak menunaikan solat sejak dari kanak-kanak. Usah biarkan anak kesayangan anda ‘hanyut’ dengan perkara-perkara yang tidak bermanafaat.
[?]Anak anda dapat belajar dengan santai dan menyeronokkan di rumah. Ianya mudah & senang digunakan. Kanak-kanak umur 2-3 tahun dah pandai guna MyQalam edisi Kanak-Kanak.
[?]Silibus yang sistematik dan memudahkan pembelajaran awal anak anda seawal usia 2-3 tahun. Paparan helaian buku-buku digital berwarna-warni yang semestinya disukai oleh kanak-kanak. Proses pembelajaran menjadi lebih seronok.
[?]Kaedah pembelajaran menggunakan konsep fonetik iaitu bunyi yang terbukti secara saintifik mampu meningkatkan IQ & minda kanak-kanak.SENTUH, DENGAR & SEBUT.

=================
PROMOSI MYQALAM KIDS
=================
Harga asal Set TERBARU MyQalam Kids 2014 ialah RM 320 se unit
TETAPI
untuk program Infaq 2014, kami tawarkan HARGA DISKAUN utk 1 set MyQalam Kids + 1 FREE Gift.

===================================
HARGA DISKAUN RM 290 
===================================

PERCUMA Pos Laju ke seluruh Malaysia,
***SPESEL OFFER ini SAH selagi stok masih ada. Hanya yang membuat tempahan pantas sahaja yang berpeluang mendapatkan pakej MyQalam Kids ini.
HADIAHKAN Pakej XKLUSIF MyQalam Edisi Kanak-Kanak untuk anak kesayangan anda. Si kecil anda sukakannya.
-->Memiliki MyQalam Kids pada hari ini sebelum KKEHABISAN STOK ! Nanti anak anda merajuk tak dapat MyQalam 4 Kids ..
======================
CARA TEMPAHAN MYQALAM KIDS
======================
Berminat nak ORDER MyQalam Edisi Kanak-Kanak ?
Boleh terus CALL / SMS / Whatsapp 0193276456

P/S: Saya JAMIN anak anda pasti sukakan pakej ini & cepat pandai mengaji, membaca & mengira dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mudah-mudahan jadi anak yg soleh / solehah.