al-quran-terjemahan-al-quran-digital-beli-buku-online Kata Kata Motivasi Islamik | AddeenShop
WHAT'S NEW?
Loading...

Kata Kata Motivasi Islamik

 Kata Kata Motivasi


Dalam kehidupan seharian di dunia ini, pasti ada antara kita yang hidupnya sentiasa tidak tenteram, sering mengalami kegagalan, hatinya tidak tenang dan ada sahaja perkara-perkara buruk silih berganti berlaku kepadanya.

Selain daripada ujian hidup yang biasa dialami, mungkin perkara-perkara yang berlaku itu berkait rapat dengan hubungan kerohaniannya dengan Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T dalam surah Ar-Ra’d, ayat 28 yang bermaksud: “Orang yang beriman hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.”

Ayat ini jelas menyeru kita agar sentiasa mengingati Allah untuk memperoleh ketenangan hati.

Ini kerana apabila lidah kita sentiasa basah dengan zikrullah, bacaan-bacaan dalam solat, doa dan hati serta fikiran yang sering mengingati Allah, Dia akan mengurniakan rahmat kepada kita.

Rahmat inilah yang seterusnya menjadi kurniaan buat kita, hambaNya dalam menjalani kehidupan seharian di muka bumi ini.






“Orang yang beriman hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.”















0 comments:

Post a Comment