al-quran-terjemahan-al-quran-digital-beli-buku-online Matla' Al-Badrain | AddeenShop
WHAT'S NEW?
Loading...

Matla' Al-Badrain

Matla' Al-Badrain
Kitab Matla' Al-Badrain
"Matla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain (Tempat terbit dua bulan purnama dan tempat berhimpun dua laut)"

Merupakan antara kitab fiqih yang paling terkenal di Tanah Melayu. Ditulis oleh al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh Wan Muhammad bin Wan Ismail bin Wan Ahmad bin Wan Idris bin Wan Tih bin Syaikh Wan Senik al-Karisiqi al-Fathani. Atau dikenali juga dengan nama Syaikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani atau Muhammad Shaghir al-Fathani (di kalangan orang ‘arab) atau Syaikh Nik Mat Kecik al-Fathani dikalangan orang Melayu di Mekah. Beliau adalah cucu saudara kepada al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani.



Sesungguhnya Kitab Matla' Al-Badrain merupakan nadi pengajaran Islam khususnya feqah di kalangan umat Islam nusantara sejak sekian lamanya, ianya ditulis oleh Syeikh Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fatoni.
Kitab yang kami anggap sebagai rujukan masyarakat melayu sejak dahulu sehingga masa kini, ia amat sesuai diajar di mana-mana tempat termasuk masjid dan universiti. Semoga ia memberi manfaat buat generasi umat.
Terimalah edisi terbaru Matla' al-Badrain dengan Bahasa Melayu yang moden, penampilan yang lebih menarik dan nota kaki tambahan info² agama terkini daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.


“Kitab berasaskan Mazhab  Syafei karya Syeikh Muhamad bin Ismail Daul al-Fatani ini termasuk kitab turath yang diajarkan secara meluas, termasuk di sekolah-sekolah pondok.

“Hari ini kitab ini dihuraikan kembali syarahannya oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh muftinya, Datuk Dr Zulkifli Mohamd Al Bakri,”katanya selepas pelancaran kitab tersebut.

Selain itu, penyusun kitab, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri memaklumkan bahawa orang ramai boleh mendapatkan kitab tersebut yang telah disusun menjadi tiga jilid bersama dengan kotak cantik dengan harga RM100.

Beliau berkata, bagi umat Islam Nusantara khususnya di Malaysia, Kitab Matla’ al-Badrain ini adalah merupakan kitab fekah yang popular.
Ketebalan:
Jilid 1 – 368 halaman
Jilid 2 – 328 halaman
Jilid 3 – 440 halaman

Meliputi semua keperluan aspek seorang Muslim termasuk urusan ibadah, muamalat dan perkahwinan.

- Kitab ini pernah dijadikan teks pengajian ilmu fiqh sekolah-sekolah agama di negeri tertentu.
Berminat untuk tempahan waap ke 0193276456

0 comments:

Post a Comment